Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 bawa khabar bahagia : DIARI KEHAMILAN 6

Memang cantik angka itu. Satu angka yang sukar untuk ditemui lagi barangkali...Masih diingat suatu ketika dulu angka inilah yang menjadi tanda tanya dan momokan kononnya akan berlaku 'kiamat'...

Namun bagiku, hari ini ada satu khabar mengejutkan tapi sangat istimewa buat kami sekeluarga...Kami dianugerahkan kehamilan yang keenam kalinya...wah! macam tak percaya, aku hamil lagi untu kali yang ke 6. Alhamdulillah syukur ku pada Ilahi...doaku di dengari dan dikabulkan...Saban ketika aku berdoa kepada Tuhan, kalaulah aku ditakdirkan untuk mendapat anak lagi....biarlah di usia ini bukannya akan datang...jika tidakpun aku sudah bersyukur atas anugerahnya 5 zuriat buat kami...

Seawal bulan Disember, aku ternanti-nantikan periodku berjalan seperti biasa...tapi yang yang ditunggu tak juga datang...hatiku menduga-duga, resah, gelisah semuanya ada...10.12.12...suami belikan test pregnancy di farmasi...test...negative. Tunggu lagi...sambil hati tak puas hati...11.12.12...aku demam pelik, sejuk panas rasanya badan. Rasa tak larat pun ada. Aku kata psikologi kot ni...psiko macam mengandung, tapi tak. Kadang-kadang tak faham dengan  diri sendiri...Mengada-ngadakah aku ini, terkadang ada juga rasanya macam tu....kejap-kejap suruh suami rasa panas badan. Suami kata, suam-suam je ni....

12.12.12....suami bawa balik lagi test pregnancy...aku senyum. Lepas test, Ya Rabbi...positive...macam mana ni, boleh percaya ke kata suami...? Aku baru rasa puas hati...memang sah aku mengandung, hamil buat kali ke 6. Syukur...Terharu...berbelah bagi...sedih.... semua ada. Syukur kerana mengandung ketika usia ini (42 tahun), terharu kerana Tuhan memakbulkan doaku. berbelah bagi dan sedih kerana anak ke 5 ku yang kusangkakan dah bongsu, akan dapat adik meskipun dia masih kecil (1 tahun 7 bulan sekarang) dan masih menyusu. Namun jauh di sudut hati, kucuba memujuk diri dan berjanji akan semuanya ini tidak akan mengurangkan kasih sayangku kepadanya dan dia pasti gembira kerana tidak lama lagi ada adik dan 'teman' sepermainan.

Bermula minggu ini aku disahkan oleh aku sendiri bahawa kandunganku berusia 6 minggu dan tarikh jangkaan bersalin ialah pada 8.8.2013 (hari raya aidilfitri 2013). Kalau bersalin benar-benar hari raya best juga. 

DIARI KEHAMILAN KU YANG KE 6. 

MINGGU KE 6
17.12.12 
> Mulut dah mula rasa loya-loya
> Asyik rasa nak tidur saja.
> Bangun pagi , badan rasa suam-suam (macam nak demam gitu)
> Rasa nak manja-manja ngan suami pun ada
> baru buat pengumuman untuk anak-anak tentang kehadiran adik baru....Alhamdulillah, mereka semua gembira dan katanya harap-harap kali ini lelaki. Kataku, semuanya umi terima...dan minta semuanya dapat menjaga dan mengasuh adik baru sama-sama.
 18.12.112
> cuba ingatkan diri agar jangan banyak kerenah semasa hamil
> cuba ingatkan diri banyakkan berdoa, doa Nabi Yunus semasa hamil (Rabbana Hablana Min Ladunka Zuriyyatan Toyyibatan Innaka Samiun Doa)
> cuba ingatkan diri banyakkan istighfar semasa hamil
> cuba merancang persediaan untuk penjagaan sepanjang  kehamilan, antaranya :
   *Set Salindah dan Herbalife 


bersambung....

rasanya episod ini tidak bersambung lagi. Mungkin siri baru akan muncul...kerana episod ini sudah berakhir pada 24 .12.2012 . Allah lebih baik perancangannya....


No comments:

Post a Comment