Sunday, October 31, 2010

Demam Piala Malaysia 2010

Antara percaya dengan tidak percaya, hari ini begitu ceria buat kami sekeluarga. Kelakarpun ada...nasib baik pun ada...Kelakarnya sebab kami tak tahu pun hari ini cuti,, sedangkan kami semua sudah bersiap-sedia untuk ke tempat kerja masing-masing. Dan nasib baiknya....kami tak sempat bertolak lagi....

Seperti biasa, dari awal pagi lagi kami sekeluarga bersiap-siap untuk memulakan jadual harian kami...ke sekolah dan juga ke tempat kerja. Anak-anak tidak ada yang bermasalah untuk bersiap ke sekolah di pagi hari. Semuanya bagaikan tahu tugas masing-masing. Seawal 6:30 pagi, masing-masing sudah lengkap berpakaian sekolah...kecuali putera sulongku yang agak 'kemalasan' sikit untuk ke sekolah pagi ini...katanya hari ini Kelantan cuti...apasal cuti? soalku. Semalam kan Kelantan menang 2-1 dengan pasukan Negeri Sembilan bola sepak Piala Malaysia : jelasnya memberi penerangan sambil memintaku menghubungi gurunya untuk meminta kepastian.

Teragak-agak juga aku untuk menghubungi gurunya seawal jam ini. Namun untuk tidak memanjangkan perbahasan anak beranak kuhubungi Cikgu Zulkifli, isterinya yang angkat... Katanya Cikgu Zulkiflii ke Bukit Jalil menyaksikan perlawanan bola sepak....Jelasnya lagi, hari ini memang confirm cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan. Kurang yakin dengan berita itu, kugubungi pu;a Cikgu Jam ani...guru SKK3. Sah Kelantan cuti...bukan main happy kanak-kanak ini....pun begitu terpaksalah mereka membuka semla uniform sekolah mereka....

Kebetulan pula hari ini, petanda kedatangan musim tengkujuh semakin terasa...hujan turun mencurah-curah...tak henti-henti...itu yang terasa semakin 'demam' tu....sebelah petang, kami sekeluarga ke Kota Bhariu sambil menghantar putera sulong ku ke asrama...wah....demam Piala Malaysia semakin terasa...kelihatan berduyun-duyun kenderaan yang membawa bendera Kelantan dan sepandok Red Warriors berarak pulang dari Kuala Lumpur....bersemangat sungguh rakyat Kelantan. Kalaulah semangat seperti ini digunakan untuk menentang anasir-anasir jahat yang cuba memusnahkan Kelantan, merampas hak negeri Kelantan seperti hak royalti minyak....alangkah kecut juga musuh Kelantan....

Pun begitu, petanda kebersatuan rakyat Kelantan menyokong perjuangan apa jua pertandingan itu sudah cukup untuk menandakan istimewanya rakyat Kelantan. Dan empat hari lagi, diharapkan kegembiraan akan dikecapi oleh Kerajaan Negeri Kelantan lagi dalam pilihanraya kecil Dun Galas...dan untuk itu hari Khamis nanti, yang bestnya Kelantan cuti lagi...

No comments:

Post a Comment