Monday, October 11, 2010

Musim Haji Datang Lagi...


Kaabah Yang Mulia



Multazam Mustajab Doa

Hari ini tanggal 3 Zulkaedah 1431H, dari berita yang disiarkan melalui televisyen.... dari perbualan bersama rakan....kusedari...musim haji datang lagi... Pada hari Khamis yang lalu, sempat menziarahi seorang sahabat yang bertuah terpilih menjadi tetamu Allah untuk penerbangan yang pertama (KT 1) yang berlepas pada keesokan harinnya. Hatiku begitu sayu bercampur gembira. Sayu, bila mengingatkan memori manis ketika kami bermusafir menjadi tetamu Allah tiga tahun yang lalu...gembira, kerana ramai juga di kalangan teman-teman rapat ku yang dipilih Allah menjadi tetamuNya pula kali ini...

Nasihatku buat teman-teman tetamu Allah.....

1. Buat persediaan fizikal dan mental secukupnya.
Ingat, kita ke sana bukannya nak 'melancong' tapi dengan tujuan yang satu iaitu ibadat kepada Allah. Jadi, setkan diminda...setiap saat yang dilalui diisi dengan ibadat sama ada ketika tidur, bercakap, makan, rehat,membeli belah...semuanya jadikan sebagai satu ibadat. Sebagai persediaannya...tak boleh nak set kan minda je, tapi ia perlukan 'latihan'. Maka kena berlatih dari tanahair lagi...sebaik-baiknya apabila dah pasang niat nak ke Mekah tu...dah mulakan latihan ibadat untuk 'setiap detik, setiap aktiviti dan setiap langkah kaki'....

2. Senaraikan barangan yang perlu dibawa
Barang yang perlu dibawa berbeza antara individu...jadi ikutlah keperluan masing-masing...tapi nasihatku pada bakal jemaah wanita...jangan lupa bawa tudung yang senang dan mudah dipakai...(tudung ini amat diperlukan ketika jemaah berada di Mina, bertujuan untuk ke tandas dan ketika berada di dalam khemah) Dari pengalamanku ketika berada di Mina, terkilan hatiku melihat jemaah yang kurang perihatin tentang masalah aurat, ada di antara mereka yang membungkus kepala dengan tuala, ada juga yang bertelekong (pakaian solat) bila ke tandas, ada yang mengangkat kain ke paras lutut ketika beratur untuk menanti giliran menggunakan tandas...jadi perihatinlah...

3. Pasang Niat beriktikaf di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.
Ketika di tanah suci, banyakkan iktikaf, baca al-Quran, solat hajat, solat taubat dan juga tahajjud.Sebaiknya latih juga dari tanahair...

4. Bawa al-Quran ketika dalam penerbangan
Penerbangan dari Malaysia ke Tanah Suci biasanya mengambil masa 8 - 9 jam. Jadi ambil kesempatan membaca al-Quran, bukannya duduk termenung saja...atau sekurang-kurangnya berzikir...nak bagi lidah kita sentiasa dibasahi dengan zikir..kita hendaklah ada azam dan doa yang bersungguh-sungguh...kira-kiranya 'latihan'lah juga...

5. Persiapan ilmu
Sepatutnya persiapan ilmu ini dok nombor satu tadi...tapi tak apalah...Ilmu nak tunai ibadat haji ni sangat penting...tapi ilmu solat juga penting, terutamanya ilmu mengenai solat qasar dan jamak...dan satu lagi ...ialah ilmu tayammum...Kesian sungguh tengok jemaah yang tak solat waktu dalam penerbangan balik dari Mekah, hanya kerana semata-mata tak dapat berwuduk...pada hal masa tu kita diharuskan bertayammum...nasib baik, teman sebelahku dalam penerbangan balik dari tanah suci dulu sempat ku tunjukkan cara tayammum...maka kami sama-sama solat dalam kapal terbang.....

Akhir sekali....nasihatku, gunakan kesempatan yang diberikan untuk menjadi 'tetamu' Allah dengan sebaik mungkin. Hayati segala kelebihan yang ada di sana...kesempatan untuk ke sana bukannya kita dapat selalu...jadikan ia sebagai sesuatu yang sangat berharga.......Rebutlah semua peluang dan ruang yang ada...manfaat masa 40 hari di sana dengan sebijak-bijaknya...

Ya Allah..setiap saat, setiap detik aku terlalu merindui untuk mengunjungi RumahMu kembali...Terimalah ibadatku, doaku...dan ampunkanlah segala dosaku, dosa seluruh keluargaku...dosa saudara-saudaraku..jadikan kami golongan orang-orang yang Engkau redhai...


No comments:

Post a Comment