Thursday, December 27, 2012

KEGUGURAN...KHABAR YANG MENDUKACITAKAN

24 Disember 2012, adalah tarikh yang bersejarah dalam episod duka sebuah kehidupan. Hajat kami sekeluarga untuk mengumumkan berita yang kami anggap berita bahagia untuk kedatangan 2013 tidak kesampaian. Berikut ialah kronologi berakhirnya zuriat kami yang ke 6....bermula jam...

6:00 petang : aku jalan-jalan ke rumah ibu mertua, sembang-sembang sekejap dengan biras ku yang baru pulang menziarahi ibu mertua. Seawal pagi tadi, aku sudah seharian bermesyuarat di tempat kerja...fuhhh hujung-hujung tahun begini memang agak sibuk lah sikit...

6:30 petang : aku minta izin pulang, sebelum hujan  kataku...takut pulak hujan akan lebat nanti...maklumlah musim tengkujuh begini...hujan tak menentu, kadang lebat kadang tak...Dalam jalan-jalan tu terasa macam ada sesuatu 'keluar', ''basah'....maka langkahku dipercepatkan...sampai saja kat rumah yang tak berapa jauh saja dari rumah ibu mertua...terus aku ke bilik air untuk dapatkan kepastian...Terkejut sangat...ada darah! Wah memang sah aku sudah 'bleeding'. Hati menduga-duga, kegugurankah aku...atau saja-saja kut...seperti pengalaman ibu-ibu lain yang pernah aku dengar...

7:00 petang : Aku mandi membersihkan badan untu persediaan solat Maghrib. Selesai solat...aku duduk-duduklah rehatkan badan. 

9:00 malam : Perut terasa sakit, darah makin banyak keluar. Aku mula takut. Perut memang terasa makin kuat sakitnya. Aku terus memberitahu suami yang baru pulang dari masjid. Malam ni aku mesti jumpa doktor, kalau tak sakit tak ada lah nak risau sangat...tapi ini sakit makin kuat terasa...Kami bersiap....Mula-mula kami pergi ke Klinik TNC iaitu klinik Pakar Sakit Puan, tempat aku buat check up masa aku pregnant 2011 dulu. Ingat tu dah dapatkan rawatan dan nasihat dari Dr Suzi, doktor yang merawat ku semasa aku bersalin 2011 dulu. Malangya Dr Suzi bertugas di Kota Bharu Medical Centre (KBMC) pada waktu itu. Tanpa berlengah suamiku mengejarkan ku ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

10:00 malam : Pendaftaran di buat di ruang kecemasan. Tapi malangnya ruang rawatan malam itu penuh dengan pesakit. Oleh kerana kes aku di anggap separa kritikal, maka aku diminta tunggu dulu untuk seketika kerana katil bilik rawatan kecemasan sudah penuh. Aku terpaksa akur dan bersetuju sambil menahan kesakita. Sambil menunggu dalam kesakitan dan kegelisahan...sesekali aku ke tandas untuk menukar pad...Masa itulah ketulan darah sebesar buah mangga muda kelihatan dalam mangkuk tandas...hati ku semakin cemas...dan menduga memang sahlah rasanya aku keguguran...ohh...macam ni lah rupanya keguguran...kata hati kecilku sambil menahan sakit....

10:45 malam : namaku dipanggil untuk berjumpa doktor, Setelah pemeriksaan di buat, doktor memaklumkan kepadaku bahawa memang sah aku telah keguguran yang dinamakan 'INCOMPLETE ABORTION' atau dalam bahasa Melayunya, 'keguguran sangkut'. Aku perlu di tahan wad untuk pemeriksaan selanjutnya.

12:00 malam : Aku di hantar ke wad 1 Utara dan ditempatkan di Bed 9.Sekali lagi, pemeriksaan dengan cara 'scan' dan pemeriksaan 've' dilakukan. Urine aku turut diambil untuk pemeriksaan. Tak cukup dengan itu rawatan dengan cara 'forcep' turut dilakukan...haaaa...yang ni lah takut sikit...Banyak sekali ketulan darah beku dikeluarkan...Lepas tu di scan sekali lagi....dan doktor mengatakan bahawa masih ada sisa uri dalam rahim ku..dan ia perlu dicuci besok. Kecut hatiku....sambil keluar bilik pemeriksaan doktor aku tak jemu-jemu berdoa...dan membaca 'La haula wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim'...Memang pun sepanjang kesakitan ini...bibir dab hatiku tak putus-putus membaca doa ini....memang aku yakin, Allah akan tidak akan membebankan aku jika aku tidak berdaya...Doktor juga menasihatkan aku berpuasa bermula jam 3:00 pagi.

1:00 pagi : Aku menghubungi suamiku yang baru pulang untuk menidurkan puteri kecil kami...menceritakan apa yang telah berlaku. Dan waktu itu perutku terasa sangat lapar dan haus, maklumlah sedari petang tadi aku tidak minum dan makan apa-apapun...

2:00 pagi : Suamiku datang bawa roti, air milo kotak dan air mineral untuk ku alas perut. Syukurlah....Malam itu aku ditemani oleh anak perempuanku Amrina...Selesai makan, aku ingin melelapkan mata, tapi agak susah sebab masih sakit...pusing sana pusing sini...menahan sakit...Terasa pula untuk ke tandas sebelum tidur...Di tandas, tersa satu lagi ketulan darah yang besar keluar...memang sah, masih ada sisanya...Hatiku berdoa kepada Tuhan agar mengeluarkan sepenuhnya agar tidak perlu dicuci rahim besoknya...Entah kenapa, seriau aku bila mengingatkan bagaimanalah proses DNC tu...Sekembalinya ke katil, seorang jururawat datang menghampiriku untuk memasukkan air ke dalam badanku...iaitu botol yang ke 2....aku cuba menyapa...sakit tak cuci rahim...katanya tak sakit sebab kena bius...wah kecut hati mendengarnya...walaupun tak sakit, tapi kena bius...tak sedarkan diri...macam manalah agaknya....

4:00 pagi : Terjaga dari lena yang sekejap...terasa kesakitannya sudah beransur hilang. Tidak lagi seperti apa yang aku alami sebelum tidur tadi...Darahpun sedikit saja keluar...

9:00 pagi : Doktor datang melawat, menanyakan perkembangan terkini dan membuat pemeriksaan. Dia meminta ku kebilik doktor sekali lagi untuk scan dan buat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan, aku sangat-sangat bersyukur, apabila diberitahu aku tak perlu melalui proses cuci rahim, sebab katanya sisa keguguran dah keluar sepenuhnya...Dan Doktor menasihatkan aku sekiranya masih ada pendarahan serius, aku perlu datang semula ke hospital. Dan akhirnya aku dibenarkan pulang....

1:30 tengahri : Aku dibenarkan pulang....walaupun badan masih rasa lemah, sedikit rasa lega kerana tidak perlu melalui proses cuci rahim. Namun kerisauan tetap ada, kalau-kalau ada penyakit lain bakal muncul...Nauzubillah!

25 Disember 2012 : Hari ini semua anak-anak ada urusan masing-masing di sekolah mereka. Puteri kecil ku terpaksa ku hantar kepada 'baby sitter'nya...maka tinggallah aku bersendirian....Dalam keadaan bersendirian, tiba-tiba hati diselubungi rasa hiba dan sedih...aku baru terasa kehilangan sesuatu....Ya lah, dalam keadaan aku berstokin, berbengkung dan berbaring lemah...'macam orang dalam pantang, selalunya disisi ada seorang bayi...tapi kali ini? Ya Allah, walaupun kandunganku belum lagi apa-apanya...tapi aku sudah membayangkan kebahagiaannya...tapi sebaliknya...inilah yang terpaksa aku hadapi...memang terasa kehilangan....Kembali mengingati kalimah "La haula wala Quwwata Illa Billahil Alyyil Azim'...barulah aku menarik nafas panjang..pasrah dan redha ...dan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa perancangan Allah buatku selama ini adalah yang terbaik...Syukurku kepadaMu yan Allah...dan Ampuni aku kerana dalam alpaku...aku menangis kerana kehilangan ini....




No comments:

Post a Comment