Sunday, August 1, 2010

Syaitan....jangan bagi mereka peluang!

Sebenarnya terdapat ratusan ruang-ruang untuk syaitan memperdayakan manusia. Ini adalah kerana syaitan telah bersumpah akan menyesatkan manusia selagi manusia dikandung badannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Sesungguhnya syaitan berkata: "Demi kemuliaanmu hai Tuhan, Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambaMu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka." Tuhan menjawab: "Demi kemuliaan dan keagunganKu aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagi mana mereka meminta ampun kepadaku." (Riwayat Ahmad)

Syaitan bermalam di dalam hidung

"Apabila seseorang kamu bangun daripada tidurnya, hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air daripada hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syaitan Kencing di dalam dua telinga

"Apabila diberitahu kepada Nabi SAW tentang seorang lelaki yang tidak bangun bertahajjud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi SAW bersabda: "Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Minum berdiri bersama syaitan

Nabi SAW bertanya kepada orang yang minum berdiri: "Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing? :"Dia menjawab "Tidak" . Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya kamu telah minum dengan makhluk yang lebih teruk daripada kucing iaitu syaitan." (Riwayat Ahmad)

Makanan Jatuh yang dibiarkan menjadi habuan syaitan

"Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu, hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan itu dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan." (Riwayat Muslim)

Syaitan pengganggu solat

Suatu hari Amru bin Abi al-As mengadu kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah menggangguku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku. Rasulullah SAW menjawab: Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau meminta perlindungan daripada Allah dan ludah ke kirimu tiga kai. Amru berkata: Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan, lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut." (Riwayat Muslim)

Syaitan semakin besar apabila dimaki

Seorang sahabat Nabi SAW telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu berkata: "Celaka syaitan." Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata: "mendapat kekuatanku", tapi hendaklah kamu berkata, "Dengan nama Allah." Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat." (Riwayat Abu Daud)


Jangan bagi mereka peluang!! Jom isytiharkan perang ke atas syaitan laknatullah...


Tazkirah...peringatan buat diri yang lupa..

No comments:

Post a Comment