Monday, July 19, 2010

Hadis 13: Selalulah berbaik sangka kepada Allah...

Rasulullah SAW bersabda;

“Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


Alhamdulillah, syukurku kepada Ilahi, kerana masih memberiku sedikit ruang masa untuk mencatat sesuatu di medan yang begitu bermakna ini...agak lama ianya sepi tanpa sentuhan jari jemariku, tanpa sentuhan bicara bisuku...

Seminggu yang lalu, sepi ku bukan kerana ketandusan idea, tetapi sepiku adalah lantaran diriku terpanggil untuk mengikuti satu siri kursus oleh pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di Permai Inn, di Kuala Terengganu. Hampir tiga hari aku berada di sana iaitu dari Isnin hingga Rabu. Best juga dapat jumpa kawan-kawan lama seperti Kak Azizah Iberahim (isteri Ustaz Ismail Embong - member dari Terengganu) dan Kak Haraza Hussin, seniorku semasa di Maahad dulu. Dan yang paling tidak dapat ku lupakan ialah diketemukan dengan 'guru' di Maahad dulu iaitu Ustaz Raja Jusoh....masya Allah, beliau masih mengenaliku rupa-rupanya....Kisah di sekitar kursus bukanlah topik utamaku kali ini...tetapi....

Berbalik semula kepada hadis pilihanku kali ini, ia benar-benar memberiku kekuatan dalam menghadapi plot-plot kehidupan yang kulalui...

Sebenarnya, bukan disebabkan kursus saja yang menyebabkan aku tidak sempat mencoret sesuatu di medan ini, tetapi kami sekeluarga terpaksa menghadapi beberapa siri 'ujian' daripada Allah . Maha Suci Engkau ya Allah, yang Maha Mengetahui segala-galanya...Bulan ini benar-benar menguji kesabaran, benar-benar menguji keimanan... Rumah kediaman kami di Melaka telah 'rosak' teruk diserang anai-anai...terlalu banyak pengorbanan yang dibutuhkan untuk menguruskannya...pengorbanan masa dan juga wang ringgit untuk memperbaikinya seperti sediakala....

Sejurus selesai kursus, kami terus bertolak ke Melaka...dengan bebanan fikiran yang berserabut untuk mencari jalan penyelasaian terhadap masalah tersebut. Mana nak cari tukang untuk membaiki rumah kami, macam mana pula dengan kosnya, bagaimana pula dengan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh penyewa rumah kami tersebut...kasihan mereka! Masya Allah, masalah seumpama ini tidak pernah terlintas difikiranku... Namun, hati ini sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kami....memberi hidayah untuk kami....Kami yakin, Allah akan membantu kami....Kami musafir ke Melaka dengan segunung harapan daripada Allah...agar memberi kami pertolongan...

Keesokannya di Melaka, kami mengatur perancangan, mengadakan perbincangan dengan beberapa orang 'kawan lama'...seorang Indon dan seorang lagi India...mereka ikhlas menghulurkan bantuan....Berbanyak terima kasih ku ucapkan kepada Wak Din dan Uncle Gopal kerana banyak membantu... pendek cerita, ku bersyukur kepada Allah, dalam masa sehari...pertolongan daripadaNya telah 'kuterima'....masalah yang menghantui kami dianggap 'selesai'...walaupun agak penat melayani 'ujian' tersebut...namun kuyakin, akan ada hikmah di sebaliknya....Jika difikirkan kembali, ujian ini tidaklah seteruk manapun...cuma ia masih kami anggap sebagai ujian kerana ia memerlukan kami menghadapi dan menyelesaikannya dengan penuh hikmah...

Sesungguhnya, jika kita diuji sesuatu oleh Allah, janganlah sesekali kita menerimanya dengan suatu penyesalan atau kekecewaan atau rasa putus asa...sebaliknya bangkitlah dengan semangat yang membara...Jangan sesekali berburuk sangka kepada Allah, tetapi selalulah berbaik sangka kepadaNya...yakinlah dengan Sabdanya....Insya Allah, kebaikan pasti menanti di penghujungnya.

Syukurku padaMu ya Allah, sujudku padaMu ya Rabbi....Mudah-mudahan hadis pilihanku kali ini menjadi sumber kekuatan jiwa bagi insan yang mencari redhaNya...



No comments:

Post a Comment