Friday, May 31, 2013

Tips ke Turki (Post-Mortem)

Assalamualaikum wrh wbt...Semalam baru sampai rumah, balik dari Istanbul...Memang banyak cerita dan tips yang nak dikongsikan...Ini adalah post-mortem kami hasil pengembaraan kami selama 9 hari di sana.

Dapatkan Info yang banyak:
Kena dapatkan info-info yang banyak mengenai tempat yang ingin kita lawati. Dan Alhamdulillah, bagi kami hasil daripada pencarian info-info tersebut, ia banyak membantu kami dalam semua aspek.....aspek makanan , aspek harga barangan, aspek tempat membeli belah, aspek kes-kes penipuan pun begitu bernilai...bagi mengelakkan kami daripada kami terjebak dengan anasir yang tidak baik.... 

Rancang Tarikh untuk Tempahan Tiket Lebih Awal:
Oleh kerana kembara kami adalah tanpa bantuan perkhidmatan agen, maka kami terpaksa rancang tarikh dan ambil tiket seawal mungkin. Tempahan tiket lebih awal lebih menguntungkan, kerana tiket terlalu mahal berganda jika ditempah lewat. Tiket kami lebih kurang RM6000 untuk 3 orang pergi-balik. Sedangkan 2-3 hari sebelum bertolak, kami cuba intai web tiket ke Turki, telah mencecah hampir RM22000 utk 3 orang...

Rancang Tempoh Lawatan:
Jika perancangannya hanya melancong persekitaran Istanbul sahaja, 5-6 hari adalah tempoh yang sesuai...tetapi jika bercadang pula melancong ke luar daerah Istanbul seperti ke Pamukalle,  Capuddia (salah kot ejaannya)...elok peruntukkan masa 4 hari lagi ke daerah2 tersebut...kerana untuk ke tempat tersebut terdapat pakej khusus 4 hari ke sana, menggunakan bas atau kapal terbang...di sana lebih kepada tempat keajaiban Allah...kena dapat info lain lah...jika mahu ke sana. Kembara kami hari tu tidak lah sempat ke sana, kerana kurang info...kat sana baru dapat info, masa dah tak sesuai...may be next time....

Rancang Tempat Penginapan:
Jika perancangan lawatan sekitar Istanbul City saja...maka dicadangkan lokasi hotelnya ialah di sekitar Sirkeci je...sebab lokasinya ditengah-tengah kawasan pelancongan. Yang bagusnya ialah ia dekat dengan Spice Bazar, Blue Mosque, Aya Sophia, Topkapi, Galata dan lain-lain lagi...Nak makan, pergi jalan kaki je dekat area Spice Bazar, di situ makanannya murah-murah...ada ayam bakar, ada nasi, kebab pun murah je...beza sikit harganya dekat area lain...kalau makanan dekat Blue Mosque tu mahal sikit...Macam kami, anak kecil kami mesti nak nasi...jadi terpaksa mencari kedai yang jual nasi lah...harga sebungkus nasi 1.50tl saja...minta campur lauk daging untuk kebab pun...Alhamdulillah dia bagi percuma je...


Kedai Cenderahati / Tempat Shopping:
Sebagai pengunjung, sudah tentu cenderahati buat tersayang mesti dibeli. Jadi semua jenis Cenderahati ada dan murah di area Spice Bazar, berbeza sangat dengan tempat-tempat lain. Key Chain yang sama, di Spice Bazar boleh dapat dengan harga 1tl tetapi di Grand Bazar or Taksim harganya dah jadi 4-5tl...begitu juga dengan barangan Seramik atau Beg Turki. Area Spice Bazar lagi murah...

Turkish Delight:
Ini adalah manisan warga Turki....harga nya bergantung kepada jenis...ada yang 10tl satu kg, ada yang 15tl, 20tl, 25tl atau yang mencecah 50tl pun ada...Setengah kilogram pun boleh dibeli...rasanya bolehlah...kami sempat membeli beberapa kg untuk dibawa pulang....

Jus Buah-buahan:
Satu perkara yang amat bagusnya di Turki ialah mereka gemarkan jus buah-buahan segar. Buah-buahan segar diperah dan diminum begitu saja tanpa dicampur dengan gula atau perisa...memang masam-masam manis asli...Kami sempat melayan untuk merasai jus-jus segar yang disediakan..seperti Jus Oren dan Jus Delima...rasanya masam-masam manis...not bad...sedap dan segar...Harga? Satu cup kecil Jus Delima ialah 4tl manakala cup besar 7/8 tl. kalau cup kecil tu biasanya 1 1/2 biji  buah manakala cup besar 2 1/2 biji...okeylah tu.... teringin nak bawa balik alat pemerah buah yang dia orang gunakan...ada dijual di Spice bazar...cara operasinya senang saja, manual...tak perlu guna eletrik...buah dipotong dua...dan diperah satu persatu....senang sangat...jus yang keluar...mak ai...sungguh segar...terus diminum begitu saja....

Metro / Pengangkutan:
Setibanya di Istanbul, pastikan anda membeli Istanbulkart. Ia sebagai kemudahan untuk menaiki Tram atau bas yang merupakan pengangkutan utama di sana. Jika menggunakan Tram harga sehala tak kiralah ke mana pun destinasi, harga cuma 3tl seorang. Kad ini boleh ditambah nilainya dari semasa ke semasa. Begituu juga dengan bas. Ia lebih menjimatkan wang dan masa. Kalau tempat penginapannya sekitar Sirkeci, maka untuk ke Blue Mosque atau ke Spice Bazar cuma perlu jalan kaki saja, kecuali lah kalau nak ke Grand Bazar perlu menggunakan Tram. Kemudahan Tram inilah yang menampakkan modennya Istanbul...mana2 ceruk pun ada Tram. Ianya cepat dan tidak perlu menunggu lama. Elak dari menggunakan teksi,kerana penggunaan meternya bermula dengan harga 2.95tl atau lebih....lepas tu jalannya banyak yang one-way...jadi terpaksa round agak jauh walaupun sebenarnya tempat yang nak pergi tu kalau jalan kaki dekatlah sangat....Dan kalau perlu, tanyakan dulu harga tambangnya sebelum naik...bolehlah kita agak2 mahal atau murah....

Stroller:
Bagi yang melancong bersama bayi atau anak-anak yang berusia 5 ttahun ke bawah, dicadangkan membawa stroller. Kembara di Istanbul ni banyak guna jalan kaki...tanpa stoller, jenuh lah kita mendukung anak-anak. Di Istanbul ni, rata-rata orangnya yang membawa anak-anak kecil semuanya menggunakan stroller...hampir tidak adan yang mendukung atau mengendong anak mereka. Dan lagi satu, kemudahan pengangkutannya seperti Tram dan bas semuanya mesra pengguna yang membawa kerusi roda atau stroller kanak-kanak...Senang saja walaupun kita terpaksa menggunakan Tram atau bas....

Ubat-ubatan:
Sebelum melancong, satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah bekalan ubat-ubatan terutamanya ubat selsema dan demam...Bawalah mengikut keperluan, misalnya untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Tempat-tempat Menarik:
Sebenarnya kalau pergi melancong, semua yang tidak ada di tempat kita itu dikira tempat menarik lah. Begitu juga dengan Istanbul. Semua tempat adalah menarik. Terutamanya dari segi senibina bangunan yang ada di persekitaran Istanbul. Menarik sangat. Senibinanya jenis senibina lama zaman kerajaan Uthmaniyyah (Ottoman kata orang Istanbul). Hampir semua bangunan di Istanbul nampak klasik dan kukuh. Yang menariknya, terlalu banyak masjid di sana dan setiap kali masuk waktu solat, suara azan akan bersahut-sahutan....

Walau apapun, biasanya tempat-tempat yang wajib dikunjungi bila ke Istanbul ialah Blue Mosque (Masjid Biru), Topkapi Palace (Istana Kerajaan Ottoman -yang telah dijadikan sebuah muzium diraja - banyak menyimpan dan mempamerkan barang-barang berharga yang diperbuat daripada emas dan berlian), Hagia Sophia (Bangunan yang asalnya sebuah Gereja tetapi telah dijadikan Masjid pada zaman Kamal Atartuk), Grand Bazar, Spice Bazar, Bandar Moden Taksim, Mengelilingi selat Bosphurus dengan Cruise dan juga Bursa (perlu menaiki feri untuk ke Bursa - di Bursa, barulah kita dapat lihat ramai kaum wanita memakai tudung berbanding di bandar istanbul, kaum wanitanya tidak dapat dibezakan dengan orang putih.)

Kalau mahukan tempat yang lebih menarik dan adventure, banyak lagi tempat yang boleh dilawati seperti Pamukalle, Capudia (salah eja ni...nnt check balik), Ephuses...dan banyak lagi lah...cuma dari istanbul City ni untuk ke tempat tersebut perlu menaiki bas atau plane atau juga memandu sendiri dengan menyewa kereta...biasanya kalau ambil pakej pelancongan ke sana memerlukan masa 4 hari untuk lawatan ke tempat2 tersebut....(ini menurut booklet-booklet pelancongan yang ditawarkan...). Tempat2 ini menarik kerana terdapat pelbagai keajaiban dan kebesaran Allah seperti Frozen Waterfall, Belon Panas dan sebagainya....sayangnya maklumat berkenaan dengan tempat berkenaan agak lewat kami perolehi....dan masa untuk ke sana tidak mengizinkan kerana sudah kesuntukan waktu memandangkan masa untuk pulang ke Malaysia tinggal 2 hari lagi....tapi jauh di sudut hati...may be next time lah....teringin juga untuk menyaksikan sendiri keajaiban alam.

Sewaktu kami melawat ke Taman Mini Atartuk (yang menempatkan binaan2 bangunan replika yang terdapat di Turki) pernahlah kami terperasan akan satu replika mini Pamukalle yang terdapatnya Frozen Waterfall...semua kawasan dilitupi ais tetapi masih terdapat air terjun...wow sungguh menakjubkan...balik dari situ kami mencari2 maklumat....rupa2nya itulah tempat yang dimaksudkan dengan keajaiban alam...hati melonjak2 untuk ke sana...tapi....itulah masa tidak mengizinkan....

Anak Kecil:
Satu nasihat mengenai anak kecil yang ingin di bawa bersama....jika anak kecilnya masih di bawah usia 1 tahun, mungkin kurang masalahnya jika dibawa bersama, tetapi kalau usia antara 2 - 3 tahun, di mana masih belum faham apa-apa...ni yang susah sikit, kerana mereka ini kuat meragam....kalau dipujuk...susah juga sebab mereka masih kurang faham....dari segi makanan pun agak sukar, sebab anak-anak yang usia sebegini memang belum pandai mencuba makanan2 baru bagi mereka...Mungkin barangkali kalau yang usia 4 tahun ke atas okey pulak kut....tapi ini cuma satu pandangan saja berdasarkan pengalaman kami yang membawa anak kecil yang berusia 2 tahun....susah sangat....atas kapal terbang meragam sebab boring lama sangat...sedangkan dia seorang yang lasak....mak oi...nasib baiklah penerbangan kami lebih panjang pada waktu malam...jadi banyak masa juga dia tidur, cuma adalah sejam dua jam yang waktu dia terjaga...haah...masa ni lah masa kritikal...puas dia tengok tv, mula lah dia nak gi situ sini....Tapi sabar saja lah, sebab semua ini kami set up our mind bahawa ia akan terjadi......Ada pro and kontra juga bawa anak kecil ni...yang bagusnya, bawa anak kecil ni menyebabkan ada lah juga aktiviti kita untuk uruskan dia...main-main dengan dia...tak lah membosankan sangat...cuma time dia meragam saja yang menyebabkan kita...adoi adoi doi doi....dan yang bagus lagi, kebanyakan orang turki ni memang sukakan kanak-kanak...tak kira lah lelaki ke perempuan, tua atau muda semua sukakan kanak-kanak...hampir setiap tempat yang kami pergi memang anak kami menjadi tumpuan...dicuit, diagah, diajak main, diajak dukung, ditegur sapa...dan diberi keutamaan lah sewaktu menaiki bas atau tram....demikian juga semasa menaiki pesawat...bahkan sewaktu kami membelek2 gelang atau key chain untuk cenderahati dibawa pulang...memang akan dapat percuma lah untuk puteri kami...

Pesawat:
Semasa kembara kami ke Istanbul, kami menaiki pesawat Turkish Airlines. Harganya tidaklah semahal manapun kerana kami tempah tiket lebih awal...kalau tidak, mahal juga. Yang nak ceritanya ni, masa penerbangan ke Istanbul...punya lah bagus layanan yang disediakan...makanan pun okey sangat, ada spagetti, ada nasi, ada pan cake, ada buah-buahan, ada free gift (beg) untuk kanak-kanak, ada banyak coklat...okeylah sangat tu...tapi sewaktu penerbangan pulang...layanan dan makanan amat tidak memuaskan...makanan yang dihidangkan memang tak lalu masuk tekak ni...dua kali hidangan disediakan, jeruk buah zaitun, jeruk apa lagi tah, keju keras, keju masam, dan tak tahu lah lagi nak story...tapi memang sedikit saja dimakan...kami sempat menjenguk penumpang2 yang lain...mereka sama saja dengan kami...ramai yang tak habis makanannya...roti yang tidak pernah ketinggalan disediakan, yang sewaktu penerbangan ke istanbul, kami tidak menyentuhnya kerana kekenyangan...habis kali ini kami kunyah...kerana hanya inilah saja yang mampu ditelan bersama jem strawberry....Itu pun untuk mengalas perut kosong akibat penerbangan yang terlalu lama...

Rasanya setakat itu dulu lah cerita dan post mortem kami...walau apapun, syukur kami kepada Allah kerana kami telah selamat pergi dan balik ke pangkuan keluarga tanpa sebarang musibah...Syukur Alhamdulillah...dan kembara kami seterusnya selepas ini sudah tentulah mengunjungi rumah Allah....yang agak lama sudah tidak kami kunjungi...rindu benar hati ini....moga-moga Allah mengizinkan kami ruang dan waktu untuk ke sana....





2 comments:

  1. Salam rhoza..
    thanks sudi share info yg bguna ni..InsyaAllah sy akn ke cappadocia,turki 3 mggu lg..sy pegi ke sana bkn mkn angin smata2 tp ats urusan keje..akn bwk hsbnd n anak2 (4 n 2 thn)..cume sy nk tnya,stroller anak bole bwk naik atas cabin x..atau kena ltak bwh dgn luggage2 bsr..sy pn naik turkish airlines..

    ReplyDelete
  2. Salam terima kasih atas perkongsian. saya sempat juga baca sampai habis :) Sy ingin berkongsi pakej percutian all in ke istanbul kami.

    http://wiyatravel.com/pakej-ke-istanbul/

    ada juga pakej ke tempat2 lain. boleh lawati http://www.wiyatravel.com

    ReplyDelete