Wednesday, May 11, 2011

Kelahiran yang disyukuri............


Sujudku padaMu Rabbi, kerana akhirnya sebuah penantian yang sekian lamanya kini berakhir dengan penuh hikmah dan sejahtera. Syukur Alhamdulillah, kami sekeluarga berjaya melewati sebuah pengembaraan menakjubkan untuk suatu kelahiran seorang insan sebagai lambang keagungan dan kebesaraMu ya Rabbi...

Sesungguhnya, pengalaman mengembara memikul suatu tanggungjawab dan harapan kali ini, benar-benar dihayati oleh kami sekeluarga....Kali ini kehamilan ku benar-benar membawa kami sekeluarga lebih dekat denganMu...Kami benar-benar menghayati setiap perjalanan seharian yang dilalui...sehinggalah ke detik-detik yang begitu mendebarkan....

Ya Allah...aku benar-benar bersyukur atas rahmatMu....mengurniakan kesihatan seadanya bagiku disaat kehamilanku, mengurniakan jutaan semangat untuk menempuh hari-hari ku yang semakin lemah untuk sebuah kelahiran yang dinantikan...mendengar dan memakbulkan doaku agar dipermudahkan segala urusan hidupku....Dan yang paling menakjubkan...ialah sebuah kelahiran yang cukup 'mudah' tanpa melewati kesakitan yang terlalu panjang...Seingatku...'kesakitan' ketika saat melahirkan cuma melewati tempoh 45 minit sahaja...

Masih ku ingat...petang 4 hb Mei 2011, lebih kurang jam 4:00 petang, aku cuba merebahkan badan untuk merehatkan diri di dalam kamr tidur...sementara menantikan masuknya waktu Asar. Sambil baring-baring, hatiku sentiasa berdoa agar Tuhan memberikan tanda-tanda yang jelas untuk proses kelahiran kali ini...Ini adalah kerana, hati sentiasa ragu-ragu dan tertanya-tanya jika sesuatu yang agak luar biasa berlaku. Sambil hati bedoa....tiba-tiba...lena juga akhirnya...

Jam 5:00 petang, terkejut dari lena tadi...oleh sebab terasa sesuatu cecair yang luar biasa keluar ...'eh...aku mimpi kah?' detik hatiku...terus bingkas dari tempat tidur untuk Solat Asar...selesai mandi dan bersedia untuk solat, sekali lagi 'tanda' tadi keluar lagi...kali ini lebih banyak... Segera ku khabarkan pada suamiku... Agak cemas terpapar di wajahnya...menyuruhku bersiap untuk segera ke hospital...kataku; nanti-nantilah...kalau ia datang balik...dan ada rasa sakit barulah ke hospital...Tapi suamiku tetap memintaku bersiap....

Sebelum ke hospital...disebabkan aku belum makan tengahari tadi..aku menjamah sedikit nasi sebagai 'bekal' untuk berjuang nanti...sebab manalah tahu, bila saatnya aku benar-benar besalin nanti...Hampir jam 6:40 petang, aku tiba di hospital...Jururawat membawaku ke sebuah bilik rehat...katanya bilik besalin penuh...Jam 7:00 malam Doktor Suzi datang membuat pemeriksaan...katanya 'jalan' dah buka 3 cm...dia ingin mendapatkan kepastian sama ada aku ada rasa sakit atau tidak...aku mengatakan belum lagi...Dia memintaku berehat, sementara menguruskan ruang bersalin.

Jam 8:30 malam, baru aku terasa sakit sikit-sikit...dan waktu itu 'tanda' tadi tetap keluar sedikit demi sedikit. Jam 9:00 malam, jururawat bertanya kepdaku sama ada sudah rasa sakit atau belum...Aku memberitahunya...bahawa aku dah mula rasa sakit sedikit...lalu dia menyorongku ke ruang bersalin...

Sekali lagi doktor memeriksaku...katannya baru 4cm. Menurutku kalau baru 4cm jawabnya jam 12:00 malam lah baru bersalin agaknya...lamanya nak tunggu....suamiku menyabarkan ku...Sambil menunggu, hatiku sentiasa berdoa agar Allah permudakan pross kelahiran ini.

Jam 10:00 malam, hampir-hampir aku terlena, tiba-tiba dua orang kakakku datang menyapa...bertanya khabar...hatiku bukan main rasa gembira dan tambah bersemangat...Sempatlah berbual-bual seketika dengan keduanya...suami mengambil kesempatan...minta izin untuk keluar makan...ya lah kataku, tapi jangan lama...kan tak sempat kan...Aku kini ditemani kedua kakakku tadi...Tiba-tiba, kesakitan mula datang, kencang sekali... sakit yang tidak tertahan sekali...Aku meminta kakakku memanggil doktor...Doktor Suzi datang..dan kutanyakan padanya tentang Epidural...Doktor Suzi memohon maaf kerana terlupa tentang hasratku untuk mendapatkan Epidural...Dia mula memeriksaku sekali lagi...katanya dah 6cm...Dia menyabarkanku...katanya sudah tak lama lagi...saatnya untukku bersalin...

Jam 10:35 malam, suamiku datang semula ke sisi...kali ini, aku sudah benar-benar rasa sakit...Jururawat cuba mengurangkan kesakitan ku dengan menyuruhku menyedut gas bantuan pernafasan...Sedutan yang pertama...membuatku hampir 'khayal' dan aku memutuskan untuk tidak menyedutnya...ku cuba bertahan... Jam 10:45 malam, aku memberitahu jururawat dan doktor, masa untuk bersalin dah tiba....Doktor dan jururawat datang membuat persediaan...kakakku keluar dari ruangan tersebut...aku memegang erat tangan suamiku...dan akhirnya dengan sekali nafas tepat jam 10:55 malam puteri yang kami nantikan telah selamat dilahirkan dengan lafaz Allahu Akbar dan Lailahaillallah yang keluar dari bibirku....Lega dan syukurku yang amat sangat....kulihat ada senyum diwajah suami kesayangan....

Ya Allah....betapa tanpa kekuatan dariMu, sesungguhnya aku tiada daya dan upaya...untuk melalui semua ini... Terima kasih ya Allah...Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment