Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H : Azam Baru?

Assalamualaikum wrh wbt. Sudah agak lama tak berbicara di medan ini. Hampir beberapa bulan...Sibuk, ya agak sibuk menguruskan hal-hal yang mengejar masa, hal-hal dunia...boleh dikatakan...namun, harapnya segala yg dikejarkan bersamanya...turut membawa hal akhirat juga hendaknya...kerana alangkah manusia itu dalam kerugian seandainya akhirta ditinggalkan... Namun itu hanyalah niat, harapan dan cita-cita...

Yang pasti, tahun ke tahun berlalu dengan pantas...sedar tak sedar usia dah menginjak senja atau 'asar'...tak lama lagi maghrib dan kemudian isyak...bak kata orang, kalau dah isyak, maka sudah gelap pekatlah kehidupan, maknanya dah tak ada hidup di dunia ini...mati sudahlah pasti jawabnya....

Dalam usia umat nabi Muhammad SAW sekarang ini, rata-ratanya kita dapat lihat dan fikir dengan mata firasat / mata hati bahawa maut sentiasa menjemput tak kira masa atau usia...ada yang seawal 40 tahun, ada yang seawal 50 tahun dan ada juga 60 - 70  tahun...Apapbila mengenangkan angka-angka ini, seram benar rasanya...Takut dan kecut sangat hati kecil ini bila mengenangkan apa lah sangat persembahan yang akan disembahkan kepada yang Maha Esa ila dipanggil menemuiNya nanti...Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengerti perasaan ini, hati ini...berilah aku kesempatan dengan apa cara sekalipun.

Justeru, ayuh saudara-saudaraku, ayuh bersama kita meraih Mardhotillah di muka bumi sedaya yang termampu...sedaya masa yang masih tersisa...Jadikan segenap cabang kehidupan yang kita lalui...hanya bermatlamatkan MARDHOTILLAH (keredhaan Allah). 

Sematkan AZAM BARU sempena tahun baru 1434H...Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahn sebelumnya...Kalau sebelum ini baru tertunai yang wajib, tambahkanlah yang sunat-sunatnya...kalau sebelumnya dah ada yang sunat kadang-kadangnya, maka perkerapkanlah yang sunat-sunatnya...Kalau sebelum ini dah tertunai puasa sunat isnin - khamisnya, maka tambah-tambahlah pada hari 11, 12 dan 13 nya...Kalau sebelum ini tertunai sudah solat sunat qabliah subuh yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW, maka tambah-tambahkanlah yang lainnya...Sunat Qabliah Subuh sangat dicintai Rasulullah SAW...maka pa lah salahnya kita mengerjakan sekadar dua rakaat sebelum Subuh, sedangkan solat Subuh pun sendiri bukan banyak sangatpun rakaatnya... Demikian juga dengan Solat Malam (Tahajjud)...jom mulakan jika belum, dan teruskan jika sudah lama tertunaikan ...Semua itu bukanlah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan bagi hati yang mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semua itu bukan satu alasan yang sukar untuk kita tidak tidak melakukankannya sekiranya kita menyedari dan menginsafi betapa banyaknya yang telah Allah kurniakan kepada kita.. 

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama: Masa SIHAT sebelum sakit. Kedua: Masa KAYA sebelum datangnya sempit, Ketiga: masa LAPANG sebelum sibuk, Keempat: masa MUDA sebelum tua dan Kelima: Masa HIDUP sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah saw begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu kita kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut kita bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan kita ditimpa penyesalan. 

Justeru, demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, kita semua perlu mengambil peringatan terhadap saranan rasulullah SAW yang amat penting seperti yang tersebut dalam hadis tadi. Marilah kita isikan sama-sama masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita dibangkitkan di Mahsyar nanti. Jom tukar AZAM...kepada AZAM BARU yang lebih mencabar dan menguntungkan....

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."



No comments:

Post a Comment