Monday, August 30, 2010

Santai : Merdekakah kita...???

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi, kerana sehingga hari ini kita masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk menyempurnakan ibadat puasa rukun Islam yang ketiga ini. Sudah 20 hari Ramadhan berlalu. Ini bererti telah dua fasa berlalu iaitu fasa rahmat dan fasa keampunan. Kini tiba pula fasa yang terakhir iaitu fasa pelepasan daripada api neraka.

Sejujurnya, hati terasa cukup sebak bila mengenangkan Ramadhan yang semakin ingin berlalu. Terasa masa begitu cepat sekali berputar...sedar tak sedar tinggal dua hari lagi nak cuti sambut raya. Dan besok, cuti hari Kemerdekaan Negara. Merdekakah kita???

Entah kenapa hati juga terkedu bila mensyukuri nikmat kemerdekaan ini. Sesungguhnya kemerdekaan ini amat disyukuri kepada Allah SWT kerana menganugerahkan negara Malaysia, bumi bertuah untuk sebuah 'persinggahan' di dunia fana ini.

Tetapi terkadang, hati juga sering mempersoalkan tentang erti kemerdekaan?? Lewat kepulangan dari berjemaah terawih tadi, sekumpulan anak-anak sekolah rendah barangkali dan remaja memenuhi ruang jalan raya dengan berbasikal sambil mengibarkan bendera Malaysia. Kereta kami terpaksa diperlahankan.

Itukah cara menyambut kemerdekaan? Alangkah baiknya jika berkumpul mengerjakan solat hajat dan bermunajat memohon doa kepada Allah SWT agar kemerdekaan ini dikekalkan. Agar hidup kita hamba rakyat benar-benar aman. Aman dari perasaan takut itu dan takut ini.

Yang sebenarnya, dunia hari ini semakin tidak aman , semakin hilang nikmat kemerdekaan. Dunia kini seringkali dihambat perasaan takutkan pencuri yang semakin ramai, perasaan gerunkan peragut yang tidak berperikemanusiaan, perasaan risau yang terlalu dengan masalah pergaulan bebas remaja, kes pembunuhan di sini sana dan sebagainya..

Setiap hari, kita dihidangkan dengan pelbagai masalah dan kes seumpama tersebut di dada-dada akhbar.

Jadi, merdekakah kita ...??


Santai...tapi penuh pengertian..

No comments:

Post a Comment