Sunday, December 27, 2015

Kembara Famili ke Hatyai-Songkhla & Pattani 2015

Cuti sekolah panjang hujung tahun 2014 yang lalu, kami sekeluarga bercuti ke Jakarta, Indonesia. Manakala sebaik bermula cuti sekolah 2015 ini, anak-anak bertanya ke negara mana pula destinasi percutian kita? Amboi...dah macam satu kewajipan pulak, setiap hujung tahun mesti ke luar negara. Manalah abah dan umi mampu, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang agak gawat, selain kadar ringgit Malaysia yang semakin menurun. Untuk tidak menghampakan anak-anak, kami membuat keputusan untuk bercuti ke luar negara juga, tetapi destinasi negara yang kami pilih ialah yang paling dekat dengan tempat tinggal kami. Negara yang tak perlu membeli tiket-tiket penerbangan yang memakan kos yang sudah tentu agak banyak...dan sebuah negara yang kita boleh akses dengan cara memandu kenderaan kita sendiri. Negara itu ialah negara yang dikenali dengan jolokan negara gajah putih, iaitu THAILAND.

Hasil semakan terhadap beberapa blog percutian di Thailand yang terpapar di internet, kami memilih destinasi Hat Yai dan Songkhla, Thailand sebagai destinasi pilihan percutian kami sekeluarga untuk kali ini. Mungkin kerana jaraknya yang tidak begitu jauh sangat dengan tempat tinggal kami, bandar Kota Bharu (Jarak KB-Hat Yai ialah 270km, pemanduan kereta sekitar 4 jam 21 minit sahaja), maka dua wilayah yang masih termasuk dalam wilayah Thailand Selatan menjadi pilihan kami. Rata-rata blog tentang percutian ke Hat Yai yang kami kunjungi memaparkan banyak tempat-tempat menarik di kedua-dua destinasi ini, malah Hat Yai digelar oleh kebanyakan bloger dan travellers sebagai syurga membeli belah. Namun demikian, oleh kerana kami juga mempunyai anak-anak remaja, tujuan membeli belah bukanlah matlamat utama, sebaliknya beberapa attraction lain yang sesuai dengan jiwa mereka tidak boleh diketepikan. Kalau asyik-asyik ke tempat shopping, sudah tentu mereka akan cepat merasa bosan dengan percutian ini.

Terus terang kami katakan bahawa sepanjang tempoh menanti percutian bermula, hati kami tidak putus-putus dirundung kebimbangan. Almaklumlah, destinasi percutian kami kali ini adalah tempat yang cukup diketahui umum bahawa kawasan yang sentiasa bergolak dan tinggi risikonya. Kadang-kadang kami terasa mahu membatalkan sahaja percutian ini dan memilih destinasi lain yang lebih terjamin keselamatannya. Tetapi memandangkan bilik-bilik hotel sudah siap ditempah...dan kami tidak sanggup untuk rugi begitu sahaja, maka kesudahannya kami bertawakkal sahaja kepada Yang Esa agar melindungi perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik sepanjang perutian ini.

Sejujurnya inilah kali pertama kami berkunjung ke Wilayah Selatan Thailand yang agak ke dalam dari sempadan. Beberapa tahun yang lalu kami pernah masuk ke Thailand, tetapi sekadar balik hari dari pekan Sungai Golok melalui pintusempadan di Rantau Panjang. Itupun konvoi dengan saudara kami yang sudah agak biasa keluar masuk Rantau Panjang-Golok. Faktor tidak biasa ini juga menambahkan lagi kebimbangan kami dengan percutian kali ini.

Persiapan Penting Sebelum Bertolak Ke Thailand:

Untuk menjadikan percutian ini sebuah realiti dan seterusnya berjalan dengan seberapa lancar yang boleh, kami banyak belajar melalui pak cik google. Terdapat begitu banyak blog-blog yang mencatatkan pengalaman percutian masing-masing ke Hat Yai dan Songkhla ini. Berikut ialah sedikit pengalaman yang dapat kami kongsikan :

1. Bagi kakitangan kerajaan, kita berkewajipan untuk mengisi borang permohonan keluar negara dengan majikan masing-masing. Ini adalah pra-syarat utama yang wajib dipatuhi bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku, khususnya bagi mereka yang berkerja sebagai penjawat awam.
2. Membeli Insuran Kereta. Ini bertujuan untuk melindungi sepanjang pemanduan kita di Thailand.
3. Pastikan anda bawa pasport / pas smpadan yang tarikh tamatnya melebihi temoh 6 bulan dari tarikh masuk.
4. Cop paspot di pejabat Imigresen Thailand. Kami melalui sempadan Rantau Panjang-Thai. Proses di sini tidaklah mengambil masa yang lama....di sini terdapat kakitangan imigresen Thailand yang tolong isikan borang masuk ke Thai dengan caj bayaran RM2 bagi satu paspot...duit poket dia la tu agaknya... Selesai urusan di sini, kembara kamipun bermula.

Hari Pertama:

Masjid Kru Se Pattani

Dalam perjalanan yang santai, kami singgah di masjid 300 tahun yang dikenali dengan nama Masjid Kru Se. Masjid ini ada sejarahnya yang tersendiri. Ia merupakan masjid tertua di wilayah Pattani yang terkenal dalam sejarah penyebaran Islam di Asia Tenggara.

  

Kesempatan singgah di masjid tua ini , kami mengambil kesempatan untuk solat di sini. meskipun masjid ini masjid tua..namun ia masih aktif dijadikan pusat ibadat bagi penduduk setempat dan juga pelancong..

Samila Beach 

Memandangkan masa masih terlalu awal untuk kami check in hotel, kami meneruskan perjalanan ke Songkla dan Samila Beach menjadi destinasi kami yang pertama di Hatyai ini. Tidak banyak yang kami tahun tentang metos di Samila Beach ini..cuma sebaik sahaja melihat patung ikan duyung emas yang kaki di gigi pantai...kami sepakat mengatakan mesti ada metos yang menjadi kepercayaan orang-orang di situ. Walaupun ramai pelancong sibuk berfoto dengan patung tersebut, namun kami tidak terasa teruja sangat untuk bergambar dengan patung tersebut....hanya dari kejauhan sahaja.


Tidak jauh dari pantai tersebut ada satu lagi patung kucing dan tikus....hah...yang ini si kecil kami terpujuk untuk bergambar dengan patung kucing ... kucing ialah binatang kesayangannya...Patung ini pun mempunyai metos juga...ia berkait rapat dengan pulau kucing dan pulau tikus yang tidak jauh dari pantai Samila.

  
  
Di Samila Beach ini, berbagai tarikan pelancong disediakan...seperti aktiviti menunggang kuda, shopping dan yang paling sedap ialah aiskrim kelapanya yang murah.... 30 baht sebiji kelapa....

Hotel Green View

Ini hotel pertama kami..harganya +-RM70 satu malam. Kemudahan parking keretanya menyebabkan kami tertarik untuk menginap di sini... yang lain-lain, okeylah...kawasan yang tenang dan tidak sibuk dan dekat dengan bandar .... restoran Halal pun tidaklah jauh sangat daripada hotel ini seperti Restoran Kelantan, Restoran Salma, Restoran Hamid dll,,

Restoran Kelantan

Di sini ialah makan malam pertama kami di Hatyai. Menunya biasalah....menu Thai lah...sedap sangat...Tomyam campur, ikan siakap masak lemon...ummmp besst....+- 900 baht untuk 5 orang...

Songkla Zoo

24 Disember 2015, kami rasa teruja untuk ke survival Songkhla Zoo...di mana ia bukan seperti Zoo Negara kita...sebab zoo ini boleh pandu masuk kereta. Kami menggunakan khidmat gps untuk ke Songkhla Zoo...GPS membawa kami ke satu pintu masuk (ya atau tidak pun kami tidak pasti...) yang kami alami, ia terus membawa kami ke dalam kawasan zoo yang sangat terjaga...bersih...cuma agak lengang daripada kunjungan orang  ramai...yang kelihatan cuma pekerja-pekerja Thai yang tidak tahu berbahasa Inggeris...

Bukan seperti yang kami jangkakan, puas kami mencari-cari kaunter tiket...namun tidak diketemukan...lalu kami teruskan kembara di dalam zoo tersebut...berkali-kali kami berhentikan kereta dan keluar untuk melihat binatang-binatang yang menarik perhatian...dan yang paling teruja sekali, tiba-tiba dua ekor rusa keluar melintas jalan... dan sempat kami bergambar mesra dengannya...wah...jinak sungguh si rusa ini....

Kembara di zoo diteruskan...tiba di kawasan sarang burung 'Hornbill' yang sangat jinak...ia terus terbang ke arah kami seolah-olah telah lama menantikan kedatangan kami....sayangnya kami tidak membawa sebarang makanan untuknya....selesai bergambar dengannya....ia pun berlalu dengan perasaan kecewa agaknya....

Harimau, Beruang, Tapir juga luar biasa besar saiznya daripada biasa yang kami lihat di Zoo Negara...besar macam lembu .... bahkan lebih panjang daripada lembu....Ha ha ha...yang ni tak nak pula ia bergambar dengan kami...bukan apa...kami lah yang jual mahal kat mereka....malas bagi muka...sekadar lihat dari jauh jerr....sebenarnya grrrrr.....

Malaslah nak tulis panjang2 pasal Zoo ni.... bukannya apa Si kecil kami sebenarnya yang paling seronok....tak rugi masuk sini terutama jika ada anak kecil....mereka memang perlu diberi peluang melihat binatang secara 'life' seperti di Zoo ini...




Khao Tang Hill Lif Station

tempat tinjauan untuk melihat seluruh bandar Hatyai. 30baht tiap seorang untuk menaiki lift yang disediakan...bayangkan naik bukit guna lift...ia lebih kurang nain tram ke bukit Bendera....bezanya ia lift....pengalaman baru bagi kami...tapi best lagi kalau ia buat seperti tram bukit Bendera...tapi bolehlah...

kat puncak bukit tu...biasalah Thailand kan tak boleh dipisahkan dengan pusat sembahnyang dia orang...maka banyaknyak patung-patung gajah, loceng dll yang berkait dengan kepercayaan mereka. 



Feri 

Menaiki feri bersama kereta bagi kami merupakan satu pengalaman baru juga...bayangkan +- 10 kereta berada di atas sebuah kapal / feri.... terapung di tengah telok yang memisahkan antara songhkla dan Hatyai...tambangnya cuma 20 baht satu kereta...murah sangat...tiba di seberang sana menyebabkan ia lagi dekat dengan hotel kami menginap...sambil menaiki feri, kami mengunyah pelam siam yang dijaja sewaktu kereta berbaris menunggu giliran menaiki feri...harganya 20baht sebiji...sedap bagi orang yang suka asam....pelamnya sangat rangup....okeylah sebagai alas perut sebelum pekena nasi tengahari....







Restoran Halal berhampiran jeti.

Perut yang berkeroncong belum diisi dengan nasi...sebaik sahaja keluar dari feri. di kiri jalan ada jual pulut panggang yang sangat sedap....40baht ....murah...tapi tak sempat nak kira berapa biji...belum sempat dimakan, kami ternampak satu restoran halal...terus singgah untuk menjamu selera. Bagai pucuk dicita...restoran tersebut operasinya baru nak mula...150baht bagi dewasa ....dan makan sepuasnya....siap ada BBQ lagi....ayam, daging, sotong, udang. nasi goreng, nasi putih, pelbagai jenis mee, pelbagai jenis bubur, pelbagai jenis buah...fuhh...pendek cerita ...kenyang sampai ke malam ...memang makan malam kami terpaksa skip....

 

Bil yang kami bayar kali ni...tapi sangat puas hati ....dan sangat berbaloi bagi 'kaki makan'...

Green Way Night Market

Ini merupakan pasar malam terbesar di Hatyai...ia beroperasi setiap malam... dan barangannya  murah dan berkualiti....ia mula beroperasi jam 3.00 petang dan berakhir 10.30 malam. Yang menariknya, seketika di Hatyai...masalah parking tidaklah menjadi masalah serius...ada orang yang tolong jaga dan uruskan parking...siap tunjuk lot parking lagi...tanpa caj satu sen pun...pendek cerita parking free 24 hours. tak kira siang atau malam...wow...sangat hebat kerajaannya menjaga kebajikan rakyat...



Municipal Park

Menurut blogger yang kami singgah di blog2 mereka untuk mengutip pengalaman mereka...tempat ini juga tak kurang menariknya...ada Ice Dorm, ada Cable Car....kami juga sempat singgah untuk menikmati keseronokan tersebut...namun agak hampa kerana sejak April 2015, Hatyai Cable Car sudah berhenti beroperasi....manakala Ice Dorm pulak....katanya semua ais dah tiada...yang tinggal hanya taman bunga....kononya musim bunga....kami membatalkan hasrat memasuki Ice Dorm...dan terus ke destinasi seterusnya...



Chang Puak Camp

Katanya ini tempat menunggang gajah...500baht tiap orang selama 40 minit...kami memang bercadang untuk merasai cabaran di sini...tetapi setibanya di sini...tersangatlah ramai orang....gajah-gajah pun tidak kelihatan walau seekor sekalipun....kami membuat andaian sendiri untuk tidak membazir masa menunggu gajah-gajah tersebut balik ke stesen...sekali lagi hasrat dibatalkan...walau bagaimanpun, sempat ambil gambar kenangan sajalah....di pintu masuk Camp Gajah ini..

Sebenarnya agak hampa...kerana sejak kami tiba di Hatyai, kami belum melihat gajah sebenar walaupun seekor...patung gajah banyak lah sangat....di Zoo pun kami tak sempat ke tempat gajah....sebab kawasan Zoo tersebut tersangatlah luasnya....



Shopping Mall

Kecewa lagi....kami memutuskan untuk shopping je...or window shopping....pusing-pusing bandar Hatyai...singgah di Kyong Yong Market....beli sikit-sikit... apa yang patut.... terus balik ke hotel ke dua kami....

Hotel Paradise Hotel & Resort

Untuk mencari hotel ini....hampir sejam, kami berpusing-pusing dilorong-lorong sempit perkampungan Thai...setelah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan khidmat GPS, akhirnya kami mencuba menaip PB Hotel...yang berhampiran dengannya sebagai harapan boleh menemui hotel Paradise yang tidak dapat dikesan oleh GPS kami yang mungkin agak lama...belum update...

Last sekali, kami jumpa juga hotelnya.... wah, agak mewah juga tempat ni...ada kolam renang...ada restoran halal....ok lah tu, tidaklah menyusahkan kami mencari restoran halal untuk sarapan pagi...









Floating Market

Selesai solat jamak Zohor-Asar, kami bertolak untuk ke 'Pasar Terapong'...sekali lagi kami cuba guna khidmat GPS,....dan sekali ini juga namanya tidak dapat dalam senarainya...setelah puas mencari...hari semakin senja...kami dah semakin putus asa...Kami membuat keputusan untuk bertanya berpandukan peta yang kami ada....kalau nak tanya gitu-gitu...memangmereka tak fahamlah jawabnya...

Empat orang remaja perempuan sedang bermain-main motorsikal di pinggiran jalan menjadi pilihan utuk tempat bertanya...setelah berbincang dengan bahasa isyarat yang boleh difahami....remaja tadi sudi menunjukkan kami jalan ke Pasar Terapong...Alhamdulillah...baik betul budak-budak ni...agak jauh juga mereka membawa kami....akhirnya tibalah di tempat tujuan...sejumlah wang kami hulurkan sebagai tanda terimakasih....mereka menolakknya dengan sopan sekali....akhir sekali kami abadikan dalam bentuk gambar kenangan...dan bertukar-tukar profile FB...


 
  
  
 





Masjid Jamek Pattani

Masjid ini kami singgah dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu...indah sungguh masjid ini.

  

Kesimpulannya:

1. Kembara ke Hatyai ....agak menyeronokkan, sayangnya tak berkesempatan untuk shopping lebih-lebih sikit sebab kesuntukan masa dan kurang tahu tempat yang seronok untuk shopping selain Night Market..

2. Bumi Hatyai adalah bandar yang bersih....tandas bersih....tiada longgokan sampah merata-rata kecuali dalam tong sampah yang disediakan.

3. Penduduknya cukup berdisiplin ketika memandu. Meskipun tanpa memakai topi kaledar, menaiki motorsikal dengan berbonceng lebih daripada seorang...ia tidak menjadi masalah...kerana pengguna motorsikal masih berdisiplin menggunakan lorong yang disediakan untuk mereka...jadi ia tidak mengganggu pemandu kereta...

4. Tuk-tuk merupakan kenderaan awam mereka...terdapat banyak sekali Tuk-tuk lalu lalang di jalanraya Hatyai...walaupun mereka menaiki Tuk-tuk secara agak padat, namun mereka tetap rileks dan selamba saja....seolah-olah tak ada tekanan langsung....

5. Warganya suka membantu, menegur dengan sopan jika kami tersilap parking...katanya no parking, police mad...

6. Dan yang paling kami suka ialah tiada sebarang bayaran parking dikenakan walau di mana sahaja kita parking..kerajaan mereka benar-benar mendahulukan rakyat...benar-benar menjaga kebajikan rakyat...mungkin sebab itulah mereka hidup tenang dan tiada tekanan..

7. Keselamatan di tempat awam sangat diutamakan. Contohnya semasa kami masuk ke shopping mall, di pintu masuk untuk ke tempat parking kereta....kad pengenalan pemandu kereta akan diminta untuk di scan, kemudian ditunjukkan tempat parking secara personal, dan sebelum masuk ke shopping kompleks, sekali lagi setiap orang diwajibkan melalui satu tempat scanning...seperti di airport...fuhh...ketatnya...mungkin ia dilakukan sebegitu setelah berlakunya peristiwa pengeboman beberapa bulan yang lalu....





2 comments:

  1. Рекомендую: недорогие проститутки Одессы в одном: роковая КРАСОТКА и похотливая СУЧКА!!! Красота, доходящая до эпатажа!!! Никакой скованности и стеснения... Ревность питается сомнениями; она умирает или переходит в неистовство, как только сомнения превращаются в уверенность.

    ReplyDelete
  2. Hii..saya wat sewa kereta di sis padang besar. Kereta dh siap semua dokumen n insuran Thailand..minat wazzap saya..0194176025

    ReplyDelete