Alhamdulillah...hanya itulah kalimah yang sepantasnya keluar dari dua bibir hamba Allah yang lemah ini...Sejujurnya dalam usia yang semakin menginjak 'senja' ini daya kekuatan diri semakin berkurang, diri terasa semakin lemah...apatah lagi menghadapi saat-saat kelahiran yang sepurnama lagi....
Hanya doa kepadaNya seringkali bermain di hati sanibari...agar diri ini diberi kekuatan dan kesihatan yang sewajarnya...sihat tubuh badan dan juga sihat satu lagi jiwa yang dikandung....Masih ku ingat lagi, seawal kandungan ini...jiwaku begitu rapuh untuk menghadapi 'kelemahan' mengharungi dunia 'alahan' ketika hamil....cukup tidak kuat...terkadang bercampur gaul dengan perasaan berdosa kerana memiliki jiwa yang rapuh sebegitu....Ampunilah daku wahai yang Maha Mengetahui segalanya....
Namun hari ini, jiwa ini semakin kuat...meskipun diri semakin lemah....syukur kepada Tuhan kerana mengembalikan semangat ku. kerana mengembalikan ruhku...kerana mengembalikan ku ke jalan petunjukNya...Lalu, setiap hari kuasuh jiwa ini agar kental dengan kesabaran....kuamalkan segala ilmu yang ku tahu....termasuklah amalan meminum air zam-zam....
Dan ternyata benarlah yang disabdakan oleh Rasulullah saw tentang khasiat air zam-zam yang boleh menjadikan seperti apa yang kita inginkan atau doakan sewaktu meminumnya....
Sabda Rasulullah saw; "Air Zam-Zam itu dimuinumuntuk keperluan apa saja." Dalam ertikata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan hausnya, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya, jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya.Sekiranya , meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Air Zam-zam juga mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti Sabda Nabi Muhammmad saw yang bermaksud; " Sebaik-baik air di permukaan mukabumi ini adalah air zam-zam.Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."
Ramai para ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya. Amalan ini ku amalkan sepenuh hati dan penuh pengharapan serta pergantungan kepada Allah swt....dan hasilnya....terasa benar....dan sukar untuk kugambarkan melalui kata-kata....Namun jauh di sudut hati...terasa Maha Suci Allah, yang Maha Berkuasa menjadikan air zam-zam sebegitu istimewa kejadiannya....
Dan doaku, agar...saat-saat yang kuharapkan sebagaimana doaku ketika meminum air zam-zam juga terkabul.... Dan moral dari coretan ini, dapatlah kusimpulkan bahawa keyakinan terhadap doa akan diterima Allah, seharusnya perlu dilakukan dengan sepenuh jiwa raga...bukannya berdoa...tetapi kurang yakin sama ada Allah akan mengkabulkannya ataupun tidak....Berselewatlah sekurang-kurangnya 3 kali sambil menghadap kiblat...dan minumlah dengan niat dan hajat dipanjangkan dalam hati dengan penuh pengharapan dan keyakinan kepada Allah....Insya Allah...kita akan dapat merasai hasilnya...

Yakinlah, Allah sentiasa tahu isi hati kita....
No comments:
Post a Comment