Friday, May 21, 2010

Ku Kembara mencari CintaNya...


Sebenarnya bidang penulisan amat ku minati sejak dari bangku sekolah lagi...Oleh sebab itulah, kesempatan yang ada ini ingin kugunakan untuk melatih dan mengasah sedikit bakat penulisan yang ku miliki dan amat kuminati. Kuharapkan ia akan memberi suatu makna yang tidak bisa kugambarkan dengan kata-kata. Mudah-mudahan ia bakal dapat memberi satu suntikan dan hidayah untuk sekelian pembaca, dan yang lebih penting ia adalah sebagai penerus kembaraku untuk mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....untuk kujadikan 'azimat' dan 'penyelamat'ku suatu 'hari' nanti.

Sesungguhnya kutahu dan ku amat tahu...bahawa diri ini terlalu naif dan terlalu 'kerdil' dibandingkan dengan insan-insan yang lain, yang lebih berilmu, lebih bertaqwa dan lebih baik ibadatnya...namun, aku tidak pernah menyesal untuk menjadi diriku...kerana berbekalkan semangat yang masih bertahkta di sanubari, aku akan pastikan diri ini akan terus mengejar dan mencari cinta dan redha Rabbul Izzati. Ku yakin, Allah SWT akan merestui perjuangan ini....

Ayuhlah, sama-sama kita mengembara mengejar dan mencari cinta dan redha Rabbul Izzati...kerana tanpaNya hidup kita di dunia ini tiada makna apa-apa. Jadikan setiap lorongan diari hidup kita yang masih berbaki dan tersisa ini bertujuan yang satu iaitu mendapatkan keredhaanNya, kerana tanpa redhaNya maka hidup kita akan jadi sia-sia belaka. Redha dan CintaNya lah yang bakal kita bawa untuk membina mahligai di 'sana'

Ikhlas,




No comments:

Post a Comment