Sejauhmanakah wanita hari ini memahami erti tuntutan pemakaian tudung? Sejauhmanakah mereka menuruti perintah pemakaian tudung sebagaimana yang difirmankan dalam al-Quran? Sejauhmanakah gaya tudung boleh difesyenkan? Salahkah berfesyen dalam pemakaian tudung? Barangkali itulah persoalan-persoalan yang sering menunjah fikiran insan-insan yang ingin mencari kebenaran.
Fenomena tudung seringkali mengalami perubahan dari sehari ke sehari dalam dunia wanita. Barangkali kesedaran bertudung sudah semakin mengalir dalam salur pemikiran wanita hari ini. Pelbagai nama dan fesyen tudung turut berkembang dalam dunia fesyen muslimah hari ini. dari glamournya tudung bersulam kain bawal, beralih kepada teknik manik kain bawal, kemudian muncul pula tudung 'awning' yang dipopularkan dengan pelbagai nama. Tetapi sejauhmanakah kefahaman mereka terhadap isu ini? Adakah semuanya sesuai dengan syariat Islam?

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung.
Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah r.a menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah .Wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Menyentuh kepada isu fesyen tudung kini, apa yang penting fahamkan betul-betul apakah yang disyariatkan islam tentang tudung. Kini, antara sedar atau tidak sedar, musuh Islam telah menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan umat Islam. Antara yang paling mudah dipengaruhi ialah melalui fesyen pakaian.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud. Oleh yang demikian elakkan memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita hampir tidak menyedarinya
Dan fahamilah maksud firman Allah ini betul-betul :“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)
Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakaian tudung hari ini...
1. Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

2. Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
3. Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
4. Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini. Fesyen tidak salah, tetapi reka dan pakailah fesyen yang selaras dengan suruhan Allah..dan perlu diingat, bukan semua yang terjual / terhidang di luar sana sesuai dengan Islam. Maka tanggungjawab kita ialah membuat pilihan yang tepat dengan syariat Allah. Fahami syariat barulah pilihan kita tepat. Jadilah umat Islam yang kreatif bukannya umat Islam yang primitif....
Salam Za,
ReplyDeleteMemang sedih melihat pakaian wanita hari ni, pakai tudung tapi tidak memenuhi syarat menutup aurat.
Kalau yg tak belajar agama ok juga, tp kalau yg ustazah pun tak faham dan pakai juga macam tu, tak tau nak kata apa.
Fesyen ni selagi kita ikut, kita yg susah, duit tak akan pernah cukup, sebab ia sentiasa berubah, dan kita kena beli yg baru.
Za ni jenis yg ketinggalan zaman, dr dulu sapa loni fesyen sama, alhamdulillah tak terasa nak ikut fesyen.
Sama-sama lah kita ingat-mengingatkan sesama kita.