Sesungguhnya hidup ini tidak banyak pilihan... Sewaktu di alam roh, kita langsung tidak punya peluang untuk buat pilihan. Siapa yang tentukan jantina kita? Siapa yang tentukan bangsa kita? Lahir pukul berapa? Anak siapa? Kulit putih atau gelap? Hodoh atau cantik? Jantan atau betina? Jadi anak raja atau kena buang dalam tong sampah?
Apa pilihan yang kita ada? Sejak dari lahir hingga dewasa atau tua, kita hidup bersama dengan apa yang ditentukan oleh Allah, kadang kala kita suka, kala kala kita berduka...semuanya adalah ujianNya. Kita tidak punya pilihan, melainkan redha atas kehendakNya. Kalau kita mahukan sesuatu sekalipun, dengan izinNya, kadangkala kita dapat, kadangkala ia tinggal harap...
Begitu juga bila dah jadi 'mayat'. Apa pilhan yang 'mereka' ada? Siapa yang mandikan? Siapa yang sembahyangkan? Kebumikan kat mana? Langsung tidak boleh buat pilihan. Dalam alam barzakh pula, kita lagi tidak boleh buat pilihan. Nak pilih atau tukar soalan yang bakal di tanya oleh malaikat?Nak lepas dari soalan kubur? Nak jalan-jalan ziarah kubur sebelah? Nak balik 'ziarah' sanak saudara kat rumah? Nak balik sambut raya? Semuanya sudah tidak boleh.
Jadi, bila kita boleh buat pilihan? Sebenarnya, walaupun kita tidak banyak pilihan, tapi kita masih boleh buat pilihan. Bila? Apa pilihan yang kita ada?
Sekarang lah kita perlu buat pilihan! Sementara kita masih hidup, masih sihat dan masih waras. Dan kita perlu memilih antara dua pilihan sahaja. Tak banyak pun. Ya atau tidak. Baik atau buruk. Yang benar atau yang sesat. Dosa atau pahala. Itu sahaja pilihan yang kita ada. Cuma dua!
Hidup ini adalah sementara saja. Yang kekal ialah negeri akhirat. Di sana nanti, kita langsung sudah tidak diberi peluang memilih. Langsung tiada! Di alam dunia ini, kalau pun tidak banyak pilihan, kita masih boleh memilih. Nak duduk dalam air-cond atau pun pakai kipas angin je. Nak minum susu sejuk atau susu panas. Nak makan apa? Semuanya masih boleh pilih.
Bila dah mati, jadi mayat, masuk dalam kubur....hah tak ada lagi nak pilih-pilih. Cara hidup di dunia inilah penentu keadaan hidup di dalam kubur atau alam akhirat. Jadi, sekarang masa untuk memilih hidup selesa atau terseksa di alam sana kelak.
Kesimpulannya, senang saja. Pilihlah nak hidup dengan mematuhi syariat Allah untuk jaminan hari akhirat atau pun nak hidup dengan meninggalkan syariatNya yang dah tentu confirm bakal mengjunamkan ke lembah neraka. Solat bukannya susah, puasa bukannya payah, zakat bukannya beban, haji...lagi tidak menyusahkan, hanya bagi mereka yang mampu. Susah benarkah nak jadi orang baik? Niat nak jadi orang baik pun sudah dikira baik.
Di bulan Ramadhan ini, bagi mereka yang buat pilihan untuk tidak berpuasa, fikir-fikirlah. Bila bulan puasa begini, apa pilihan makanan yang mereka ada untuk dimakan siang harinya? Kedai nasi lemak, nasi berlauk semuanya tutup, tengah hari pula nak makan nasi kukus, nasi ayam pun payah, kalau ada pun kat kedai-kedai tertentu...tapi nak makan susah juga rasanya, terpaksa menyorok...dan memangnya tak banyak pilihan. Jadi makan apa yang ada saja...
Dan bila mati kelak, sebab tidak berpuasa mereka akan dimasukkan ke neraka, apa pilihan makanan yang mereka ada?
Buah zaqqum dan air nanah mendidih sahaja, tidak banyak pilihan pun...Buah zaqqum tu bukan manis macam kurma, baunya busuk dan rasanya pahit, bila makan, pecah perut.., tapi itulah makanan ahli neraka, tidak banyak pilihan pun...
Alangkah lebih baik memilih untuk berpuasa. Bukannya lama, cuma beberapa jam. Budak usia lima tahun mampu bertahan, takkan orang dewasa atau tua bangka pun tak tahan.
Alangkah mulianya kita memilih jalan yang benar dari jalan yang salah. Alangkah indahnya hidup tenang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Jom kita buat pilihan sementara kita masih ada waktu untuk memilih.
Universiti Kehidupan...Pendidikan sepanjang hayat..

No comments:
Post a Comment