Showing posts with label Tarbiah dan Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah dan Dakwah. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Contoh Kertas Cadangan : Pertandingan Azan


KERTAS CADANGAN:
PERTANDINGAN AZAN TERBUKA
ANJURAN BERSAMA:
PERSATUAN BAHASA ARAB , PERSATUAN AGAMA ISLAM & KELAB TILAWAH AL-QURAN / AZAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG


1.     TAJUK
: PERTANDINGAN AZAN TERBUKA

2.    OBJEKTIF
1.     Mencungkil bakat azan di kalangan pelajar
2.    Melatih pelajar menceburi bidang dakwah secara khusus
3.    Melantik Bilal bertugas di Masjid sekolah
4.    Sebagai slot aktiviti persatuan/Kelab

3.    RASIONAL
1.     Pelajar perlu diberi peluang mengetengahkan bakat
2.    Pelajar perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan ini masyarakat.
3.    Pelajar perlu diberi pendedahan kelebihan menjadi tukang azan

4.    SASARAN
Semua pelajar yang berminat ( 36 orang)

5.    TARIKH PELAKSANAAN

6 hb Mac 2013 (Rabu)

6.    JANGKAMASA
7:50 - 9:00 Pagi

7.    TEMPAT
MASJID AR RAHMAN SMKPS 
8.    TENTATIF PROGRAM
07:50 pagi   -  Semua ahli persatuan / kelab yang terlibat berkumpul di masjid
08:00 pagi  -   Ucapan Pengerusi
08:05 pagi   -  Pertandingan azan terbuka

9.    JAWATANKUASA
Penasihat    -  En Che Hashim bin Sulaiman (Pengetua  SMKPS)
Pengerusi  Bersama   -  En Ismail bin Jusoh (PK Ko Kurikulum)
                                  Tn Hj Isamuddin bin Ismail (PK HEM)           
Timbalan Pengerusi –   En Harun bin Abd Rahman (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi  -  En Muzairi Souza bin Mohamad (GKSS)
Perancang – Ustazah Razana Othman (KP)
Setiausaha  -  Ustazah Roslina Ali
Bendahari  - Ustazah Naimah Abdullah

AJK:
Persiapan tempat  -  Ustazah Hjh Naimah bt Abdullah / Ahli Persatuan Bahasa Arab
Kawalan Disiplin  - En Zilkaram  / Ustazah Razana Othman/ Ustazah Nurul Khairiah bt Idris / Ustazah Azumah bt Mohd Salleh / Ustazah Hartini bt Mohd Noor
Juru acara majlis – Ustazah Naimah Abdullah
Hakim Pertandingan – Ustaz Mohd Radzuan Mat Jusoh / Ustaz Mohd Sayuti Rajab

                       
10.  ANGGARAN PERBELANJAAN
1.     Hadiah Tempat 1     -  RM15.00
2.    Hadiah Tempat 2    -  RM10.00
3.    Hadiah Tempat 3    -  RM5.00
4.    Hadiah Saguhati (30 orang) – RM 60.00

JUMLAH                                                                         RM 90.00
(Ringgit : Sembilan Puluh Sahaja)

11.   SUMBER KEWANGAN
1.     Peruntukan Wang Kegiatan Agama          =   RM 90.00


  JUMLAH                                                   RM 90.00
(Ringgit : Sembilan Puluh Sahaja)

12.  PENUTUP








Disediakan oleh;


(ROSLINA BT ALI)
Setiausaha



Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk meminati matapelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya dapat melahirkan sahsiah jati diri pelajar muslim yang berakhlak dan berwibawa.





                                               Disahkan oleh:


                                              (CHE HASHIM BIN SULAIMAN)
                                                Pengetua SMKPS

Monday, February 18, 2013

Kelebihan Tasbih Kaffarah



1) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata:
“Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ


Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau

2) Daripada Abu Barzah RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau

Maka berkata seorang lelaki:

Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah
engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW):

“Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.

3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata:

“Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya
dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau


4) Daripada Ibnu Umar berkata Bahawasanya Rasulullah SAW biasa menyebut sebelum meninggalkan
suatu majlis sebanyak 100 kali:

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ

(Ya Tuhanku,ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun).

Huraian hadis:

1- Yang dimaksudkan dengan ‘banyak salah dan silap’ ialah percakapan yang bercampur dengan maksud yang tidak jelas. Maksud yang didapati dalam hadis ini ialah percakapan yang tidak memberi manfaat untuk akhirat.

2- Disyariatkan untuk membaca doa ini setiap kali selepas selesai sesuatu majlis  kerana ia boleh menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan dalamnya. Akan tetapi, para ulama mengkhususkannya pada dosa kecil sahaja berdasarkan dalil yang didapati dari hadis-hadis yang lain.

3- Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dengan doa ini sebagai pengajaran kepada umat baginda dan menambahkan pahala dan bukan kerana baginda telah melakukan suatu kesalahan dalam majlis.

Ulasan:

Sama ada untuk memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah atau Kaffarah Majlis tidaklah begitu penting. Umat Islam di Malaysia ini sudah biasa memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah. Kita perlu menjadikan doa ini sebagai rutin dan amalan biasa apabila selesai atau menutup sesuatu majlis.
Tidak seperti doa pembuka majlis sama ada dengan hanya membaca Basmalah, Surah Al-Fatihah atau doa-doa tertentu yang memang dimasukkan secara rasmi dalam agenda dan tentatif majlis.

Selain itu, kita juga perlu perluaskan amalan doa ini bukan sahaja dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat yang diadakan di dalam suatu tempat yang tertutup tetapi juga di tempat-tempat yang terbuka seperti majlis perhimpunan dan sebagainya.


Para pendidik juga boleh mengambil contoh perbuatan Nabi SAW ini untuk diaplikasikan apabila selesai suatu pengajaran atau majlis ilmu di dalam bilik kelas, dewan kuliah dan sebagainya.


Biarlah majlis yang diadakan itu mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT kerana kita telah memeliharanya dengan memulakan majlis dengan berdoadan mengakhiri majlis juga dengan berdoa.

Wallahu a'llam.

Semoga dapat diamalkan bersama...ke arah mencari redha Ilahi (mardhotillah)

Dipetik dari seorang Blogger ….Jazakallahu Khairan Kathira

Saturday, January 19, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H..

Bulan kelahiran Rasulullah SAW kini datang lagi...jadikan ia sebagai petanda aras...sejauhmanakah kecintaan kita padanya...semakin menebalkah? Atau sebaliknya? Atau...cuma sibuk mengenang Rasulullah SAW bila datangnya Rabiul Awal ...atau sempena dapat cuti satu hari kerana Maulidur Rasul..? Tepuk dada tanyalah IMAN.

Sudah tentu masing-masing antara kita punya jawapannya yang tersendiri...Namun, ayuhlah... renungkanlah kembali natijah disebalik jawapan-jawapan yang ada pada diri masing-masing itu. Muhasabah Cinta kepada Rasulullah SAW amat tinggi nilainya...Cinta pada Rasul membawa ke Syurga...yakinlah itu...Cinta kepada Rasul adalah sesuatu yang mendamaikan....Ayuh, buktikan cinta itu....Rabiul Awal adalah bulan muhasabah cinta pada Rasul....jangan dipersiakan kedatangannya....jangan biarkan ia berlalu tanpa pengisian abadi dan azam istiqamah....teruskan...teruskan merindui Rasul Junjungan....

SELAWAT
Kalau kita merindui seseorang, kita pasti akan mengirimkannya khabar meskipun lewat SMS cuma...namun KERINDUAN kepada Rasulullah SAW tidak perlukan bayaran walaupun 5 sen...cukup sekadar...hadirkan cinta dalam hati dan menyebut selawat buatnya. Sekali selawat disebut, 10 kali malaikat berselawat bagi pihak kita yang merindu...Mudahkan? Hidupkan selawat dalam kehidupan, peruntukan ruang masa untuknya dalam jadual seharian....masa bawa kereta ke, masa baring-baring ke...atau carilah masa yang sesuai bagi jiwa masing-masing....bualah sesi temujanji dengan Rasulullah...dengan berselawat!

AMAL KEBAJIKAN
Kalau kita menyukai seseorang, pastinya kita akan lakukan yang terbaik untuknya...Demikianlah, lakukan yang Amal Kebajikan dalam setiap gerak langkah kita seharian sebagai persembahan istimewa buat kekasih yang tercinta...Rasulullah SAW. Allah suka yang baik, Rasulullah selalu beramal dengan amalan yang baik, maka kita ikutlah contoh terbaik Rasulullah SAW. Jadikan setiap detik yang kita lalui, dengan amal kebajikan tanpa mengharapkan balasan, tetapi penuh keikhlasan...Ingatlah orang yang tersayang...Rasulullah SAW sedang menanti di syurga sana, menanti dengan penuh harapan untuk menemui insan-insan yang suka melakukan amal kebajikan...

Alangkah mudah dan indahnya hidup kita, seandai kita pandai MENYINTA...Dengan menyintai Rasulullah SAW dengan penuh penghayatan dan setulus hati, tiada apa yang perlu diresahkan lagi...kerana ia akan membawa kepada HIDUPKU dan MATIKU adalah kerana ALLAH SWT. Maka cintailah Rasul, kerana Dia pasti akan membalas Cinta kita dan membawa kita ke SYURGA abadi....

Wallahu a'lam. Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa 'Ala Ali wa Sohbihi wa Sallam.