Setiap hari, kita sentiasa didedahkan dengan berita kes buang anak atau buang bayi. Demikian juga di media-media elektronik begitu kerap menyiarkan kempen kesedaran supaya menyayangi zuriat kita, agar jangan dibuang, dibunuh dan sebagainya. Banyak visual-visual bayi yang dibuang dipaparkan, sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah 'bersemut' dan 'berulat', berbungkuskan kain buruk dan juga surat khabar....
Terasa sekali kejamnya insan yang bernama manusia yang sanggup melakukakn perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu. Bahkan terasa benar, bahawa binatang lebih mulia daripada manusia yang berjiwa rakus seperti itu...Sadis sungguh sadis...
Namun, ada sesuatu yang terkilan sebenarnya di sebalik semua kejadian ini. Sebenarnya banyak 'kesilapan' demi kesilapan yang terus dilakukan oleh kebanyakan pihak yang menyumbang kepada semua ini. Untuk membendungnya .... terasa begitu sukar sekali tanpa kesedaran banyak pihak tadi. Silap siapa sebenarnya?
Pihak yang pertama, sudah tentulah ibu bapa. Kegagalan mengawal selia anak-anak dan menekankan pendidikan agama, sudah tentu akan menjauhkan diri anak-anak dari mendapat hidayah Allah. Kebebasan bergaul yang kurang diseliakan sudah tentu turut menyumbangkan kepada bencana 'sadis' ini. Ramai di kalangan remaja yang usia awal belasan tahun telah menjadi mangsa 'kebebasan bergaul'. Kebanyakan daripada mereka yang terjebak, langsung tidak mengerti erti salahnya melakukan perbuatan zina, hubungan seks dengan teman lelaki secara suka atau paksa tidak menjadi suatu 'keaiban' buat mereka. Bahkan ada diantara mereka yang tanpa segan silu bercerita kepada teman-teman sebaya tentang 'pengalaman hitam' mereka. Demikian juga dengan 'pengalaman' menggugurkan kandungan...menjadi suatu yang 'simple' buat mereka.
Pihak yang kedua, peranan media. Ia berkaitan dengan kempen menyayangi zuriat kita. Peranan media sepatutnya diambil sebagai suatu kesempatan memandangkan dunia hari, telivisyen dan juga akhbar menjadi rujukan dan tontonan utama di setiap rumah. Sepatutnya, kempen yang menerangkan risiko-risiko dari sudut agama dan kesihatan berhubung dengan gejala perzinaan dan buang bayi ini diperhebatkan lagi siaran dan tayangannya. Agar ia benar-benar berkesan. Bukannya dengan nyanyian yang merayu meraih simpati supaya menyayangi zuriat sendiri.
Dan yang terpenting sekali, cara yang terbaik untuk mengatasi dan mencegah semua bentuk kemungkaran tadi, sudah tentulah dengan cara kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, iaitu dengan melaksanakan hukum-hukum yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Inilah penawar yang paling mujarab untuk membasmi segala bentuk kemungkaran dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia kini.
Zuriat Kita : Anugerah Allah yang amat berharga.

No comments:
Post a Comment