Friday, September 16, 2011

Nasi Arab






Aidilfitri kali ini mempertemukan saya dengan 'Nasi Arab' berkali-kali. 2 Syawal yang lepas, jiran sebelah rumah menjemput kami sekeluarga ke rumah terbukanya...hidangan Nasi Arab katanya..besan dia yang masak...wah..mesti special ni..agak-agaknya saya pernah makan atau belum ya...? Tanya diri sendiri. Teringat pula pada juadah Nasi Mandi sewaktu ke Madinah dulu...alangkah sedap dan lazatnya... Hari itu, merasalah saya si jakun Nasi Arab ni...oh macam tu ya nasi Arab...suka? Bila makan hari tu, bolehlah juga...tapi makannya sedikit saja...coz on diet...makan ambik hati je lah...

Semalam, sambutan hari raya kat sekolah...menu utama Nasi Arab lagi...jamahlah juga sikit...suka, tapi berhati-hati...sebab takut cepat 'penuh', tak sempat pula nak isi juadah yang lain...kah kah kah....

Bila balik rumah, teringat pula pada suami dan anak-anak, pasti mereka suka Nasi Arab ni... teringin pula nak mencubanya memasaknya, siapa tahu kut-kut pandai masak, boleh buat juadah hari raya...pasti suami sayang...

Maka kajian dibuat melalui searhing internet...macam-macam resepi nasi Arab yang dijumpai...tapi saya tertarik dengan resepi yang ini. macam serasi je dengan cara saya memasaknya...lalu saya ingin mencubanya dan bimbang ia akan hilang...saya ingin abadikannya dalam blog ini. Besok suami saya balik dari Johor Bharu...saya rasa saya nak masak nasi Arab lah...

Kalau diikutkan resepi tu taklah susah manapun nak masak nasi arab ni...Jom kita cuba..excited ni sebab lum pandai...maaflah ya...


RESEPI NASI ARAB

Bahan-bahan:

1 kilo beras basmati (rendam sementara nak tunggu daging empuk, kemudian cuci dan toskan)

1 kg daging kambing/daging lembu.(beli bahagian yang lembut campur sedikit tulang dan lemak)

(kalau nak cepat masak, guna daging ayam)

1 tangkai daun ketumbar

1 genggam bawang goreng (kalau nak kurangkan pun boleh...)


Bahan Tumis :

1 tin kecil minyak sapi

2 sudu besar minyak

2 biji lada hijau dihiris

1 biji lada merah dihiris

1 labu bawang besar dihiris (kalau boleh bawang besar yang jenis putih kalau tak ada tak apa)

5 ulas bawang kecil ditumbuk

3 ulas bawang putih ditumbuk

3 cm halia ditumbuk

2 inci kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

4 sudu besar rata serbuk jintan manis

5 kuntum bunga cengkih (dibuang bijinya kalau tidak bijinya akan tertanggal sewaktu proses memasak)

4 sudu besar rata serbuk jintan manis

1 sudu besar rata serbuk jintan putih

(kedua serbuk jintan manis dan putih dicampur sedikit air dan dikacau rata)

Garam

Gula (sedikit sahaja. Lebih kurang 2/3 cubit)

Caranya :

1. Panaskan minyak sapi dan minyak (api sederhana). Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau. Kemudian tumis bawang besar, bawang kecil, bawang putih, lada hijau dan lada merah sehingga wangi. Kemudian tumis serbuk jintan manis dan putih sampai terbit minyak.

2. Masukkan daging, kacau-kacau sebentar kemudian tuangkan air panas. Garam dan gula. Biarkan mendidih dan renihkan daging sehingga empuk dan air rebusan tinggal sedikit. Sebelum tuang daging dan air rebusan ke dalam beras, rasa dahulu samada cukup masinnya. Biarkan sedikit masin sebab akan bercampur dengan nasi..

3. Kacau daging, air rebusan dan beras. Kalau kurang air, tambahkan air panas. AIR PANAS!! Kalau air sejuk nanti proses memasak akan terhenti. Seterusnya tanak nasi seperti biasa.

4. Bila nasi dah masak, rasa dahulu masinnya kemudian taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Kacau rata dan gemburkan nasi. Tutup sebentar.. Siap dimakan.....:)

Cadangan Hidangan:

elok dihidangkan bersama;

Acar Timun

Sambal cili + tomato + sedikit asam jawa

Kurma daging



NNota: Jeng-jeng-jeng...hari ini (17 September 2011) saya sudah berjaya memasak nasi Arab...kejayaan yang amat memuaskan hati....kerana mendapat pengiktirafan suami tersayang....SEDAP katanya....kata-kata itu sudah memadai sebenarnya....TQ Abah... Anda bila lagi mahu mencubanya???





No comments:

Post a Comment