Hari ini benar-benar hari yang menguji 'kesabaran'...tanpa rasa resah, tanpa rasa gelisah...cuba untuk setenang dan se'relax' mungkin. Seawal pagi tadi lagi, minda telah di'set'kan supaya bersifat 'sabar' dan 'relax' hari ni...
Mengingatkan adanya temujanji dengan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada hari ini, awal-awal lagi minda mesti di'set'kan supaya tenang dan sabar...kalau tidak...pasti jiwa akan merasa terseksa dan sengsara...
Baru kali ini, terpaksa mengadakan temujanji dengan doktor...(terasa dan tertanya pula...dah masuk era ehem-ehem ke aku ni...? penyakit dah mula datang...) Apapun syukur kepada Tuhan, kerana mengembalikan kesihatan pada hambaNya semula...kalau tidak suspen juga....
Sebulan yang lalu, tak semena-mena mata kiri kabur...risau betul...dari sehari ke sehari semakin kabur. Bimbang kehilangan penglihatan, keputusan dibuat untuk jumpa doktor dan telah dirujuk kepada pakar mata di HUSM. Inilah yang semakin menguji kesabaran....
Pagi ini seawal jam 10:00 pagi, ujian pertama terpaksa ditempuh...ujian untuk mendapatkan parkir kereta di persekitaran HUSM...masyaAllah, terlalu ramainya tamu HUSM...semua tempat parkir penuh...Sabar! Lalu keputusan untuk meletakkan kereta di luar kawasan HUSM terpaksa dilakukan...Hampir 400 meter jarak jalan kaki ke HUSM terpaksa dilalui....Sabar!
Setelah mendaftarkan diri...hampir 1 jam lebih terpaksa menanti, nombor giliran dipanggil untuk berjumpa doktor....Sabar! Tepat jam 11:30 pagi, selesai berjumpa dengan doktor dan syukur ..doktor mengesahkan mata sihat...tetapi terpaksa meneruskan sapuan ubat yang dibekalkan...Terus bergegas ke kaunter ubat....Allahu Akbar, ramainya orang....setelah menyerahkan resit ubat yang dibekalkan oleh doktor...nombor giliran 8146 telah dihulurkan, sedangkan nombor giliran pada waktu itu...baru 8056....Sabar! Hampir seratus orang lagi yang menanti...
Jam 1:30 tengahari baru nombor giliran dipanggil. Ubatnya satu jenis saja, tetapi perlu menunggu hampir 2 jam...Sabar! Beginilah agaknya perasaan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang sudah tua menunggu penuh kesabaran untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dari hospital...kesian lihat mereka yang sudah uzur...ramai juga yang 'pok-pek' merungut sebab lama sangat menunggu....tapi apa boleh mereka buat...melainkan Sabar! Teringat pula pada Bonda yang dulunya pun terpaksa melalui situasi sebegini....Ya Allah, kurniakan kami kesihatan dan kekuatan....agar tidak terpaksa melalui semua ini....
Walau bagaimanapun, ini semua adalah 'latihan' dan 'pendidikan'...walau di mana sekalipun kita berada...SABAR itu amat diperlukan...

No comments:
Post a Comment