Monday, February 21, 2011

Batuk ketika hamil...

Diserang batuk ketika hamil...tak kurang seksanya...sampai terkencing dibuatnya...nak tidur pun susah, sebab asyik batuk-batuk saja... Batuk teruk sangat memang menguji. Bayangankan perut yang besar.. dengan rasa regangan bawah perut ..kebas dan sakit belakang. Ditambah dgn batuk rasa bergegar satu badan ..perit dan menyakitkan. Penat usah di katakan lagi... dan paling tidak selesa bila setiap kali batuk diiringi dgn keluarnya sejumlah air kencing . Ini kerana bayi yang telah membesar bertindak menekan bahagian tersebut dan bila ibu batuk, tekanan bertambah kuat. Sedangkan pundi kencing bertambah lemah untuk mengekang air dari keluar. Batuk mendatangkan masalah yang besar bagi ibu hamil. Tidak selesa menyakitkan dan meletihkan.Tapi sabar saja lah...itu semua dugaan dariNya... Namun...kita mesti berusaha mengubatinya...tak salah kalau kita berjumpa doktor...dan doktor pasti menasihatkan kita agar memakan ubat batuk yang sesuai untuk ibu hamil...tapi awas, makanlah ubat batuk yang diberikan oleh doktor...jangan makan ubat sembarangan pulak...

Namun, minum madu yang dicampurkan dengan perahan limau nipis pun kadang-kadang dapat membantu...banyak-banyakkan berdoa....mudah-mudahan selamat....

1 comment:

  1. Assalamualaikum za...
    Za dulu dah rasa macam tu , batuk 2 bulan berterusan, macam macam ubat doktor bagi, semua tak berkesan last2 ok dgn minum minyak habbatussauda, 2 -3 titik je terus berhenti, alhamdulillah. Cubalah...

    ReplyDelete