Tuesday, May 3, 2011

Mati Otak atau Saraf Otak Mati

Aku tidak pasti bagaimana harusku mulakan bicara kali ini...Namun yang pasti ada sesuatu yang ingin kukongsikan bersama di ruang ini...Hampir tiga minggu yang lalu, seorang rakan sejawat suamiku, tiba-tiba dikhabarkan jatuh dan pengsan di gelanggang badminton sewaktu beriadah dengan anak dan rakan-rakan yang lain....Beliau segera dikejarkan ke hospital...Setelah menerima berita itu, tanpa berlengah suamiku terus ke ruangan kecemasan di hospital yang dimaksudkan. Memang sah dan benar...sekujur tubuh milik rakannya itu sudah kaku tidak sedarkan diri...

Hingga ke hari ini, keadaan tidak banyak berubah...walaupun matanya sudah dapat dibuka, namun beliau masih memerlukan bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup. Dan menurut doktor, saraf otaknya sudah gagal berfungsi akibat serangan tempoh hari...Allahu Akbar...Sebetulnya, beliau adalah seorang yang sangat menjaga kesihatan, seringkali membuat pemeriksaan dan selalu bersenam....Namun, siapalah kita untuk menolak takdir Ilahi....

Kini, beliau yang masih terbaring di wad ICU, masih gagal memberi sebarang respon, dan tidak mengenali sesiapapun yang hadir menziarahinya....

Terkenang aku kepada arwah Bonda sewaktu doktor menyatakan tentang prosedur pembedahan sebelum ajal Bonda menjemput...Menurut doktor, meskipun Bonda berjaya dalam pembedahan, namun berkemungkinan besar Bonda akan mengalami lumpuh seluruh badan, bonda akan gagal mengenali sesiapapun jua, dan Bonda juga gagal makan sendiri atau mengurus diri sendiri....Ini adalah kerana saraf di otak Bonda telah mati dan gagal berfungsi sebagaimana biasa akibat daripada berlakunya pendarahan otak.

Terkadang, sekelumit penyesalan hadir dijiwa ini kerana kurang ketegasan untuk tidak membenarkan Bonda dibedah dan menyerah saja kepada takdir...namun, bila memikirkan semuanya adalah suratan takdir bagi Bonda, tiada apa yang perlu disesalkan....kerana begitulah pengakhiran cerita hidup Bonda....dan Bonda tentunya redha menerima segalanya.

Daripada dua cerita tadi, hati memutuskan, jika keadaan yang sama berulang lagi...pembedahan bukanlah suatu jaminan untuk sebuah kehidupan...biarlah kematian menjemput dengan seribu ketenangan bukannya dengan kesakitan demi kesakitan....Redha adalah ubat yang paling mujarab untuk semua penyakit....Dan ingatlah Allah tidak memberi sesuatu ujian melainkan ingin melihat sejauh mana keimanan kita kepadanya....usah takut pada sebuah kematian, kerana ia pasti akan datang jua bila tiba masanya....

Buat Bonda 'di sana' hanya doa yang mampu dititipkan agar Bonda sentiasa damai dan berbahagia....dan buat teman yang sedang diuji hebat...bersabarlah dan yakinlah Allah akan melimpahkan rahmat dan hikmat di sebalik semua yang berlaku....


No comments:

Post a Comment