Turki...Aku Datang....Mungkin kata-kata itu bolehlah dijadikan pembuka bicara dalam tulisanku kali ini. Ini semua info-info yang ku kutip untuk dijadikan panduan atau tips ke sana. Boleh pakai ke tidak belum tau lagi...tapi inilah .....katanya TIPS KE TURKI...
Berikut
adalah checklist (secara umum) yang perlu kita selesaikan sebelum terbang
ke sana. Info ini mungkin berguna sangat untuk sesiapa saja yang akan ke sana nanti.
1)
Tempahan hotel – boleh dibuat melalui booking.com @ agoda.. Baca semua review
dari para pelancong.. Katanya, jangan terpedaya dengan gambar2 yang ditunjukkan di web,
sebab kadangkala gambar tu semua indah khabar dari rupa.. hehe.
- kita perlu memastikan lokasi yang ingin kita lawati di Istabul. Seperti melawat Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, sekitar Eminonu & Sultanahmet. Jadi, pilihlah Sirkeci Park Hotel, kerana ia terletak di tengah2 di antara Eminonu & Sultanahmet. Hotel ni ada sarapan sekali, so kita tak perlu bimbang nak makan apa waktu pagi2.. Harga penginapan untuk 6 hari 5 malam ialah RM1200.00.
- Selesai semua di atas ini, 50% dari percutian anda dah hampir terlaksana.
- Pastikan juga menempah teksi untuk ke hotel. Email kepada hotel & tanya sama ada mereka boleh menyediakan teksi untuk mengambil anda dari airport.. Jika jenis yang adventurous, boleh juga naik train dari Airport ke Sultanahmet..
- Pakaian yang sesuai – walaupun pergi pada musim panas, tapi panasnya bukan macam Malaysia ok, anginnya macam angin aircond, sejuk!! So pastikan ada jacket @ cardigan @ pashmina.
- Kasut sukan @ running shoes – ladies, tinggalkan aje la high heels tu kat rumah, u will be doing a lot of walking in Istanbul!!!
- Bagi yang masih mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa stroller, boleh pengsan kalau nak dukung anak ke sana ke mari.. bawa stroller yang tahan lasak sebab jalan di sana adalah jalan lama (cobblestone) yang tidak rata
- Bawa susu anak – sana tak ada dutch lady, anmum, bla2.. saya bawak 1 kg susu & 500gm nestum.. Alhamdulillah, susu & nestum cukup sepanjang berada si sana.. Lagipun Iemrand dah makan makanan solid, so tak ada masalah.
- Bawa diaper yang mencukupi.. Bawak jugak nappy rash cream sebab takut kena nappy rash sebab perubahan cuaca kan.
- Ubat urat, sebab banyak berjalan, takut sakit kaki! muahahaha
- This may sound funny, tapi bagi yang suka @ mesti nak ada cili sos kalau makan burger, fries, etc, sila bawa sebotol @ bawak cili sos peket kecik2 dari KFC @ McD, kat Istanbul TAK ADA SOS CILI! Heheheh.. Yang ada Cuma chili flakes.. McDonalds dia pun tak ada cili sos! Huhuhu.. Sementelah makanan kat sana banyak dalam bentuk kebab, memang syok kalau ada cili sos. Tapi kat sana tak ada, so kurang umphhhh la bagi saya
- Tukar matawang EURO di Malaysia. Apabila tiba di Istanbul, boleh tukar ke matawang Turkish Lira, tapi JANGAN TUKAR DUIT DI LAPANGAN TERBANG ATATURK! akan kena tax.. tukar di Sultanahmet.. sana banyak perngurup wang asing
- Perancangan Perjalanan / Aturcara Perjalanan.
- Buat pengetahuan semua, ada banyak muzium di Istanbul, dan menjadi satu kerugian andai tidak melawat 2 @ 3 darinya, kerana muzium di Istanbul adalah antara yang terbaik di DUNIA. Oh ya, kami pergi ke sana TANPA TRAVEL AGENT!
- pastikan PRINT TEMPAT2 MENARIK & TIPS2 DARI PELAWAT.. Jadikan sebuat fail @ buku untuk rujukan apabila di sana nanti.. Di sini mungkin tak nampak kepentingannya, tapi bila di Istanbul, ia bagaikan kitab untuk merancang perjalanan .. Di hotel juga biasanya mereka ada phamplet2 mengenai tempat2 menarik di Istanbul. Ambil semua phamplet tersebut, baca & compare dengan research . Di sana ada juga pakej2 tour dalam kumpulan2 kecil pada harga berpatutan.. Sesuaikan dengan budget dan boleh minta pertolongan dari recep hotel untuk membuat tempahan. Kadang kala hotel juga memberikan potongan pada tour package di sana.. so jangan malu bertanya, malu bertanya, sesat jalan! heheheh
- Untuk melawat muzium, HIGHLY RECOMMENDED untuk anda beli pas museum.. ia berharga 72 Turkish Lira, kira2 dalam RM154.00. Nampak cam mahal kan, tapi dengan pas ini, kita boleh masuk terus tanpa beratur.. Kalau nak tau, barisan untuk masuk ke Topkapi Palace & Hagia Sophia sangattttttttttttttt lah panjang!!! Terutama dalam musim panas.. boleh pengsan!! Dengan pas ini juga, sebenarnya boleh jimat beberapa Euro, sebab harga tiket individu bagi tempat2 tu pun dah agak mahal..
- Pas muzeum ni sah selama 72 jam dari tempat pertama yang anda masuk.. kiranya 3 hari la..
- Pas muzeum boleh di beli di tempat2 yang disenaraikan di sini – http://museumpassistanbuldistributor.com/
- Antara muzeum2 yang boleh anda lawati dengan menggunakan pas ini ialah:-
1) Topkapi Palace &
Harem
2) Hagia Sophia
3) Istanbul Archeological
Muzeum
4) Chora Museum,
5) The Museum of Turkish and
Islamic Arts dan
6) Istanbul Mosaic Museum.
Di atas kad ini juga ada ditulis masa pembukaan muzeum.. SILA PASTIKAN HARI UNTUK LAWATAN KERANA ADA MUZEUM YANG
DITUTUP PADA HARI ISNIN @ JUMAAT.
19. PENGANGKUTAN. berjalan2 di sana menggunakan keretapi @ berjalan kaki
saja.. sebab itu sangat penting untuk memilih hotel di lokasi yang accessible
pada tempat pengangkutan awam.. harga tiket pun murah, 2TO (RM4.00) ke
semuaaaaaaaa destinasi.. best! tak payah naik teksi langsung untuk ke tempat2
pelancongan
20. MEMBELI BELAH Grand Bazaar & Spice Bazaar – dua tempat yang sangattt
menarik! Beratus2 kedai ada kat Grand Bazaar tu. Spice Bazaar ni kecik sikit,
tapi barang2nya lebih kurang aje… Macam kami, kami pergi dua kali ke Grand
Bazaar, kali pertama survey2 harga barang, petang tu ke Spice Bazaar pulak..
barang yang sama, namun harga lebih murah di Spice Bazaar.. Kali kedua gi Grand
Bazaar just nak jalan2 jer.. Tapi orang cam ulat la, memang ramai.. yang
lawaknya, bila diorang tau kita orang Malaysia, dan2 cakap APA
KHABAR? SELAMAT DATANG, MURAH MURAH.. heheheh.. pastu, satu lagik
tips, di belah belakang Grand Bazaar, ada banyak kedai2 lagi, harga barang kat
sana lagi murah.. Di Spice Bazaar pun camtu, anda jalan hingga ke hujung
bangunan, kat belakang tu ada macam pasar lambak, baju, beg, kasut, tudung,
murahhhhhhhhh dan cantik! So pastikan anda pergi ke bahagian belakang Spice
Bazaar..
21 Satu lagi tempat shopping ialah di jambatan Eminonu.. Kami jumpa
tempat ni secara tak sengaja, naik train nak ke Eminonu (di sini terletak Spice
Bazaar), tapi suami saja ajak berhenti satu stesen ke hadapan. pastu kena turun
tunnel, kat bawah tunnel tu heaven shopping utk tshirt! hehe.. saya lupa apa
nama stesen, nanti saya cehck balik, tapi train tu menuju ke Galata Bridge..
22 SCAM Ha, ini yang saya nak tekankan sangat.. kami terkena scam ni
masa kat sana.. Mula2 kami nak pergi ke Topkapi Palace, tapi ramai sangat
orang.. so kami decide nak ke Grand Bazaar dulu.. Pastu ada sorang mamat Turki
ni nama dia Umar, dia approach kami, tanya dari mana semua.. Friendly sangat..
pastu dia tanya nak ke mana? Kami kata nak ke Grand Bazaar..dia kata I can show
you the way.. so kami pun ikut la.. tiba2 dia kata I would like to invite you
to my carpet factory.. Owh noooooooooooo! Masa tu dah rasa semacam, tapi dah
orang ajak kan, kami ikut la.. Masuk dalam tu, dia dah bentang hamoir 30 helai
karpet, pujuk kami beli.. suruh kami letak harga bila kami kata kami tak
mampu.. Hampir sejam ok dalam tu!!! Saya takut jer kena bunuh ke, kena kidnap
ker, sbb factory tu ke dalam sikit & pintu factory ditutup bila kami masuk
ke sana.. Macam2 alasan kami bagi, last2 saya tipu kata saya housewife, suami
saya sorang aje kije, tak der duit nak beli karpet.. Harga karpet tu EURO800!
Gila kan.. bankrup! Dah ler datang bawka duit ciput jer.. hahaha.. Diorang
pujuk2 gila tau, so anda kena pandai menolak jugak.. yang paling mudah, bila
ada orang kata nak bawak hi kedai karpet, TERUS CAKAP NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
THANK YOU!! Hhehe.. tapi diorang ni polite, kita sampai tu dah bagi air
teh epal yang sedap bangat! Hehe.. saya siap cakap, thanks for your hospitality
& the nice tea! Huhu.. so ingat – KALAU DENGAR JER PERKATAAN KARPET @ KILIM
CAKAP JE NO, THANK YOU.. tapi kalau nak gi beli, no harm la ikut diorang tu..
hehe
23. TANDAS Macam malaysia, tandas kat sana ada yang cangkung & duduk
TAPI guna bidet.. ni yang saya palinggggggggggg lemah.. huhuuh.. so bawaklah
satu botol kosong untuk bersuci yer..
24. SOLAT
Masjid
ada di mana2, jangan risau tentang solat anda ye..
Setakat
ni dulu.. Kami bawak RM5,000 tapi masih ada baki RM1200.00 bila balik ke sini..
.. (tak ada niat nak menunjuk2 banyak duit ke apa ye, ni adalah panduan bagi
anda yang ada tight budget cam kami)
ini lah info yang paling menarik hati ku....terima kasih untuk info ini...nantikan tips dari 'hamba' pulak!!!
ini lah info yang paling menarik hati ku....terima kasih untuk info ini...nantikan tips dari 'hamba' pulak!!!
Pelawat menemui web ini melalui carian:
1. harga makanan di istanbul,bulan sesuai ke istanbul,shopping ke
istanbul,harga barang di istanbul,pengalaman melawat istanbul,percutian di
istanbul 6 hari 5 malam,penginapan murah di istanbul,matawang lira
istanbul,blog cuti istanbul budget,shopping baju di istanbul,hotel sesuai di
istanbul,tempat2 menarik di istanbul,melawat budget kecik,percutian bajet ke
istanbul,tips ke istanbul,bercuti ke istanbul,harga barangan di grand bazaar
istanbul,apa barang yg murah di istanbul,bajet ke istanbul,pengalaman bercuti
ke istanbul,shopping di istanbul,pakaian yang sesuai untuk hi-tea di
hotel,petua melawat istanbul,percutian istanbul murah,percutian di istanbul
budget,percutian di istanbul,pengalaman berada di istanbul,panduan ke
istambul,penginapan yg murah di istanbul,tukar euro murah d
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih di atas tips yang awak berikan. Saya berminat melawat ke TURKI..boleh tak awak kongsikan Itinery dengan saya. Lagi satu saya nak tnya, bahaya tak jika group terdiri drpd perempuan sahaja pergi melancong ke turki?
Harap awak sudi melapang waktu untuk menjawab soalan saya ini.
Terima kasih :)
Assalamalaikum.
ReplyDeleteSgt menarik. Boleh tahu puan pergi bulan apa ya? cuaca panas tak? Saya juga sedang berkira kira merancang pergi sendiri. Cik Seri kalau minat nk join sitiaisha2@gmail.com
TQ
cantik tips ni... tapi rasa mcm pernah baca sblm ni kat blog seseorg....
ReplyDeletep.s: kalau nk copy paste pun kasik la credit skit kt org yg mengarang tu... kesian dia karang penat2 awak copy paste je.
Saya dah pernah sampai Istanbul. Memang menarik. Ianya kota penuh sejarah. Boleh baca di sini jika berminat http://cutifamili.blogspot.com/2013/06/diy-istanbul-part-2-tempat-lawatan.html
ReplyDelete