Showing posts with label Universiti Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Universiti Kehidupan. Show all posts

Sunday, December 27, 2015

Kembara Famili ke Hatyai-Songkhla & Pattani 2015

Cuti sekolah panjang hujung tahun 2014 yang lalu, kami sekeluarga bercuti ke Jakarta, Indonesia. Manakala sebaik bermula cuti sekolah 2015 ini, anak-anak bertanya ke negara mana pula destinasi percutian kita? Amboi...dah macam satu kewajipan pulak, setiap hujung tahun mesti ke luar negara. Manalah abah dan umi mampu, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang agak gawat, selain kadar ringgit Malaysia yang semakin menurun. Untuk tidak menghampakan anak-anak, kami membuat keputusan untuk bercuti ke luar negara juga, tetapi destinasi negara yang kami pilih ialah yang paling dekat dengan tempat tinggal kami. Negara yang tak perlu membeli tiket-tiket penerbangan yang memakan kos yang sudah tentu agak banyak...dan sebuah negara yang kita boleh akses dengan cara memandu kenderaan kita sendiri. Negara itu ialah negara yang dikenali dengan jolokan negara gajah putih, iaitu THAILAND.

Hasil semakan terhadap beberapa blog percutian di Thailand yang terpapar di internet, kami memilih destinasi Hat Yai dan Songkhla, Thailand sebagai destinasi pilihan percutian kami sekeluarga untuk kali ini. Mungkin kerana jaraknya yang tidak begitu jauh sangat dengan tempat tinggal kami, bandar Kota Bharu (Jarak KB-Hat Yai ialah 270km, pemanduan kereta sekitar 4 jam 21 minit sahaja), maka dua wilayah yang masih termasuk dalam wilayah Thailand Selatan menjadi pilihan kami. Rata-rata blog tentang percutian ke Hat Yai yang kami kunjungi memaparkan banyak tempat-tempat menarik di kedua-dua destinasi ini, malah Hat Yai digelar oleh kebanyakan bloger dan travellers sebagai syurga membeli belah. Namun demikian, oleh kerana kami juga mempunyai anak-anak remaja, tujuan membeli belah bukanlah matlamat utama, sebaliknya beberapa attraction lain yang sesuai dengan jiwa mereka tidak boleh diketepikan. Kalau asyik-asyik ke tempat shopping, sudah tentu mereka akan cepat merasa bosan dengan percutian ini.

Terus terang kami katakan bahawa sepanjang tempoh menanti percutian bermula, hati kami tidak putus-putus dirundung kebimbangan. Almaklumlah, destinasi percutian kami kali ini adalah tempat yang cukup diketahui umum bahawa kawasan yang sentiasa bergolak dan tinggi risikonya. Kadang-kadang kami terasa mahu membatalkan sahaja percutian ini dan memilih destinasi lain yang lebih terjamin keselamatannya. Tetapi memandangkan bilik-bilik hotel sudah siap ditempah...dan kami tidak sanggup untuk rugi begitu sahaja, maka kesudahannya kami bertawakkal sahaja kepada Yang Esa agar melindungi perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik sepanjang perutian ini.

Sejujurnya inilah kali pertama kami berkunjung ke Wilayah Selatan Thailand yang agak ke dalam dari sempadan. Beberapa tahun yang lalu kami pernah masuk ke Thailand, tetapi sekadar balik hari dari pekan Sungai Golok melalui pintusempadan di Rantau Panjang. Itupun konvoi dengan saudara kami yang sudah agak biasa keluar masuk Rantau Panjang-Golok. Faktor tidak biasa ini juga menambahkan lagi kebimbangan kami dengan percutian kali ini.

Persiapan Penting Sebelum Bertolak Ke Thailand:

Untuk menjadikan percutian ini sebuah realiti dan seterusnya berjalan dengan seberapa lancar yang boleh, kami banyak belajar melalui pak cik google. Terdapat begitu banyak blog-blog yang mencatatkan pengalaman percutian masing-masing ke Hat Yai dan Songkhla ini. Berikut ialah sedikit pengalaman yang dapat kami kongsikan :

1. Bagi kakitangan kerajaan, kita berkewajipan untuk mengisi borang permohonan keluar negara dengan majikan masing-masing. Ini adalah pra-syarat utama yang wajib dipatuhi bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku, khususnya bagi mereka yang berkerja sebagai penjawat awam.
2. Membeli Insuran Kereta. Ini bertujuan untuk melindungi sepanjang pemanduan kita di Thailand.
3. Pastikan anda bawa pasport / pas smpadan yang tarikh tamatnya melebihi temoh 6 bulan dari tarikh masuk.
4. Cop paspot di pejabat Imigresen Thailand. Kami melalui sempadan Rantau Panjang-Thai. Proses di sini tidaklah mengambil masa yang lama....di sini terdapat kakitangan imigresen Thailand yang tolong isikan borang masuk ke Thai dengan caj bayaran RM2 bagi satu paspot...duit poket dia la tu agaknya... Selesai urusan di sini, kembara kamipun bermula.

Hari Pertama:

Masjid Kru Se Pattani

Dalam perjalanan yang santai, kami singgah di masjid 300 tahun yang dikenali dengan nama Masjid Kru Se. Masjid ini ada sejarahnya yang tersendiri. Ia merupakan masjid tertua di wilayah Pattani yang terkenal dalam sejarah penyebaran Islam di Asia Tenggara.

  

Kesempatan singgah di masjid tua ini , kami mengambil kesempatan untuk solat di sini. meskipun masjid ini masjid tua..namun ia masih aktif dijadikan pusat ibadat bagi penduduk setempat dan juga pelancong..

Samila Beach 

Memandangkan masa masih terlalu awal untuk kami check in hotel, kami meneruskan perjalanan ke Songkla dan Samila Beach menjadi destinasi kami yang pertama di Hatyai ini. Tidak banyak yang kami tahun tentang metos di Samila Beach ini..cuma sebaik sahaja melihat patung ikan duyung emas yang kaki di gigi pantai...kami sepakat mengatakan mesti ada metos yang menjadi kepercayaan orang-orang di situ. Walaupun ramai pelancong sibuk berfoto dengan patung tersebut, namun kami tidak terasa teruja sangat untuk bergambar dengan patung tersebut....hanya dari kejauhan sahaja.


Tidak jauh dari pantai tersebut ada satu lagi patung kucing dan tikus....hah...yang ini si kecil kami terpujuk untuk bergambar dengan patung kucing ... kucing ialah binatang kesayangannya...Patung ini pun mempunyai metos juga...ia berkait rapat dengan pulau kucing dan pulau tikus yang tidak jauh dari pantai Samila.

  
  
Di Samila Beach ini, berbagai tarikan pelancong disediakan...seperti aktiviti menunggang kuda, shopping dan yang paling sedap ialah aiskrim kelapanya yang murah.... 30 baht sebiji kelapa....

Hotel Green View

Ini hotel pertama kami..harganya +-RM70 satu malam. Kemudahan parking keretanya menyebabkan kami tertarik untuk menginap di sini... yang lain-lain, okeylah...kawasan yang tenang dan tidak sibuk dan dekat dengan bandar .... restoran Halal pun tidaklah jauh sangat daripada hotel ini seperti Restoran Kelantan, Restoran Salma, Restoran Hamid dll,,

Restoran Kelantan

Di sini ialah makan malam pertama kami di Hatyai. Menunya biasalah....menu Thai lah...sedap sangat...Tomyam campur, ikan siakap masak lemon...ummmp besst....+- 900 baht untuk 5 orang...

Songkla Zoo

24 Disember 2015, kami rasa teruja untuk ke survival Songkhla Zoo...di mana ia bukan seperti Zoo Negara kita...sebab zoo ini boleh pandu masuk kereta. Kami menggunakan khidmat gps untuk ke Songkhla Zoo...GPS membawa kami ke satu pintu masuk (ya atau tidak pun kami tidak pasti...) yang kami alami, ia terus membawa kami ke dalam kawasan zoo yang sangat terjaga...bersih...cuma agak lengang daripada kunjungan orang  ramai...yang kelihatan cuma pekerja-pekerja Thai yang tidak tahu berbahasa Inggeris...

Bukan seperti yang kami jangkakan, puas kami mencari-cari kaunter tiket...namun tidak diketemukan...lalu kami teruskan kembara di dalam zoo tersebut...berkali-kali kami berhentikan kereta dan keluar untuk melihat binatang-binatang yang menarik perhatian...dan yang paling teruja sekali, tiba-tiba dua ekor rusa keluar melintas jalan... dan sempat kami bergambar mesra dengannya...wah...jinak sungguh si rusa ini....

Kembara di zoo diteruskan...tiba di kawasan sarang burung 'Hornbill' yang sangat jinak...ia terus terbang ke arah kami seolah-olah telah lama menantikan kedatangan kami....sayangnya kami tidak membawa sebarang makanan untuknya....selesai bergambar dengannya....ia pun berlalu dengan perasaan kecewa agaknya....

Harimau, Beruang, Tapir juga luar biasa besar saiznya daripada biasa yang kami lihat di Zoo Negara...besar macam lembu .... bahkan lebih panjang daripada lembu....Ha ha ha...yang ni tak nak pula ia bergambar dengan kami...bukan apa...kami lah yang jual mahal kat mereka....malas bagi muka...sekadar lihat dari jauh jerr....sebenarnya grrrrr.....

Malaslah nak tulis panjang2 pasal Zoo ni.... bukannya apa Si kecil kami sebenarnya yang paling seronok....tak rugi masuk sini terutama jika ada anak kecil....mereka memang perlu diberi peluang melihat binatang secara 'life' seperti di Zoo ini...




Khao Tang Hill Lif Station

tempat tinjauan untuk melihat seluruh bandar Hatyai. 30baht tiap seorang untuk menaiki lift yang disediakan...bayangkan naik bukit guna lift...ia lebih kurang nain tram ke bukit Bendera....bezanya ia lift....pengalaman baru bagi kami...tapi best lagi kalau ia buat seperti tram bukit Bendera...tapi bolehlah...

kat puncak bukit tu...biasalah Thailand kan tak boleh dipisahkan dengan pusat sembahnyang dia orang...maka banyaknyak patung-patung gajah, loceng dll yang berkait dengan kepercayaan mereka. 



Feri 

Menaiki feri bersama kereta bagi kami merupakan satu pengalaman baru juga...bayangkan +- 10 kereta berada di atas sebuah kapal / feri.... terapung di tengah telok yang memisahkan antara songhkla dan Hatyai...tambangnya cuma 20 baht satu kereta...murah sangat...tiba di seberang sana menyebabkan ia lagi dekat dengan hotel kami menginap...sambil menaiki feri, kami mengunyah pelam siam yang dijaja sewaktu kereta berbaris menunggu giliran menaiki feri...harganya 20baht sebiji...sedap bagi orang yang suka asam....pelamnya sangat rangup....okeylah sebagai alas perut sebelum pekena nasi tengahari....







Restoran Halal berhampiran jeti.

Perut yang berkeroncong belum diisi dengan nasi...sebaik sahaja keluar dari feri. di kiri jalan ada jual pulut panggang yang sangat sedap....40baht ....murah...tapi tak sempat nak kira berapa biji...belum sempat dimakan, kami ternampak satu restoran halal...terus singgah untuk menjamu selera. Bagai pucuk dicita...restoran tersebut operasinya baru nak mula...150baht bagi dewasa ....dan makan sepuasnya....siap ada BBQ lagi....ayam, daging, sotong, udang. nasi goreng, nasi putih, pelbagai jenis mee, pelbagai jenis bubur, pelbagai jenis buah...fuhh...pendek cerita ...kenyang sampai ke malam ...memang makan malam kami terpaksa skip....

 

Bil yang kami bayar kali ni...tapi sangat puas hati ....dan sangat berbaloi bagi 'kaki makan'...

Green Way Night Market

Ini merupakan pasar malam terbesar di Hatyai...ia beroperasi setiap malam... dan barangannya  murah dan berkualiti....ia mula beroperasi jam 3.00 petang dan berakhir 10.30 malam. Yang menariknya, seketika di Hatyai...masalah parking tidaklah menjadi masalah serius...ada orang yang tolong jaga dan uruskan parking...siap tunjuk lot parking lagi...tanpa caj satu sen pun...pendek cerita parking free 24 hours. tak kira siang atau malam...wow...sangat hebat kerajaannya menjaga kebajikan rakyat...



Municipal Park

Menurut blogger yang kami singgah di blog2 mereka untuk mengutip pengalaman mereka...tempat ini juga tak kurang menariknya...ada Ice Dorm, ada Cable Car....kami juga sempat singgah untuk menikmati keseronokan tersebut...namun agak hampa kerana sejak April 2015, Hatyai Cable Car sudah berhenti beroperasi....manakala Ice Dorm pulak....katanya semua ais dah tiada...yang tinggal hanya taman bunga....kononya musim bunga....kami membatalkan hasrat memasuki Ice Dorm...dan terus ke destinasi seterusnya...



Chang Puak Camp

Katanya ini tempat menunggang gajah...500baht tiap orang selama 40 minit...kami memang bercadang untuk merasai cabaran di sini...tetapi setibanya di sini...tersangatlah ramai orang....gajah-gajah pun tidak kelihatan walau seekor sekalipun....kami membuat andaian sendiri untuk tidak membazir masa menunggu gajah-gajah tersebut balik ke stesen...sekali lagi hasrat dibatalkan...walau bagaimanpun, sempat ambil gambar kenangan sajalah....di pintu masuk Camp Gajah ini..

Sebenarnya agak hampa...kerana sejak kami tiba di Hatyai, kami belum melihat gajah sebenar walaupun seekor...patung gajah banyak lah sangat....di Zoo pun kami tak sempat ke tempat gajah....sebab kawasan Zoo tersebut tersangatlah luasnya....



Shopping Mall

Kecewa lagi....kami memutuskan untuk shopping je...or window shopping....pusing-pusing bandar Hatyai...singgah di Kyong Yong Market....beli sikit-sikit... apa yang patut.... terus balik ke hotel ke dua kami....

Hotel Paradise Hotel & Resort

Untuk mencari hotel ini....hampir sejam, kami berpusing-pusing dilorong-lorong sempit perkampungan Thai...setelah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan khidmat GPS, akhirnya kami mencuba menaip PB Hotel...yang berhampiran dengannya sebagai harapan boleh menemui hotel Paradise yang tidak dapat dikesan oleh GPS kami yang mungkin agak lama...belum update...

Last sekali, kami jumpa juga hotelnya.... wah, agak mewah juga tempat ni...ada kolam renang...ada restoran halal....ok lah tu, tidaklah menyusahkan kami mencari restoran halal untuk sarapan pagi...









Floating Market

Selesai solat jamak Zohor-Asar, kami bertolak untuk ke 'Pasar Terapong'...sekali lagi kami cuba guna khidmat GPS,....dan sekali ini juga namanya tidak dapat dalam senarainya...setelah puas mencari...hari semakin senja...kami dah semakin putus asa...Kami membuat keputusan untuk bertanya berpandukan peta yang kami ada....kalau nak tanya gitu-gitu...memangmereka tak fahamlah jawabnya...

Empat orang remaja perempuan sedang bermain-main motorsikal di pinggiran jalan menjadi pilihan utuk tempat bertanya...setelah berbincang dengan bahasa isyarat yang boleh difahami....remaja tadi sudi menunjukkan kami jalan ke Pasar Terapong...Alhamdulillah...baik betul budak-budak ni...agak jauh juga mereka membawa kami....akhirnya tibalah di tempat tujuan...sejumlah wang kami hulurkan sebagai tanda terimakasih....mereka menolakknya dengan sopan sekali....akhir sekali kami abadikan dalam bentuk gambar kenangan...dan bertukar-tukar profile FB...


 
  
  
 





Masjid Jamek Pattani

Masjid ini kami singgah dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu...indah sungguh masjid ini.

  

Kesimpulannya:

1. Kembara ke Hatyai ....agak menyeronokkan, sayangnya tak berkesempatan untuk shopping lebih-lebih sikit sebab kesuntukan masa dan kurang tahu tempat yang seronok untuk shopping selain Night Market..

2. Bumi Hatyai adalah bandar yang bersih....tandas bersih....tiada longgokan sampah merata-rata kecuali dalam tong sampah yang disediakan.

3. Penduduknya cukup berdisiplin ketika memandu. Meskipun tanpa memakai topi kaledar, menaiki motorsikal dengan berbonceng lebih daripada seorang...ia tidak menjadi masalah...kerana pengguna motorsikal masih berdisiplin menggunakan lorong yang disediakan untuk mereka...jadi ia tidak mengganggu pemandu kereta...

4. Tuk-tuk merupakan kenderaan awam mereka...terdapat banyak sekali Tuk-tuk lalu lalang di jalanraya Hatyai...walaupun mereka menaiki Tuk-tuk secara agak padat, namun mereka tetap rileks dan selamba saja....seolah-olah tak ada tekanan langsung....

5. Warganya suka membantu, menegur dengan sopan jika kami tersilap parking...katanya no parking, police mad...

6. Dan yang paling kami suka ialah tiada sebarang bayaran parking dikenakan walau di mana sahaja kita parking..kerajaan mereka benar-benar mendahulukan rakyat...benar-benar menjaga kebajikan rakyat...mungkin sebab itulah mereka hidup tenang dan tiada tekanan..

7. Keselamatan di tempat awam sangat diutamakan. Contohnya semasa kami masuk ke shopping mall, di pintu masuk untuk ke tempat parking kereta....kad pengenalan pemandu kereta akan diminta untuk di scan, kemudian ditunjukkan tempat parking secara personal, dan sebelum masuk ke shopping kompleks, sekali lagi setiap orang diwajibkan melalui satu tempat scanning...seperti di airport...fuhh...ketatnya...mungkin ia dilakukan sebegitu setelah berlakunya peristiwa pengeboman beberapa bulan yang lalu....





Saturday, February 28, 2015

Jakarta....kami datang lagi...



19 Feb 2015, bumi Jakarta kami jejaki buat kali keduanya...entah apa yang menjadi tarikan...aku sendiri kurang pasti...namun ku turuti sahaja hasrat suami tercinta....mungkin kepergian kami kali ini bakal menemukan sesuatu pengalaman yang baru barangkali....

Memang banyak pengalaman baru....dan cerita baru....Setibanya di Jakarta, kami dibawa ke hotel oleh supir yang sudah kami minta disediakan oleh pihak hotel...Hotel Fave...yang terletak berdekatan dengan Pasar Baru...oleh kerana sudah larut malam....setibanya dihotel...kami terus lena dek kepenatan seharian melayani 'karenah airport'.....

20 Feb 2015, tempat pertama kami kunjungi ialah Tanah Abang...yang belum sempat kami kunjungi sewaktu kedatangan kali pertama dulu dek kesuntukan masa.....Wah, memang luas dan besar bangunan perdagangan di Tanah Abang....terdapat beberapa blok dan 8 tingkat...macam-macam ada....hampir separuh hari kami 'melawat' tempat ini...ribuan rupiah yang berjaya di'tabur'kan di sini...memenuhi selera anak-anak dan diri sendiri...

Kemudian kami ke Masjid Istiqlal untuk solat Jamak Zohor-Asar...satu lagi pengalaman baru di sini...Untuk memasuki masjid, kami diberikan satu beg plastik hitam untuk mengisi kasut yang akan diletakkan dirak kasut yang dikawal selia seperti supermarket...beg plastik tu bukan percuma...tapi perlu 'derma' beberapa rupiah ....seusai meletakkan kasut, kami ditunjukkan arah ..... jauh juga perjalanan kami dalam masjid...rupa-rupanya arah tandas yang ditunjukkan, malah ruangan itu adalah ruangan tandas lelaki ...waduh...pelik sungguh orang di sini bisik hati ku...aku memberanikan diri bertanyakan tempat wudhuk wanita...lelaki itu menunjukkan arah dan memberitahu boleh saja ambil wuduk di tempat lelaki....waduh...takkan kami perlu membuka aurat di tempat 'open' macam tu....pelik lagi....sedangkan Masjid ini merupakan masjid terbesar di Indonesia....bahkan di Asia Tenggara...sepanjang laluan , aku bertanyakan orang sekeliling....lalu tibalah di tempat wuduk muslimah...memang tiada orang di bahagian ini...pelik betul....tadi bukan kami sahaja yang ku lihat...ramai lagi muslimah Indonesia sendiri yang memasuki masjid ini....tanpa membuang masa kami membersihkan diri dan berwuduk....dan terus ke ruang solat muslimah yang dilabelkan menaiki tangga...setibanya di ruang atas, kami di sapa oleh dua wanita Indonesia yang ingin memastikan kami ada membawa telekung solat atau tidak...dan kebetulannya itulah yang kami cari kerana kami lupa membawanya....lalu dihulurkan 3 pasang telekung solat untuk kami...dan kami janji  akan memulangkannya semula di situ. Namun belum sempat selesai solat, kedengaran wanita tadi bercakap-cakap dengan wanita Indonesia lain yang ada menjual sesuatu di belakang kami...bercakap-cakap dengan anak-anakku yang baru selesai solat. Sebaik sahaja ku selesai solat...sudah diminta sedekahnya sebab meminjam telekung tadi....MasyaAllah....tak sabar-sabar orang ini...geram juga hati ku...tapi biarlah...kasihan mereka...

Selesai meraih pengalaman di Masjid Istiqlal, kami ke Menara Monas untuk santai-santai melihat gelagat manusia di sana....di sini juga banyak jualan di sana-sini....t-shirt Jakarta murah di sini...dan antara tempat yang termurah untuk membeli t-shirt jakarta untuk cenderahati... 7 helai RP 100,000.00 berbanding dengan tempat lain...

Sebelah malamnya kami mencuba makan malam di Restoran Serbaraso...nasi padang... 'enak banget' kata orang Indonesia..


 21 Feb 2015, dihabiskan separuh harinya dengan mencuci mata di Mangga Dua...salah satu blok perdagangan yang tidak kurang terkenalnya di Jakarta...ribuan rupiah lagi ditabur di sini ....waduh....sebelah petangnya kami santai-santai di Kota Tua Jakarta menyaksikan pemandangan yang aneh-aneh lagi di sini...

 






.

Friday, May 31, 2013

Tips ke Turki (Post-Mortem)

Assalamualaikum wrh wbt...Semalam baru sampai rumah, balik dari Istanbul...Memang banyak cerita dan tips yang nak dikongsikan...Ini adalah post-mortem kami hasil pengembaraan kami selama 9 hari di sana.

Dapatkan Info yang banyak:
Kena dapatkan info-info yang banyak mengenai tempat yang ingin kita lawati. Dan Alhamdulillah, bagi kami hasil daripada pencarian info-info tersebut, ia banyak membantu kami dalam semua aspek.....aspek makanan , aspek harga barangan, aspek tempat membeli belah, aspek kes-kes penipuan pun begitu bernilai...bagi mengelakkan kami daripada kami terjebak dengan anasir yang tidak baik.... 

Rancang Tarikh untuk Tempahan Tiket Lebih Awal:
Oleh kerana kembara kami adalah tanpa bantuan perkhidmatan agen, maka kami terpaksa rancang tarikh dan ambil tiket seawal mungkin. Tempahan tiket lebih awal lebih menguntungkan, kerana tiket terlalu mahal berganda jika ditempah lewat. Tiket kami lebih kurang RM6000 untuk 3 orang pergi-balik. Sedangkan 2-3 hari sebelum bertolak, kami cuba intai web tiket ke Turki, telah mencecah hampir RM22000 utk 3 orang...

Rancang Tempoh Lawatan:
Jika perancangannya hanya melancong persekitaran Istanbul sahaja, 5-6 hari adalah tempoh yang sesuai...tetapi jika bercadang pula melancong ke luar daerah Istanbul seperti ke Pamukalle,  Capuddia (salah kot ejaannya)...elok peruntukkan masa 4 hari lagi ke daerah2 tersebut...kerana untuk ke tempat tersebut terdapat pakej khusus 4 hari ke sana, menggunakan bas atau kapal terbang...di sana lebih kepada tempat keajaiban Allah...kena dapat info lain lah...jika mahu ke sana. Kembara kami hari tu tidak lah sempat ke sana, kerana kurang info...kat sana baru dapat info, masa dah tak sesuai...may be next time....

Rancang Tempat Penginapan:
Jika perancangan lawatan sekitar Istanbul City saja...maka dicadangkan lokasi hotelnya ialah di sekitar Sirkeci je...sebab lokasinya ditengah-tengah kawasan pelancongan. Yang bagusnya ialah ia dekat dengan Spice Bazar, Blue Mosque, Aya Sophia, Topkapi, Galata dan lain-lain lagi...Nak makan, pergi jalan kaki je dekat area Spice Bazar, di situ makanannya murah-murah...ada ayam bakar, ada nasi, kebab pun murah je...beza sikit harganya dekat area lain...kalau makanan dekat Blue Mosque tu mahal sikit...Macam kami, anak kecil kami mesti nak nasi...jadi terpaksa mencari kedai yang jual nasi lah...harga sebungkus nasi 1.50tl saja...minta campur lauk daging untuk kebab pun...Alhamdulillah dia bagi percuma je...


Kedai Cenderahati / Tempat Shopping:
Sebagai pengunjung, sudah tentu cenderahati buat tersayang mesti dibeli. Jadi semua jenis Cenderahati ada dan murah di area Spice Bazar, berbeza sangat dengan tempat-tempat lain. Key Chain yang sama, di Spice Bazar boleh dapat dengan harga 1tl tetapi di Grand Bazar or Taksim harganya dah jadi 4-5tl...begitu juga dengan barangan Seramik atau Beg Turki. Area Spice Bazar lagi murah...

Turkish Delight:
Ini adalah manisan warga Turki....harga nya bergantung kepada jenis...ada yang 10tl satu kg, ada yang 15tl, 20tl, 25tl atau yang mencecah 50tl pun ada...Setengah kilogram pun boleh dibeli...rasanya bolehlah...kami sempat membeli beberapa kg untuk dibawa pulang....

Jus Buah-buahan:
Satu perkara yang amat bagusnya di Turki ialah mereka gemarkan jus buah-buahan segar. Buah-buahan segar diperah dan diminum begitu saja tanpa dicampur dengan gula atau perisa...memang masam-masam manis asli...Kami sempat melayan untuk merasai jus-jus segar yang disediakan..seperti Jus Oren dan Jus Delima...rasanya masam-masam manis...not bad...sedap dan segar...Harga? Satu cup kecil Jus Delima ialah 4tl manakala cup besar 7/8 tl. kalau cup kecil tu biasanya 1 1/2 biji  buah manakala cup besar 2 1/2 biji...okeylah tu.... teringin nak bawa balik alat pemerah buah yang dia orang gunakan...ada dijual di Spice bazar...cara operasinya senang saja, manual...tak perlu guna eletrik...buah dipotong dua...dan diperah satu persatu....senang sangat...jus yang keluar...mak ai...sungguh segar...terus diminum begitu saja....

Metro / Pengangkutan:
Setibanya di Istanbul, pastikan anda membeli Istanbulkart. Ia sebagai kemudahan untuk menaiki Tram atau bas yang merupakan pengangkutan utama di sana. Jika menggunakan Tram harga sehala tak kiralah ke mana pun destinasi, harga cuma 3tl seorang. Kad ini boleh ditambah nilainya dari semasa ke semasa. Begituu juga dengan bas. Ia lebih menjimatkan wang dan masa. Kalau tempat penginapannya sekitar Sirkeci, maka untuk ke Blue Mosque atau ke Spice Bazar cuma perlu jalan kaki saja, kecuali lah kalau nak ke Grand Bazar perlu menggunakan Tram. Kemudahan Tram inilah yang menampakkan modennya Istanbul...mana2 ceruk pun ada Tram. Ianya cepat dan tidak perlu menunggu lama. Elak dari menggunakan teksi,kerana penggunaan meternya bermula dengan harga 2.95tl atau lebih....lepas tu jalannya banyak yang one-way...jadi terpaksa round agak jauh walaupun sebenarnya tempat yang nak pergi tu kalau jalan kaki dekatlah sangat....Dan kalau perlu, tanyakan dulu harga tambangnya sebelum naik...bolehlah kita agak2 mahal atau murah....

Stroller:
Bagi yang melancong bersama bayi atau anak-anak yang berusia 5 ttahun ke bawah, dicadangkan membawa stroller. Kembara di Istanbul ni banyak guna jalan kaki...tanpa stoller, jenuh lah kita mendukung anak-anak. Di Istanbul ni, rata-rata orangnya yang membawa anak-anak kecil semuanya menggunakan stroller...hampir tidak adan yang mendukung atau mengendong anak mereka. Dan lagi satu, kemudahan pengangkutannya seperti Tram dan bas semuanya mesra pengguna yang membawa kerusi roda atau stroller kanak-kanak...Senang saja walaupun kita terpaksa menggunakan Tram atau bas....

Ubat-ubatan:
Sebelum melancong, satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah bekalan ubat-ubatan terutamanya ubat selsema dan demam...Bawalah mengikut keperluan, misalnya untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Tempat-tempat Menarik:
Sebenarnya kalau pergi melancong, semua yang tidak ada di tempat kita itu dikira tempat menarik lah. Begitu juga dengan Istanbul. Semua tempat adalah menarik. Terutamanya dari segi senibina bangunan yang ada di persekitaran Istanbul. Menarik sangat. Senibinanya jenis senibina lama zaman kerajaan Uthmaniyyah (Ottoman kata orang Istanbul). Hampir semua bangunan di Istanbul nampak klasik dan kukuh. Yang menariknya, terlalu banyak masjid di sana dan setiap kali masuk waktu solat, suara azan akan bersahut-sahutan....

Walau apapun, biasanya tempat-tempat yang wajib dikunjungi bila ke Istanbul ialah Blue Mosque (Masjid Biru), Topkapi Palace (Istana Kerajaan Ottoman -yang telah dijadikan sebuah muzium diraja - banyak menyimpan dan mempamerkan barang-barang berharga yang diperbuat daripada emas dan berlian), Hagia Sophia (Bangunan yang asalnya sebuah Gereja tetapi telah dijadikan Masjid pada zaman Kamal Atartuk), Grand Bazar, Spice Bazar, Bandar Moden Taksim, Mengelilingi selat Bosphurus dengan Cruise dan juga Bursa (perlu menaiki feri untuk ke Bursa - di Bursa, barulah kita dapat lihat ramai kaum wanita memakai tudung berbanding di bandar istanbul, kaum wanitanya tidak dapat dibezakan dengan orang putih.)

Kalau mahukan tempat yang lebih menarik dan adventure, banyak lagi tempat yang boleh dilawati seperti Pamukalle, Capudia (salah eja ni...nnt check balik), Ephuses...dan banyak lagi lah...cuma dari istanbul City ni untuk ke tempat tersebut perlu menaiki bas atau plane atau juga memandu sendiri dengan menyewa kereta...biasanya kalau ambil pakej pelancongan ke sana memerlukan masa 4 hari untuk lawatan ke tempat2 tersebut....(ini menurut booklet-booklet pelancongan yang ditawarkan...). Tempat2 ini menarik kerana terdapat pelbagai keajaiban dan kebesaran Allah seperti Frozen Waterfall, Belon Panas dan sebagainya....sayangnya maklumat berkenaan dengan tempat berkenaan agak lewat kami perolehi....dan masa untuk ke sana tidak mengizinkan kerana sudah kesuntukan waktu memandangkan masa untuk pulang ke Malaysia tinggal 2 hari lagi....tapi jauh di sudut hati...may be next time lah....teringin juga untuk menyaksikan sendiri keajaiban alam.

Sewaktu kami melawat ke Taman Mini Atartuk (yang menempatkan binaan2 bangunan replika yang terdapat di Turki) pernahlah kami terperasan akan satu replika mini Pamukalle yang terdapatnya Frozen Waterfall...semua kawasan dilitupi ais tetapi masih terdapat air terjun...wow sungguh menakjubkan...balik dari situ kami mencari2 maklumat....rupa2nya itulah tempat yang dimaksudkan dengan keajaiban alam...hati melonjak2 untuk ke sana...tapi....itulah masa tidak mengizinkan....

Anak Kecil:
Satu nasihat mengenai anak kecil yang ingin di bawa bersama....jika anak kecilnya masih di bawah usia 1 tahun, mungkin kurang masalahnya jika dibawa bersama, tetapi kalau usia antara 2 - 3 tahun, di mana masih belum faham apa-apa...ni yang susah sikit, kerana mereka ini kuat meragam....kalau dipujuk...susah juga sebab mereka masih kurang faham....dari segi makanan pun agak sukar, sebab anak-anak yang usia sebegini memang belum pandai mencuba makanan2 baru bagi mereka...Mungkin barangkali kalau yang usia 4 tahun ke atas okey pulak kut....tapi ini cuma satu pandangan saja berdasarkan pengalaman kami yang membawa anak kecil yang berusia 2 tahun....susah sangat....atas kapal terbang meragam sebab boring lama sangat...sedangkan dia seorang yang lasak....mak oi...nasib baiklah penerbangan kami lebih panjang pada waktu malam...jadi banyak masa juga dia tidur, cuma adalah sejam dua jam yang waktu dia terjaga...haah...masa ni lah masa kritikal...puas dia tengok tv, mula lah dia nak gi situ sini....Tapi sabar saja lah, sebab semua ini kami set up our mind bahawa ia akan terjadi......Ada pro and kontra juga bawa anak kecil ni...yang bagusnya, bawa anak kecil ni menyebabkan ada lah juga aktiviti kita untuk uruskan dia...main-main dengan dia...tak lah membosankan sangat...cuma time dia meragam saja yang menyebabkan kita...adoi adoi doi doi....dan yang bagus lagi, kebanyakan orang turki ni memang sukakan kanak-kanak...tak kira lah lelaki ke perempuan, tua atau muda semua sukakan kanak-kanak...hampir setiap tempat yang kami pergi memang anak kami menjadi tumpuan...dicuit, diagah, diajak main, diajak dukung, ditegur sapa...dan diberi keutamaan lah sewaktu menaiki bas atau tram....demikian juga semasa menaiki pesawat...bahkan sewaktu kami membelek2 gelang atau key chain untuk cenderahati dibawa pulang...memang akan dapat percuma lah untuk puteri kami...

Pesawat:
Semasa kembara kami ke Istanbul, kami menaiki pesawat Turkish Airlines. Harganya tidaklah semahal manapun kerana kami tempah tiket lebih awal...kalau tidak, mahal juga. Yang nak ceritanya ni, masa penerbangan ke Istanbul...punya lah bagus layanan yang disediakan...makanan pun okey sangat, ada spagetti, ada nasi, ada pan cake, ada buah-buahan, ada free gift (beg) untuk kanak-kanak, ada banyak coklat...okeylah sangat tu...tapi sewaktu penerbangan pulang...layanan dan makanan amat tidak memuaskan...makanan yang dihidangkan memang tak lalu masuk tekak ni...dua kali hidangan disediakan, jeruk buah zaitun, jeruk apa lagi tah, keju keras, keju masam, dan tak tahu lah lagi nak story...tapi memang sedikit saja dimakan...kami sempat menjenguk penumpang2 yang lain...mereka sama saja dengan kami...ramai yang tak habis makanannya...roti yang tidak pernah ketinggalan disediakan, yang sewaktu penerbangan ke istanbul, kami tidak menyentuhnya kerana kekenyangan...habis kali ini kami kunyah...kerana hanya inilah saja yang mampu ditelan bersama jem strawberry....Itu pun untuk mengalas perut kosong akibat penerbangan yang terlalu lama...

Rasanya setakat itu dulu lah cerita dan post mortem kami...walau apapun, syukur kami kepada Allah kerana kami telah selamat pergi dan balik ke pangkuan keluarga tanpa sebarang musibah...Syukur Alhamdulillah...dan kembara kami seterusnya selepas ini sudah tentulah mengunjungi rumah Allah....yang agak lama sudah tidak kami kunjungi...rindu benar hati ini....moga-moga Allah mengizinkan kami ruang dan waktu untuk ke sana....





Wednesday, March 13, 2013

Tips Ke Turki (Copy Paste punya...)


Turki...Aku Datang....Mungkin kata-kata itu bolehlah dijadikan pembuka bicara dalam tulisanku kali ini. Ini semua info-info yang ku kutip untuk dijadikan panduan atau tips ke sana. Boleh pakai ke tidak belum tau lagi...tapi inilah .....katanya TIPS KE TURKI...
Berikut adalah checklist (secara umum)  yang perlu kita selesaikan sebelum terbang ke sana.  Info ini mungkin berguna sangat untuk sesiapa saja yang akan ke sana nanti.

1)       Tempahan hotel – boleh dibuat melalui booking.com @ agoda.. Baca semua review dari para pelancong.. Katanya, jangan terpedaya dengan gambar2 yang ditunjukkan di web, sebab kadangkala gambar tu semua indah khabar dari rupa.. hehe.

  1. kita perlu memastikan lokasi yang ingin kita lawati di Istabul.  Seperti melawat Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, sekitar Eminonu & Sultanahmet.  Jadi,  pilihlah Sirkeci Park Hotel, kerana ia terletak di tengah2 di antara Eminonu & Sultanahmet.  Hotel ni ada sarapan sekali, so kita tak perlu bimbang nak makan apa waktu pagi2.. Harga penginapan untuk 6 hari 5 malam ialah RM1200.00.
  2. Selesai semua di atas ini, 50% dari percutian anda dah hampir terlaksana.
  3.  Pastikan juga  menempah teksi untuk ke hotel.  Email kepada hotel & tanya sama ada mereka boleh menyediakan teksi untuk mengambil anda dari airport.. Jika  jenis yang adventurous, boleh juga naik train dari Airport ke Sultanahmet..
  4. Pakaian yang sesuai – walaupun pergi pada musim panas, tapi panasnya bukan macam Malaysia ok, anginnya macam angin aircond, sejuk!! So pastikan ada jacket @ cardigan @ pashmina.
  5.  Kasut sukan @ running shoes – ladies, tinggalkan aje la high heels tu kat rumah, u will be doing a lot of walking in Istanbul!!!
  6. Bagi yang masih mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa stroller, boleh pengsan kalau nak dukung anak ke sana ke mari.. bawa stroller yang tahan lasak sebab jalan di sana adalah jalan lama (cobblestone) yang tidak rata
  7. Bawa susu anak – sana tak ada dutch lady, anmum, bla2.. saya bawak 1 kg susu & 500gm nestum.. Alhamdulillah, susu & nestum cukup sepanjang berada si sana.. Lagipun Iemrand dah makan makanan solid, so tak ada masalah.
  8.  Bawa diaper yang mencukupi.. Bawak jugak nappy rash cream sebab takut kena nappy rash sebab perubahan cuaca kan.
  9. Ubat urat, sebab banyak berjalan, takut sakit kaki! muahahaha
  10. This may sound funny, tapi bagi yang suka @ mesti nak ada cili sos kalau makan burger, fries, etc, sila bawa sebotol @ bawak cili sos peket kecik2 dari KFC @ McD, kat Istanbul TAK ADA SOS CILI! Heheheh.. Yang ada Cuma chili flakes.. McDonalds dia pun tak ada cili sos! Huhuhu.. Sementelah makanan kat sana banyak dalam bentuk kebab, memang syok kalau ada cili sos. Tapi kat sana tak ada, so kurang umphhhh la bagi saya ;)
  11. Tukar matawang EURO di Malaysia.  Apabila tiba di Istanbul,  boleh tukar ke matawang Turkish Lira, tapi JANGAN TUKAR DUIT DI LAPANGAN TERBANG ATATURK! akan kena tax.. tukar di Sultanahmet.. sana banyak perngurup wang asing
  12. Perancangan Perjalanan / Aturcara Perjalanan.
  13.  Buat pengetahuan semua, ada banyak muzium di Istanbul, dan menjadi satu kerugian andai tidak melawat 2 @ 3 darinya, kerana muzium di Istanbul adalah antara yang terbaik di DUNIA. Oh ya, kami pergi ke sana TANPA TRAVEL AGENT! 
  14. pastikan  PRINT TEMPAT2 MENARIK & TIPS2 DARI PELAWAT.. Jadikan sebuat fail @ buku untuk rujukan apabila di sana nanti.. Di sini mungkin tak nampak kepentingannya, tapi bila  di Istanbul, ia bagaikan kitab untuk merancang perjalanan .. Di hotel juga biasanya mereka ada phamplet2 mengenai tempat2 menarik di Istanbul. Ambil semua phamplet tersebut, baca & compare dengan research . Di sana ada juga pakej2 tour dalam kumpulan2 kecil pada harga berpatutan.. Sesuaikan dengan budget  dan boleh minta pertolongan dari recep hotel untuk membuat tempahan. Kadang kala hotel juga memberikan  potongan pada tour package di sana.. so jangan malu bertanya, malu bertanya, sesat jalan! heheheh
  15.  Untuk melawat muzium, HIGHLY RECOMMENDED untuk anda beli pas museum.. ia berharga 72 Turkish Lira, kira2 dalam RM154.00.  Nampak cam mahal kan, tapi dengan pas ini, kita boleh masuk terus tanpa beratur.. Kalau  nak tau, barisan untuk masuk ke Topkapi Palace & Hagia Sophia sangattttttttttttttt lah panjang!!! Terutama dalam musim panas.. boleh pengsan!!  Dengan pas ini juga, sebenarnya boleh jimat beberapa Euro, sebab harga tiket individu bagi tempat2 tu pun dah agak mahal..
  16.  Pas muzeum ni sah selama 72 jam dari tempat pertama yang anda masuk.. kiranya 3 hari la..
  17.   Pas muzeum boleh di beli di tempat2 yang disenaraikan di sini – http://museumpassistanbuldistributor.com/
  18.  Antara muzeum2 yang boleh anda lawati dengan menggunakan pas ini ialah:-
 1)       Topkapi Palace & Harem
 2)       Hagia Sophia
 3)       Istanbul Archeological Muzeum
 4)       Chora Museum,
 5)       The Museum of Turkish and Islamic Arts dan
 6)       Istanbul Mosaic Museum.

 Di atas kad ini juga ada ditulis masa pembukaan muzeum.. SILA PASTIKAN HARI UNTUK LAWATAN KERANA ADA MUZEUM YANG DITUTUP PADA HARI ISNIN @ JUMAAT.
19.  PENGANGKUTAN. berjalan2 di sana menggunakan keretapi @ berjalan kaki saja.. sebab itu sangat penting untuk memilih hotel di lokasi yang accessible pada tempat pengangkutan awam.. harga tiket pun murah, 2TO (RM4.00) ke semuaaaaaaaa destinasi.. best!  tak payah naik teksi langsung untuk ke tempat2 pelancongan

20.  MEMBELI BELAH Grand Bazaar & Spice Bazaar – dua tempat yang sangattt menarik! Beratus2 kedai ada kat Grand Bazaar tu. Spice Bazaar ni kecik sikit, tapi barang2nya lebih kurang aje… Macam kami, kami pergi dua kali ke Grand Bazaar, kali pertama survey2 harga barang, petang tu ke Spice Bazaar pulak.. barang yang sama, namun harga lebih murah di Spice Bazaar.. Kali kedua gi Grand Bazaar just nak jalan2 jer.. Tapi orang cam ulat la, memang ramai.. yang lawaknya, bila diorang tau kita orang Malaysia, dan2 cakap APA KHABAR? SELAMAT DATANG, MURAH MURAH.. heheheh.. pastu, satu lagik tips, di belah belakang Grand Bazaar, ada banyak kedai2 lagi, harga barang kat sana lagi murah.. Di Spice Bazaar pun camtu, anda jalan hingga ke hujung bangunan, kat belakang tu ada macam pasar lambak, baju, beg, kasut, tudung, murahhhhhhhhh dan cantik! So pastikan anda pergi ke bahagian belakang Spice Bazaar..
21  Satu lagi tempat shopping ialah di jambatan Eminonu.. Kami jumpa tempat ni secara tak sengaja, naik train nak ke Eminonu (di sini terletak Spice Bazaar), tapi suami saja ajak berhenti satu stesen ke hadapan. pastu kena turun tunnel, kat bawah tunnel tu heaven shopping utk tshirt! hehe.. saya lupa apa nama stesen, nanti saya cehck balik, tapi train tu menuju ke Galata Bridge..   
22  SCAM  Ha, ini yang saya nak tekankan sangat.. kami terkena scam ni masa kat sana.. Mula2 kami nak pergi ke Topkapi Palace, tapi ramai sangat orang.. so kami decide nak ke Grand Bazaar dulu.. Pastu ada sorang mamat Turki ni nama dia Umar, dia approach kami, tanya dari mana semua.. Friendly sangat.. pastu dia tanya nak ke mana? Kami kata nak ke Grand Bazaar..dia kata I can show you the way.. so kami pun ikut la.. tiba2 dia kata I would like to invite you to my carpet factory.. Owh noooooooooooo! Masa tu dah rasa semacam, tapi dah orang ajak kan, kami ikut la.. Masuk dalam tu, dia dah bentang hamoir 30 helai karpet, pujuk kami beli.. suruh kami letak harga bila kami kata kami tak mampu.. Hampir sejam ok dalam tu!!! Saya takut jer kena bunuh ke, kena kidnap ker, sbb factory tu ke dalam sikit & pintu factory ditutup bila kami masuk ke sana.. Macam2 alasan kami bagi, last2 saya tipu kata saya housewife, suami saya sorang aje kije, tak der duit nak beli karpet.. Harga karpet tu EURO800! Gila kan.. bankrup! Dah ler datang bawka duit ciput jer.. hahaha.. Diorang pujuk2 gila tau, so anda kena pandai menolak jugak.. yang paling mudah, bila ada orang kata nak bawak hi kedai karpet, TERUS CAKAP NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO THANK YOU!!  Hhehe.. tapi diorang ni polite, kita sampai tu dah bagi air teh epal yang sedap bangat! Hehe.. saya siap cakap, thanks for your hospitality & the nice tea! Huhu.. so ingat – KALAU DENGAR JER PERKATAAN KARPET @ KILIM CAKAP JE NO, THANK YOU.. tapi kalau nak gi beli, no harm la ikut diorang tu.. hehe
23.  TANDAS Macam malaysia, tandas kat sana ada yang cangkung & duduk TAPI guna bidet.. ni yang saya palinggggggggggg lemah.. huhuuh.. so bawaklah satu botol kosong untuk bersuci yer..
24. SOLAT
Masjid ada di mana2, jangan risau tentang solat anda ye..

Setakat ni dulu.. Kami bawak RM5,000 tapi masih ada baki RM1200.00 bila balik ke sini.. .. (tak ada niat nak menunjuk2 banyak duit ke apa ye, ni adalah panduan bagi anda yang ada tight budget cam kami)

ini lah info yang paling menarik hati ku....terima kasih untuk info ini...nantikan tips dari 'hamba' pulak!!!


Pelawat menemui web ini melalui carian:
1.     harga makanan di istanbul,bulan sesuai ke istanbul,shopping ke istanbul,harga barang di istanbul,pengalaman melawat istanbul,percutian di istanbul 6 hari 5 malam,penginapan murah di istanbul,matawang lira istanbul,blog cuti istanbul budget,shopping baju di istanbul,hotel sesuai di istanbul,tempat2 menarik di istanbul,melawat budget kecik,percutian bajet ke istanbul,tips ke istanbul,bercuti ke istanbul,harga barangan di grand bazaar istanbul,apa barang yg murah di istanbul,bajet ke istanbul,pengalaman bercuti ke istanbul,shopping di istanbul,pakaian yang sesuai untuk hi-tea di hotel,petua melawat istanbul,percutian istanbul murah,percutian di istanbul budget,percutian di istanbul,pengalaman berada di istanbul,panduan ke istambul,penginapan yg murah di istanbul,tukar euro murah d

Wednesday, December 12, 2012

Tips Melancong ke Bandung dan Jakarta

Banyak benda yang ingin kami kongsikan...Meskipun sebelum kami pergi ke Bandung, banyak tips yang kami jumpai  'kurang' lengkap, namun inilah yang dikatakan pengalaman berharga. Memang mahal pun nak dapat pengalaman ke Bandung ataupun ke Jakarta ni, kena bayar tiket kapal terbang, bayar hotel, bayar supir dan macam-macam lagi. Jadi, kami terpanggil untuk all out the tips for you all, supaya terselamat daripada beberapa perkara yang agak merugikan .....Itupun ikut kesesuaian masing-masing lah...Yang baik boleh ikut, yang tak sesuai abaikan....

PERSIAPAN SEBELUM BERTOLAK

1. BEG / PAKAIAN

i. Pasal beg ni, eloklah bawa extra beg dua atau tiga beg. Bawa aje dalam beg pakaian kita. Bukan apa, untuk isi barang2 yang dibeli nanti, jadi tak payahla beli beg lagi kat sana.

ii. Satu perkara lagi, masa pergi shopping elok bawa beg sandang belakang untuk isi barang yang dibeli, rasanya lebih selamat dari keciciran.

iii. Pakaian pula tak payah bawa banyak, kalau memang bercadang nakshopping kat sana. Pakaian untuk tidur pun tak perlu, sebab t-shirt bandung pasti akan dibeli, pakai aje terus....

iv. Bawa beg sandang untuk menyimpan dokumen dan wang. Wang jangan sekali-kali disimpan dalam dompet kesemuanya. Biar ada simpanan di tempat-tempat lain juga, siapa tahu, malang tidak berbau....

2. BERAT TIMBANGAN BEG

i. Biasanya berat satu beg yang besar (untuk kegunaan dua orang / suami isteri) beratnya lebih kurang 12-13kg saja. Jadi pandai-pandailah mengagak berat beg tang akan di bawa ke dalam perut kapal terbang nanti. Biasanya kalau 3 beg sama dengan 30kg dan begitulah seterusnya. Bolehlah buat tempahan melalui online, jimat sikit.

ii. Manakala berat beg bimbit pulak 7kg, tapi beg ni dia orang tak kisah sangat...

3. TUKARAN WANG

i. Ringgit Malaysia elok ditukar awal-awal sebelum bertolak, kerana kita boleh cari pusat tukaran wang asing yang lebih rendah nilainya.

ii. Elakkan menukar wang di Bank-bank Malaysia ataupun di airport. Harga yang dikenakan lebih tinggi.

iii. Perlu juga menyediakan wang simpanan dalam akaun yang boleh digunakan di luar negara, contohnya CIMB, formatkan terlebih dahulu di ATM Malaysia barulah boleh digunakan di sana sekurang-kurangnya jika ada kecemasan.

4. WANG MALAYSIA

i. Ringgit Malaysia juga boleh juga dibawa ke sana kerana ada setengah2 kedai menerima Ringgit Malaysia, begitu juga untuk membayar cukai / tax di airport.

5. CUKAI AIRPORT

i. Sebelum pulang, setiap rakyat Malaysia pasti akan dikenakan cukai di airport sebanyak 150000rp bersamaan dengan RM50 setiap orang. Jadi pandai-pandailah peruntukkan duit untuk tax di airport ni. Kalau tak tak balik kita...

6. KAD TELEFON
i. Pasal sim kad  telefon dinasihatkan beli sim kad yang dijual disana.Lebih jimat untuk kegunaan menghubungi keluarga di Malaysia atau kegunaan dengan rakan atau ahli rombongan sewaktu di sana.






KEMBARA BERMULA
Pada 4 hb Disember 2012 yang lalu, kami sekeluarga memulakan kembara kami bersama Air Asia lebih kurang jam 12:00 malam. Itupun kerana 'Air Asia delay'...namun okeylah juga sebab Air Asia belanja Nasi Lemak dan air Mineral sementara kami menunggu...

Nasi Lemak dan air mineral 
sempat juga menjamah nasi lemak yang dibekalkan ....

LCCT....sementara menunggu flight delay...
 Kembara kami ke Bandung -Jakarta
 bermula dari 4 hb Disember - 9 hb Disember 2012...

PERKONGSIAN KEMBARA:

Apa yang hendak dikongsikan di sini ialah beberapa perkara yang sangat berkait rapat dengan kembara seperti ini. Saya akan cuba kongsikan semaksima mungkin menurut pandangan dan pendapat kami sekeluarga.

1. HOTEL PENGINAPAN

    Dalam kembara kami ke Bandung, kami menginap di dua buah hotel iaitu: Hotel Jelita Parahyangan dan Hotel Fora and Salon.

Hotel 1 : Hotel Jelita Parahyangan.
Bagi kami, Hotel Jelita Parahyangan itu, indah khabar dari rupa. Sebelum kami ke sana, kami telah melakukan survey...cantik sangat dalam gambar, tapi realitinya...biliknya amat sempit untuk dua buah katil king yang kami pilih. Kemudahan sterika yang masih menggunakan arang yang perlu dinyalakan api terlebih dahulu...Sarapan pagi disediakan, tetapi menunya amatlah terhad...nasi goreng, mee goreng, roti bakar dan air teh serta kopi sahaja disediakan setiap hari...tapi harga tambahannya okeylah juga...10,000 rp sahaja.

Walau bagaimanapun, kemudahan dobi yang berharga rm2 sehelai...dapat juga dimanfaatkan...siap gosok lagi, dan baunya harum sangat.

Cuma yang tak sedapnya di sini ialah kakitangannya kurang mesra...tak pernah nak menegur orang bila bertembung...dan satu lagi walaupun namanya hotel tapi bagi kami ia tak ubah seperti chalet sahaja....

Depan bilik 312 Hotel Jelita Parahyangan




Hotel 2 : Hotel Salon Fora : Kami sempat menginap disini satu malam je...diluar hotel, memang tak nampak macam hotel, tapi di dalam...lebih bagus daripada hotel Jelita. Sarapan pagi juga disediakan, tetapi kami tak ambil sebab nampak macam kecinaan sikit...walaupun semua staf nampak macam melayu jawa- islam. Itulah, di Indonesia ini sukar untuk dibezakan agama mereka jika berdasarkan wajah. Nak tanya? Isshh tak kanlah...paling kurang, kami makan roti saja....


Lobi Hotel Fora

Depan bilik hotel kami

Hotel ke 3 : Hotel Fave di Jakarta.
Boleh dikatakan selesa sangat. Biliknya yang luas dan cantik. Sarapan pagi macam biasa...biasa-biasa saja...tak boleh nak banding dengan hotel di Malaysia...Berhati-hati di hotel ini ada caj tersembunyi kalau kita menjamah makanan, air atau coklat yag diletakkan dalam peti sejuk kat bilik kita...

Depan lobi Hotel Fave


Dalam bilik hotel....

2. PEMANDU / SUPIR

Oleh kerana kami pergi satu keluarga dan mempunyai anak kecil, kami rasa lebih selesa kami menggunakan khidmat pemandu / supir. Hari pertama tiba dari Bandung, kami ditunggu oleh supir yang bernama Rawund Thio di airport Bandung jam 3 pagi lebih kurang. Terus kami di bawa ke hotel Jelita Parahyangan. Pak Thio berusia 38 tahun nampak agak baik, sentiasa senyum tapi agak pendiam. Bila ditanya baru dijawab. Besoknya kami janji mahu mulakan lawatan sekitar jam 8:30 pagi waktu tempatan. Pak Thio ok aje. Seawal jam 8:00 pagi Pak Thio dah ada di hotel. Wah bagus juga. Hari pertama ini, kami mulakan dengan melawat Tangkuban Parahu dan lain-lain lagi. Pak Thio hanya mengikut kemana saja kemahuan kami.

Hari kedua, kami masih bersama Pak Thio, kami dah kebuntuan arah. Pak Thio kurang membantu untuk mencadangkan tempat-tempat yang menarik. Kami banyak habiskan masa di Pasar Baru saja hari ini. Terdetik dalam hati, rasa tak berbaloi bayar pak Thio cuma untuk ke Pasar Baru. Malamnya, saya cuba atur perancangan yang sebelum ini saya serahkan bulat2 pada suami. Besoknya saya sendiri yang bagi tahu pak Thio tempat2 yang akan kami kunjungi agar Pak Thio dapat merancang pula mana tempat yang patut pergi dulu dan kemudian...Alhamdulillah, agak berbaloi perjalanan hari ini. Sepanjang hari dan malamnya kami menyuruh Pak Thio ke tempat2 yang kami mahu pergi. Akhirnya malam itu kami sempat juga mengenali tempat yang namanya 'Paris Van Java'...sayang gambar yang kami rakam, ada masalah sedikit....tak dapat dipostkan kat blog ini...

Memang mewah tempat Paris Van Java ini, lagaknya macam dekat Paris saja. Lokasinya yang luas dan mewah serta pengunjung-pengunjungnya juga nampak macam orang berada semuanya. Jarang yang memakai tudung, eh...jarang ke memang tak ada? Tak perasan pulak. Tapi yang pasti tempat ini ramai kaum Cina dan tempat anak2 muda yang kaya melepak! Sempat juga beli jaket untuk anak yang harganya 137900rp = RM45, harga discount sale 50%..Okey lah sangat!

kenangan bersama Pak Thio di Kavling Strawberry Park
Hari keempat, hari kami bertolak ke Jakarta. Hari ini supir kami bertukar pula kepada yang bernama Pak Yepi. Bimbang juga sukar nak berhubung, tapi alhamdulillah nampaknya Pak Yepi lagi bagus dan sangat bagus berbanding dengan Pak Thio. Pak Yepi yang berusia 49 tahun suka bercerita tentang tempat2 menarik di Bandung dan Jakarta. Dia seringkali bertanya sama ada kami sudah ke tempat2 yang disebutkannya. Maka kesempatan ini kami ambil, dan nah harilah kami sempat ke Rumah Mode dan Kartika Sari. Sepanjang jalan Pak Yepi bercerita....rasa menyesal pun ada dapat Pak Thio yang agak malas dan kurang ikhlas berbanding Pak Yepi.

Kenangan bersama Pak Yepi semasa menghantar kami ke aioport
Antara Pak Thio dan Pak Yepi, yang bagusnya ialah Pak Yepi selalu mengelak waktu kami singgah makan di mana2. Ada saja alasannya, hanya sekali kami sempat belanja dia makan. Sedangkan Pak Thio sebaliknya, selalu ada ...dan kami jadi tidak selesa jika tidak mengajaknya makan sama....itu aje...maka dari situ bolehlah dinilai sendiri...bukan nak mengungkit, tapi rasa kurang selesa untuk makan sekeluarga seringkali terasa.....

Bercerita bab supir / pemandu ini rasanya jika pergi kali ke dua atau berdua saja dengan suami, tak perlu ambil supir. Boleh guna 'angkut' atau teksi bermeter saja. Tapi kalau bawa anak-anak2 okey lah juga guna supir. Lagipun kalau memang niat nak gi shopping saja tak perlu guna supir. Harga supir satu hari kalau tak silap RM140. Tu yang geram dengan Pak Thio tu....tak apa lah...semua itu pengalaman yang tak dapat dengan percuma ...semuanya berbayar berjuta-juta rupee....

3. TEMPAT LAWATAN
Bagi mereka yang merancang sendiri percutian ke Bandung atau Jakarta, terutama bagi mereka yang kembara bersama keluarga dan anak-anak perlu merancang dengan teliti tempat-tempat yang ingin dikunjungi.
Mungkin kalau membawa anak-anak bersama, tempat-tempat shoping sahaja bukan satu perkara yang bijak dan disukai oleh anak-anak. Oleh itu, perlu dirancangkan juga lawatan ke tempat-tempat yang tidak ada di tempat kita...Ini adalah pengalaman  paling berharga rasanya buat mereka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan sempat kami kunjungi sewaktu kembara kami ke Bandung dan Jakarta ialah:

a. Tangkuban Perahu

Tangkuban perahu merupakan kawah gunung berapi yang terletak dengan ketinggian 1830 dari aras laut. Cantik sangat pemandangannya dan sungguh menakjubkan...dengan asap-asapnya yang masih keluar dan mengeluarkan bau belerang yang sangat kuat. Tapi perlu diingat beberapa perkara sebelum ke sini.
i. Tiket masuk 50000rp (RM15) setiap orang
ii. kawasannya sangat 'sibuk' dengan penjual cenderahati yang 'cekik darah'. 10 key chain ditawarkan harga 450000rp (RM120). Jika kita kata mahal, dia suruh kita tawar...jika kita tak mahu beli, dia macam marah saja...Sedangkan harga key chain macam tu boleh dibeli dengan harga 25000rp sahaja untuk 10 key chain (RM0.83 satu)
iii. Jagung bakar dijual 10000rp satu (RM3)...mahal keterlaluan...tapi masih boleh tawar pulak tu...











b. Kavling Strawberry Park

Ini ialah ladang Strawberry Kavling. Nak masuk sini, kita akan melalui beberapa tempat yang menarik untuk dilawati juga seperti Kampung Daun dan Kampung Gajah. Kedua-dua tempat itu merupakan tempat rekreasi sekeluarga dan tiketnya agak mahal, kalau tak silap 150000rp = RM50 setiap orang. Kami ada juga minat nak ke situ, tapi bila memikirkan 'masa' maka dibatalkan saja niat tu....sebab kalau nak masuk sini  mesti satu hari baru berbaloi dan dapat rasai semua rekreasi yang disediakan.

pemandangan yang dapat disaksikan dalam perjalanan...
ke Kavling Strawberry..

Landskap Taman Rekreasi Kampung Gajah..
Kembali bercerita tentang ladang strawberry, nak masuk sini ada juga tiket masuk tapi murah je,15000rp=RM6-RM7 setiap orang dan diberikan satu bakul kecil setiap orang untuk petik sendiri strawberry di ladang. Selepas itu strawberry yang dipetik akan ditimbang dan dikenakan caj yang murah saja. Di samping itu, mereka turut menyediakan setiap orang satu gelas jus strawberry yang sangat sedap.















c. Masjid Raya Bandung

Masjid Raya Bandung merupakan masjid yang terbesar di tengah-tengah kota Bandung. Sejarah penubuhannya juga bagus jika dikaji (kena kaji sendiri lah). Apa yang menarik di masjid ini ialah ia mempunyai dua menara berkembar dan kita boleh menyaksikan panorama kota Bandung dari atas menaranya. Untuk memberi pengalaman kepada anak-anak yang masih sekolah, masjid sesuai dijadikan satu destinasi lawatan.









3. PUSAT SHOPPING / WINDOW SHOPPING

a. Pasar Baru

Pasar Baru ialah pusat 'tabur duit', pusat shopping bagi golongan sederhana. Harganya boleh tawar, dan di sini memang kena pandai tawar menawar. Formula saya ialah kalau nak beli biarlah harganya lebih murah berbanding dengan di Malaysia. Contohnya baju Muslimah saiz L, kalau di Malaysia harganya mencecah RM40-50, tapi di Bandung, kalau pandai tawar kita akan dapat harga antara RM16-25 saja.

Yang menarik di Bandung ini ialah kain pasang sulam. Kain ini dijual di Malaysia dengan harga RM130-180, tapi di Bandung harganya antara 16000rp -180000rp =  RM40-60 saja.

Pasar Baru terdiri dari 8 tingkat / lantai. Tempat shoppingnya ada 5 tingkat.Tingkat 5 aadalah tempat parking, tingkat 6 tempat makan2, tingkat 7 tempat solat.




Sebagaimana ingin membeli pakaian, membeli makanan juga perlu ditanya harganya juga. Kat tingkat 6 ini , kami pernah 'terkena' harga semahal 22000rp (RM8) untuk semangkuk bakso yang harga sebenar baru RM1 lebih... waduh pak, mahal banget....cuba bayangkan kami terpaksa membayar sebanyak 18900rp (RM45) untuk 3 mankuk bakso dan sepiring mee goreng serta 2 gelas air avocado, 2 gelas ais bandung dan 1 gelas air laici.

Bakso berharga ' 22000rp =RM8'....


ni lah kedai yang 'mencekik' kami hari tu...







b. Factory Outlet : Rumah Mode

Rumah Mode ni juga merupakan pusat shopping yang paling masyhur bagi pelawat2 Bandung. Bagi saya tak kisahlah dapat pergi ke tidak, tapi alhamdulillah kami ada rezeki juga ke sana untuk melihat apa lah kemegahannya. Ia tak lain dan tak bukan pusat shopping pakaian juga, harganya boleh tahan, macam pusat shopping kat Malaysia je, cuma yang istimewanya persekitarannya cantik macam kat Bali rasanya....sempat juga beli beg untuk suami (137900rp) dan kasut untuk anak (50000rp)






c. Rumah Tas

Rumah Tas ini ialah pusat menjual barangan kulit seperti beg,  tali pinggang dan kasut. Bagi kami Rumah Tas ini biasa-biasa saja, tak pergi pun tak apa...tapi alang-alang pergi beli juga satu tali pinggang kulit berharga 150000rp = RM50.






                                      





d. Cascade Outlet, Stamp Outlet, Heritage, Pusat Outlet Super Hero Jalan Chihampelas

Ke semua ini pun sama je, pusat pakaian....ada yang gaya sederhana dan ada yang gaya untuk golongan bawahan seperti pusat Outlet Superhero...harga pakaian pun sama dengan yang ada di Pasar baru. Ada la kami beli satu dua t-shirt kat sini, yang lain2 dah shopping habis duit kat Pasar Baru...

Depan Cascade

Stamp Outlet





Brownies untuk dirasa dari Amanda Bakery...sedap, kami suka!

Ini pun sedap...
ni antara barang yang sempat kami 'angkut' hari ni...

baju adik dibeli di Stamp Outlet 50000rp kalau tak silap...
Superhero Outlet


beg kasut gergasi...di Superhero outlet..




e. Pusat Kerepek

Sebenarnya ada tempat kerepek yang lagi besar dari tempat ni...cumanya mungkin supir kami malas nak bawa ke tempat yang lagi banyak dan istimewa, lalu di bawa je ke sini... masa nak ke Jakarta, supir ke dua kami iaitu Pak Yepi, lagi best,  siap tanya dan tunjuk tempat jual kerepek yang lagi bagus...tapi kami tak sempat singgah disebabkan masa....
Apapun sempat jugalah beli sikit2 untuk dijadikan buah tangan. Satu bungkus kerepek pisang cheese atau madu atau coklat ada yang harganya 18000rp, 22000rp. 35000rp...pendek kata macam-macam harga ada...Dan paling sedap ialah pisang Raja Madu...agak mahal sikit. Lupa untuk ambik gambar...ia macam pisang salai / ripi tapi di balut dengan cheese...sedap, manis...





f. Pusat Minyak Wangi. 

Ini pusat yang menarik untuk dilawati khususnya bagi penggemar minyak wangi. Di pinggir2 jalan yang kami lalui akan ternampak papan tanda 'Rumah Perfume'. Kami pun bagi tahu lah, kami mahu ke sana. Tapi supir kami yang agak 'kurang' sporting ni membawa kami te tempat collector perfume saja....bersebelahan dengan Oasis Outlet...kedai yang menumpang depan kedai yang lain...kaki lima...geram betul...walau apaun sempat beli 4 botol denga  harga RM14 sebotol...bolehlah....




g. Kartika Sari

Kartika Sari  terkenal sebagai tempat yang menjual pelbagai jenis Brownies. Memang cantik dan eksklusif tempatnya. Macam2 jenis Brownies dijual di sini. Bagi mereka yang nak pulang melalui airport Bandung, boleh beli Brownies di sini untuk dibawa pulang kerana Brownies ini tahan paling lama 5 hari sahaja. Kami beli sedikit saja, sebab kami akan ke Jakarta sebelum pulang ke Malaysia. Risau pulak tak tahan sampai ke Malaysia...tak apa lah rasa sikit sorang je pun dah ok...










EPISOD KEMBARA DI JAKARTA

Perjalanan dari Bandung ke Jakarta mengambil masa 2-3 jam melalui jalan tol atau lebuhraya. Dalam perjalanan banyak panorama yang dapat kami saksikan. Kadang2 kami rasa macam dalam siri Sinetron Indonesia. Di tengah kesibukan jalanraya, kelibat peminta sedekah begitu ramai sekali, demikian juga dengan penjual jalanan. Keadaan jalanraya yang asyik 'jem' / macet dalam bahasa Indonesia, di sinilah mereka mengambil kesempatan untuk berjualan atau meminta sedekah...Pak Yepi supir kami berpesan kalau di Bandung tidak jadi masalah kalau menghulurkan sedekah, tapi jangan di Jakarta kerana akan dikenakan denda kepada pemberi sedekah.





nasi tembel komplit 22000rp

soto sadang bening 18000rp


7000rp 1 kotak



pusat shopping di tengah2 highway Bandung-Jakarta


1. TAMAN MINI INDONESIA INDAH

Taman ini juga sesuai untuk lawatan bersama keluarga, tetapi kalau peruntukkan satu hari baru berbaloi sebab kawasannya luas dan pusat / permainan rekreasi juga banyak yang boleh di cuba. Tiket masuk ke taman ini ialah 15000rp setiap orang. Untuk mencuba rekreasi yang lain seperti cable car, berdayung di tasik kena bayar tiket yang lain. oleh kerana kami kesuntukan masa...kami cuma sempat bergambar saja...Jaadi lah....untuk kenang kenangan....



Rumah Sumatera



Rumah Batak




















b. Masjid Istiqlal

masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia, terletak di Jakarta Indonesia. Itu yang membuat kami teruja untuk melawatnya.











c. Monas Jakarta

Monas Jakarta merupakan  mercu tanda Jakarta yang menjadikan kebanggaan rakyat Jakarta khususnya. kalau di Malaysia, ia adalah seperti Menara Kuala Lumpur, di mana kita boleh ke tingkat paling atas menara untuk melihat keindahan panorama Kuala Lumpur. Demikian juga dengan Monas. Cuma kami tidak berminat untuk naik ke atas menara kerana kesuntukan masa, jadi kami jalan-jalan sekitarnya sahaja sambil mengabadikan kenangan dengan bergambar.

Monas Jakarta

Docar (kereta kuda) 10000rp setiap orang untuk keliling Monas

T-Shirt Monas banyak dijual, 25000rp sehelai
5 helai 115000rp...(RM6-7 sehelai)

jalan-jalan menuju ke Monas


panorama sekitar Monas

anak-anak sekolah dan ibu guru mereka
anak-anak sekolah dan ibu guru yang sporting...

rakam kenangan....Monas, kami pernah singgah 







tak tahu pulak apa nama benda ni...tapi dia nari-nari sambil minta derma dari pengunjung...




d. Mangga Dua







e. Jakarta International Airport Soekarno Hatta Terminal 3 (khas untuk Air Asia)



bergaya dengan beg baru yang dibeli d Mangga Dua


Sebelum check in...

Adik tersandar keletihan barangkali....


tempat menunggu...

ibu dan anak....
abah dan ummi...

PANORAMA  BANDUNG-JAKARTA.....