Saturday, May 22, 2010

Erti Sebuah Kematian


Mati adalah satu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir semua manusia. Setiap manusia, juga binatang-binatang takut pada kematian kecuali beberapa golongan manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini saja yang ingin lekas mati.

Memang patut pun manusia takut mati, sebab mati ini bererti berpisahnya seseorang itu dengan segala-galanya yang dimiliki atau disayangi, seperti berpisahnya dengan anak, isteri, suami, kekasih, ibu, bapa, juga berpisah dengan harta benda dan pangkat...Boleh dikatakan berpisah dengan segala-galanya lah....Sedangkan berpisah sementara dengan seseorang yang disayangi atau dicintai pun sudah mengalirkan airmata kesedihan, apatah lagi berpisah 'mati' untuk selama-lamanya....

Sebenarnya,orang yang mempunyai ilmu yang mantap dan kefahaman yang mendalam serta keyakinan yang teguh terhadap konsep kematian...akan mempunyai jiwa yang kuat, semangat yang kental untuk terus mencipta kejayaan sama ada di dunia mahupun kejayaan di akhirat...ini kerana dia yakin, kejayaan di dunia dalam bentuk apa sekalipun, jika diusahakan dengan niat kerana Allah, ia seolah-olah seperti membina sebuah jambatan yang menuju ke akhirat...

Jika dikatakan ia cinta dan kasih kepada anak-anak dan isteri/suami...maka sudah pasti ia tidak akan membiarkan anak-anak atau isteri/suami terjerumus ke lembah kemungkaran...

Kita ini berasal dari alam rahim ibu kita. Setiap ibu dan bapa pastinya akan menjaga dan merawat anak mereka meskipun masih di alam rahim. Segala kebaikan dan kasih sayang diberikan kepada si anak, meskipun si anak masih nun 'di sana'. Demikian juga bila si anak sudah dilahirkan ke dunia...tapi bagaimanakah pula dengan keadaan di alam 'sana' pula? Sanggupkah kita melihat tangan anak-anak tergapai-gapai minta pertolongan...wa na'uzubillahi min zalik..!

Jadi, sebelum terlambat...'sayangilah' diri kita, anak-anak kita serta kaum keluarga kita sebelum terlambat...bekalkan mereka dengan bekalan agama secukupnya, sediakan diri untuk sentiasa mengabdikan diri kepada Allah .... Cintailah akhirat dalam ertikata yang sebenarnya...



No comments:

Post a Comment