Tinggal 3 hari lagi...Ramadhan akan berlalu...terlalu sekejap masa berlalu...anak-anak mula tak sabar untuk menyambut hari raya... Mereka merengek-rengek minta dibuatkan kek dan biskut untuk menyambut raya... tapi...
Memang benar kata orang, malang tidak berbau...Tuhan bisa menduga sesiapa sahaja dengan pelbagai bentuk dugaan...Dan terdapat pelbagai tujuan Allah menduga hambaNya...Dan sebagai orang yang beriman, mestilah meyakini bahawa setiap dugaan dan ujian yang Allah berikan, pastinya punya tujuan menguji kekuatan keimanan seseorang....
Aidil Fitri kali ini adalah yang paling teruji sekali.... Sesungguhnya memang benar, bahawa musibah itu boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.. Semalam, telah berlaku sesuatu yang jarang dialami oleh kebanyakan orang. Hari ini dalam sejarah, LANTAI MELETUP! Hampir keseluruhan lantai ruang keluarga rumah kami meletup dan terbongkar..menyebabkan keadaan rumah kami agak tidak terurus..
Namun, kesyukuran tetap dipanjatkan kepada Ilahi...kerana musibah yang datang ini tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan musibah yang lebih berat yang pernah berlaku ke atas orang lain. Redha dan pasrah hanya pada Allah SWT. Walaupun sedikit keperitan dan kesulitan terpaksa dilalui sekeluarga...namun Aidil Fitri tetap akan disambut dengan 'gembira' demi anak-anak.
Sebenarnya, mana-mana aidil fitri sekalipun anak-anaklah yang paling teruja untuk menyambutnya...Inilah hadiah buat mereka yang sanggup belajar berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Lalu, demi anak-anak...kata-kata perangsang selalu dilontarkan agar mereka tidak terlalu 'sedih' dengan musibah yang menimpa. Rasanya mereka cukup mengerti, bahawa semua yang berlaku adalah kehendak takdirnya Tuhan. dan di sini jugalah kesempatan menanamkan keyakinan terhadap besarnya kekuasaan Allah SWT dapat diterapkan. Dan inilah juga masa yang paling tepat, untuk mendidik mereka secara reality dan bukannya secara teori...Alhamdulillah, nampaknya mereka sangat-sangat mengerti dan menunjukkan simpati terhadap satu sama lain.
Bagi kami sekeluarga, pasti ada hikmah disebalik musibah ini....Segalanya kami terima dengan redha dan sabar....Dan kepada Allah, kami mohon pertolongan agar dapat mengeluarkan kami dari segala kesulitan ini dengan segera...dan memberi kami petunjuk dan hidayahNya. Kami masih yakin, Tuhan sengaja menduga kami sekeluarga untuk mengetahui sejauhmana keimanan dan kesabaran kami....apatah lagi di saat-saat Aidil Fitri yang semakin menghampiri....Mungkin jika musibah ini berlaku bukan di saat menyambut Aidil Fitri, ia bukanlah terasa sebagai satu kejutan dan tekanan sangat...tetapi apabila ia berlaku hampir dengan Aidil Fitri, inilah yang menyebabkan ia amat terkesan sekali. Semoga kami dapat melaluinya dengan penuh keredhaan...demi mengharapkan keredhaan dariNya...Amin..
'Universiti Kehidupan : Pendidikan Sepanjang Hayat...'

No comments:
Post a Comment