Sunday, May 30, 2010

Santai : Fenomena Facebook Dalam dunia hari ini...

"Facebook" atau huruf singkatnya 'fb' merupakan satu lagi fenomena yang berlaku dalam dunia globalisasi ini. Sudah lama kudengar pasal facebook ini...Dulu, waktu ku mula-mula berjinak dengan komputer dan dunia internet, semuanya terlalu asing buatku. Terlalu 'canggih' sangat bagiku apabila mendengar cerita pasal semua itu...maklumlah, aku terlalu 'kolot' dengan istilah itu.

Sebenarnya bukanlah 'kolot' sangat manapun, tapi waktu itu, tiada kuasa yang mendesak , tiada sebarang kepentingan pun untukku menerokai semua itu. Namun perjalanan masa terlalu cepat merubah segalanya. Aplikasi internet sudah menjadi satu keperluan dalam dunia sekarang ini, untuk memudahkan banyak urusan. Lalu, kami sekeluarga tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mengembara dalam dunia globalisasi ini.

Sejak itu, dunia internet, dunia fb dan dunia blog sudah menjadi 'biasa' buatku. Dunia internet kumanfaati ia sepenuhnya dalam usahaku mencari sesuatu bahan untuk menambahkan pengetahuan, begitu juga dengan dunia blog, dimana aku sendiri telah menjadi salah seorang daripada 'blogger'nya. Memang puas hati sangat kerana di medan blog ini, sedikit sebanyak, bakat penulisan yang terpendam dapat kuluahkan. Kalaupun tak ada orang yang sudi membacanya, cukuplah untukku merasa 'syok sendiri' dan mendidik jiwa ini sendiri...

Manakala fenomena facebook, walaupun dulu ia menjadi satu igauan untuk memiliki facebook sendiri...namun, ia kurang menarik minatku. Memang pada awalnya, aku sangat teruja untuk menjejak kasih sahabat-sahabat lama...dan memang kusyukur sangatlah, ramai juga sahabat-sahabat lama kutemui dek pertemuan di laman facebook ini...dan banyak juga kisah mereka kuketahui dan menumpang bahagia untuk mereka...Demikian juga dengan murid-murid lamaku...mereka juga dapat menjejakiku dan demikian sebaliknya...happy seketika sebenarnya...

Setelah beberapa ketika melayani sahabat-sahabat dan murid-muridku dengan beberapa pertanyaan khabar suka duka...kami bagaikan kekeringan idea. Bagiku facebook tak lain daripada sekadar ber'chatting' mesra atau sekadart bertanya khabar...tak lebih daripada itu...Sesekali kubuka laman facebook, kudapati tiada apa yangboleh mengembirakan ku, yang ada cuma corat-coret 'friends' facebook saja, seperti sekadar memberi komen pasal gambar dan usik-mengusik....eiii, tak suka i...sesesakli mungkin bolehlah....

Agaknya, laman facebook ini hanyak sesuai untuk bebudak remaja je kut...Untuk mak budak macam aku ni sudah 'kureng' sesuai lagi dah....Apapun nasihat ku pada semua...boleh guna facebook, tapi janganlah kerana asyik dok berchatting di facebook, banyak masa yang berharga terbuang begitu saja...Sesekali tu bolehlah...ataupun sekadar sekejap waktu...bil eletrikpun jimat, masa pun dapat digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah lagi....renung-renungkanlah...


No comments:

Post a Comment