Wednesday, July 21, 2010

Santai : Cantik ke kurus???

Salam Ukhuwah.

Kurus itu cantik ke? Atau...cantikkah kurus? Persoalan ini seringkali hangat dibicarakan, dimedia-media cetak atau eletronik, di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta, di pusat membeli belah dan di mana saja.... Bahkan ia telah menjadi topik hangat sepanjang masa dan menjadi satu isu yang tidak boleh dipisahkan dalam dunia hari ini.

Dek kerana isu 'kurus' yang kononya sebagai lambang kecantikan seseorang...maka telah muncul dan meledak satu fenomena baru dalam dunia kecantikan iaitu lambakan ubat-ubatan atau pil-pil kurus di pasaran. Tak kurang juga, berlaku juga produk-produk 'makanan tambahan' atau suppliment yang 'mesti' di ambil untuk menjaga kecantikan.

Pelik tetapi benar. Masyarakat hari ini bagaikan 'tidak berkira' untuk menghabiskan wang ringgit untuk 'menelan' produk-produk yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ini. Berebut-rebut mereka membelinya. Mereka seolah-olah tidak risau akan kesan sampingan daripada produk-produk tersebut. Banyak kali juga, tersebar berita tentang bahaya penggunaan produk-produk tertentu...tetapi masyarakat bagaikan tidak kisah dan ambil peduli.... Persoalannya selamatkah produk-produk tersebut? Mujarabkah ia?

Menurut kajian secara pemerhatian terhadap tabiat pengguna atau pembeli produk-produk untuk kurus ini, kebanyakan daripada mereka suka membeli pada awal kemunculan produk ini, manakala apabila keluar produk baru yang lain pula, mulalah mereka beralih kepada produk baru pula. Pelik sungguh. Belum sempat melihat keberkesanan produk yang digunakan, mereka telah guna produk lain pula... Atau mereka ini saja-saja je nak habiskan duit...

Pernah terfikir, alangkah manusia ini menjadi 'hamba ubat-ubatan', makan ubat sebelum sakit...terbalik pulak! Selalunya orang makan ubat bila sakit...kalau ya pun ia sebagai untuk mencegah...perlukah memakan berbiji-biji pil di pagi hari? Risau pula, akibat pil-pil tersebut, akan menyebabkan antibodi semulajadi yang Tuhan anugerahkan menjadi 'pening' dan sudah gagal untuk imune suatu hari kelak?

Sebenarnya kurus atau gemuk adalah masalah kesihatan yang berpunca daripada beberapa faktur. Antaranya ialah faktur pemakanan. Bagaimana nak jadi kurus kalau pemakanannya tidak dijaga? Kini, ramai orang suka makan, makanan segera seperti KFC, Chicken Chop. lauk-pauk yang sudah siap dimasak dan berlemak. Cuba bayangkan kalau makanan tersebut dielakkan, tentunya kita punya pilihan untuk makan makanan yang berasaskan air bukannya santan, atau lauk-pauk yang dipanggang bukannya digoreng dan juga lebihkan ulam-ulaman. Alangkah kesihatan kita dapat dijaga tanpa memerlukan pil-pil yang merimaskan.

Selain itu, faktur peningkatan usia juga menyebabkan perubahan bentuk badan. Cuba kita lihat dalam 100 orang yang berusia 40 tahun ke atas, masih anggun dan memiliki bentuk badan kekal seperti 20-an. Bukan menafikan wujudnya golongan yang masih anggun, tetapi untuk menjadi seperti mula-mula kahwin rasanya hanya ada 2-3 orang daripada 100 orang kot. Rata-ratanya kita pasti tidak salah untuk meneka usia mereka. Jadi usahlah berputus asa dan menyesali diri kalau badan agak gemuk atau 'tidak slim' lagi...Tetapi berusahalah untuk mengekalkan kesihatan dengan cara banyakkan bersenam, release tension, dan kawal pemakanan. Kerana di usia sebegini, kebiasaannya tabiat pemakanan yang telah berlangsung sedikit sebanyak mmeninggalkan kesan untuk 'mencipta' pelbagai jenis penyakit.

Kurus tidak semestinya cantik, kadang-kadang ada orang kurus dan slim...rupa-rupanya ada penyakit kencing manis. Dan gemuk bukannya tidak cantik...tapi kalau gemuk 'sangat-sangat' dahlah kurang cantik tetapi ia membahayakan kerana mudah mengundang banyak penyakit...

Jadi, berhati-hatilah dan bermuhasabah diri selalu. Ingat apa yang penting, ialah sihat! Jaga-jaga terhadap apa yang kita 'makan'. Mudah-mudahan ia tidak memudharatkan kesihatan kita.


Santai...tapi penuh pengertian.

No comments:

Post a Comment