Tuesday, August 23, 2011

Dilema seorang pendidik...

Hari ini saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu yang sudah lama terbuku di lubuk hati...Suatu pertanyaan buat diri... Apakah saya sudah berpuas hati dengan karier saya sebagai seorang guru? Dengan sejumlah pendapatan yang wajar disyukuri, dengan beban tugas yang diberi? Puas kah saya?

Sebenarnya hanya diri saya juga yang patut menjawabnya tanpa boleh membohongi diri...Soal pendapatan, syukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan rezeki melalui khidmat sebagai seorang guru. Soal beban tugas?...Soal beban tugas...masih boleh dilaksanakan dengan bahagianya....apa tidaknya, beban tugas guru kalau setakat mengajar, memeriksa buku pelajar, memeriksa ujian pelajar, memasukkan markah dan segala perkara berhubung urusan perkeranian masih boleh diuruskan....

Tetapi satu perkara saja yang begitu sukar untuk memuaskan hati sendiri....iaitu perkara mendidik pelajar supaya berakhlak mulia, mendengar kata, menutup aurat, pandai solat dan sebagainya...Itulah persoalan yang sentiasa menghantui diri ini sejak bergelar pendidik. Kalau mula-mula mengajar dulu tidaklah terasa sangat sebab masa tu, proses penyesuaian diri sebagai guru...yang difikir hanyalah cara pengajaran dan pembelajaran....tetapi kini, bila sudah agak lama menjadi guru...dan bila menyedari betapa tingkahlaku pelajar zaman kini makin merungsingkan, kepuasan mengajar dan menjadi seorang pendidik sudah hilang....bahkan diri sentiasa diburu oleh perasaan bersalah....kasihan....terkadang terlintas juga perasaan putus asa dan tidak mahu mempedulikan pelajar yang dari kategori 'kurang ajar'.

Bila difikirkan, kasihan pula kepada nasib mereka. Kalau sewaktu masih dibangku sekolah mereka sudah berakhlak buruk seperti itu, apa akan jadi kepada mereka bila mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat kelak?

Senario pagi tadi benar-benar membuatkan saya terfikir, sudah puas hati kah saya menjadi seorang pendidik? Lebih kurang jam 10:00 pagi di tingkatan 3M2, waktu itu ujian bahasa Inggeris sedang berjalan. Kelas itu tiba-tiba dikunjungi oleh PK HEM untuk melakukan satu operasi 'sport-check' pakaian pelajar. Terdapat 2 orang pelajar yang berpakaian sukan dalam kelas itu sedangkan pakaian tersebut hanya dibenarkan pada hari yang ada pendidikan jasmani sahaja. Pelajar itu dimarah dan didenda menjawab soalan di luar kelas. Sebaik sahaja PK HEM meninggalkan kelas selepas memberikan arahan, pelajar terbabit tanpa segan silu 'mengomel' dan....menunjukkan satu reaksi protes. Mereka menarik kerusi dan meja dengan kuat menyebabkan bunyi bising...menjelingkan mata dan mencebikkan mulut mereka. Saya cuma memerhatikan dari jauh...Setelah keadaan sedikit reda, saya mendekati pelajar tersebut dan menegur perbuatannya...Namun jauh di lubuk hati, demikianlah senario anak-anak zaman kini...Dan yang sebenarnya pelajar ini jugalah, yang telah ponteng kelas saya dua hari yang lalu... sambung lagi




No comments:

Post a Comment