Monday, July 19, 2010

Alangkah Ngerinya Mati di tempat maksiat....Berdoalah agar kita mati di tempat mulia...

Salam Ukhuwah.

Kematian adalah satu perkara yang cukup ditakuti. Kedatangannya tidak diketahui - barangkali esok, lusa atau mungkin 5 atau 20 tahun akan datang. Semua milik Allah Yang Maha Mengetahui. Malaikat Izrail hanyalah yang menjalankan tugas - malahan apabila sampai masanya dia terpaksa mencabutnya nyawa sendiri.

Alangkah sakitnya mati. Rasulullah SAW sendiri di saat kematiannya turut merasai penderitaan.
Dari Aisyah r.a katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bekas berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bekas itu lalu menyapu ke mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)". (Aishah r.a)


Ya Allah, bagaimanalah agaknya keadaan orang yang mati di tempat maksiat bersama dengan para GRO.... dalam keadaan mabuk....??? pastinya mendapat azab yang begitu dahysat. Kita sering mendengar bahawa gejala 'manusia yang hilang pedoman' sering ke rumah urut, ke tempat karoeka dan pub atau kelab malam kononnya untuk mencari ketenangan atau melepaskan stress. Dan keadaan sebegini hari ini sudah menjadi satu gejala dan hampir bpleh dikatakan sebagai satu 'bencana kesesatan' yang menimpa umat manusia zaman jahiliyah moden hari ini. Keadaan ini cukup membimbangkan, kerana masyarakat sering didedahkan dengan keberleluasanya aktiviti pelacuran dan perzinaan di seluruh negara melibatkan setiap peringkat usia manusia.

Suatu ketika dahulu, negara dikejutkan dengan satu berita kemalangan yang meragut nyawa sepasang kekasih yang dalam perjalanan pulang dari 'mana entah' pada jam 3 - 4 pagi. Kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam sebuah sungai dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian. Lebih mengaibkan mereka meninggal dunia dalam keadaan tanpa seurat benang. Adakah ini jalan yang benar?
? Sanggupkah mati dalam keadaan sebegini?? Ingatlah, urusan mati adalah di tangan Allah. Ingatlah, ke mana saja kaki kita melangkah...kematian sentiasa mengekori kita di belakang...Oleh itu, jangan sesekali melangkahkan kaki ke tempat maksiat, atau mendekati perkara-perkara yang dilarang olehNya.

Masih terbayang lagi di mata ini, sebuah kematian yang sungguh mulia, di tempat mulia dan pada bulan dan hari yang mulia. Rebahnya seorang hamba menyembah bumi kerana menurut panggilan Ilahi di hadapan Kaabah rumah Allah yang suci...alangkah mulianya hamba Allah itu...Kaabah menjadi saksi kematiannya....Al-Ma'la menjadi tempat persemadian jenazahnya...disembahyangkan oleh jutaan manusia....Sama-samalah kita berdoa agar akhir kesudahan kita di dunia ini adalah di tempat yang mulia... Amin..



No comments:

Post a Comment