Bagi wanita
khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar
dengan melakukan ketaatan seperti
1. beristighfar2. berzikir
3. berselawat
4. mempertingkatkan sedekah
5. mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu:
"Allahumma Innaka Afuwwun Karimun Tuhibbul Afwa Fa'fuanni" ( maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau
gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Jangan sempitkan skop ibadat kita kepada Allah...kerana sesungguhnya kita sentiasa mengungkap janji untuk menjadikan "wa mahya ya wa mamati lillahi Rabbal Alamin : hidupku dan matiku adalah kerana Tuhan sekelian alam..."Jadikan setiap perjalanan hidup kita adalah ibadat kepada Allah....perjalanan yang diiringi pahala untuk negeri akhirat...Amin ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment