Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin
mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata
dunia doa orang-orang yang beriman;Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.
Allahumma Ballighna Ramadhan.
Allahumma Ballighna Ramadhan.
Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati
bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka
Rasulullah akan berdoa
‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab
dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar,
At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema
yang agung ini;
Allahumma Ballighna Ramadhan.
Kesannya, mereka menyambut dan
menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa
mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharapkan agar bertemu dengannya.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana
berlalunya Ramadhan.
merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda
bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah
dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa
berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa
dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang
mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini.
1. Persediaan Ilmu:
1. Persediaan Ilmu:
a) Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa
b) Membaca buku-buku penyucian jiwa.
c) Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
d) Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
e) Mengulangkaji perkara rukun, perkara membatalkan puasa dan juga perkara makruh puasa.
2. Persediaan Iman:
a) Taubat yang benar
(Istighfar, meninggalkan maksiat).
b) Sentiasa berdoa Allahumma
Ballighna Ramadhan.
c) Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban
(Isnin-Khamis, 13,14,15)
d) Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat
satu juz sehari misalnya).
e) Mujahadah untuk bangun malam
(beberapa kali seminggu).
f) Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan
petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
g) Perbanyakkan doa : Allahuma innaka
Afuwwun Karimun Tuhibbul Afwa Fa'fu anna Ya Karim ....dan Istighfar : Astaghfirullahal Azim.
Afuwwun Karimun Tuhibbul Afwa Fa'fu anna Ya Karim ....dan Istighfar : Astaghfirullahal Azim.
3. Persediaan Keluarga:
a) Membuat persediaan
bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman
dan ilmu.
b) Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
c) Sentiasa berbincang atau menyebut-nyebut tentang kedatangan Ramadhan.
d) Sentiasa berpesan-pesan tentang kelebihan Ramadhan atau persediaan Ramadhan.
e) Membincangkan perjalanan masa di blan Ramadhan seperti masa belajar, masa solat terawih, masa membaca al-Quran.
f) Mengajak anak-anak memulakan rekod membaca al-Quran dari Syaaban agar Khatam di bulan Ramadhan.
4. Persediaan Azam:
a) Berazam membuka lembaran
amalan baru yang jauh lebih baik
b) berazam menjadikan hari-hari dalam bulan ini,
lebih baik dari hari-hari biasa. Bertekad untuk meninggalkan dosa dan tabiat buruk.
c) Berazam untuk sentiasa memakmurkan rumah Allah,
pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
d) Berazam membersihkan puasa dari perkara yang
merosakkannya seperti mengumpat
e) Berazam agar sentiasa berlapang dada.
f) Berazam menggunakan masa di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara ketaatan.
f) Berazam menggunakan masa di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara ketaatan.
g) Berazam menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan
puasa.
5. Persediaan Jihad:
a) Merealisasikan matlamat
‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
b) Menahan diri dari berlebihan dalam
perkara harus (makan, pakaian, tidur).
c) Menjaga lidah dari berkata keji,
mengumpat, dan mencaci.
d) Menahan syahwat dari perkara yang
haram.
e) Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang
segala yang dibincangkan di atas.
6) Persediaan Dakwah:
a) Bersedia untuk memberi
tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
b) Menghadiri majlis ilmu di
masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
c) Mengingatkan orang lain tentang
kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
d) Memberi hadiah Ramadhan kepada
rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
e)Menyediakan risalah/majalah kecil untuk
jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Adalah diharapkan dengan persediaan yang rapi dan terancang, maka Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih bermakna buat kita semua..
menjayakan
Ramdhan kali ini.
No comments:
Post a Comment