Bonda,
Entah kenapa hari ni, aku benar-benar merinduimu...seharian ini aku asyik terkenangkanmu...Sebenarnya sedari malam tadi ingatanku padamu sentiasa berlegar-legar diruang minda ini...Dua hari yang lalu, kami bersepakat untuk mengadakan kenduri tahlil buatmu...sama-sama mendoakan kesejahteraanmu di alam sana...Seboleh kami ingin lakukan semuanya yang terbaik buatmu Bonda...
Bonda,
Hari ini, seawal subuh hening, kubangkit dari lena...yang terbayang hanyalah wajah Bonda...tiba-tiba ku cuba merancang untuk menziarahi pusaramu....tapi perasaanku bertelagah...seolah-olah aku masih 'tidak percaya' bahawa aku telah benar-benar kehilanganmu....Aku termenung sendiri, cuba mengimbau kembali saat-saat Bonda bersamaku di sini, kemudian suatu ketika Bonda akan 'terbang' ke Kuala Lumpur...menziarahi putera Bonda yang tinggal di sana. Dan 'kepergian' Bonda ke Kuala Lumpur membuatkan rindu terus menggamit di ruang hati.
Bonda,
Sebenarnya memang dari dulu lagi, rindu padamu sentiasa bermain di ruang hatiku...Aku sering bermimpi dan mengimpikan alangkah bahagianya kalau Bonda sentiasa berada bersamaku...Seringkali jua kerinduan padamu kuluahkan kepada suamiku sambil airmataku mengalir dipipi ini...Sesungguhnya Bonda, setiap kali bicara rindu bermain dibibir dan dimataku....sememangnya airmatalah yang sentiasa mengiringinya bersama untuk memuaskan hati, menghilangkan sebak didada....Pernah juga sesekali selepas bapa tiriku meninggal dunia, kusuarakan hasrat hati mengajak Bonda tinggal bersamaku...namun, Bonda lebih 'selesa' tinggal dengan adik lelakiku...mungkin disebabkan anak bongsunya barangkali...Aku cuba memahami perasaan Bonda...lalu hasrat hati dan impianku untuk bersama Bonda selalu kusimpankan saja jauh-jauh di dalam hati...Bukan berkecil hati....tapi cuba memahami Bonda....
Entah kenapa hari ni, aku benar-benar merinduimu...seharian ini aku asyik terkenangkanmu...Sebenarnya sedari malam tadi ingatanku padamu sentiasa berlegar-legar diruang minda ini...Dua hari yang lalu, kami bersepakat untuk mengadakan kenduri tahlil buatmu...sama-sama mendoakan kesejahteraanmu di alam sana...Seboleh kami ingin lakukan semuanya yang terbaik buatmu Bonda...
Bonda,

Bonda,
Sebenarnya memang dari dulu lagi, rindu padamu sentiasa bermain di ruang hatiku...Aku sering bermimpi dan mengimpikan alangkah bahagianya kalau Bonda sentiasa berada bersamaku...Seringkali jua kerinduan padamu kuluahkan kepada suamiku sambil airmataku mengalir dipipi ini...Sesungguhnya Bonda, setiap kali bicara rindu bermain dibibir dan dimataku....sememangnya airmatalah yang sentiasa mengiringinya bersama untuk memuaskan hati, menghilangkan sebak didada....Pernah juga sesekali selepas bapa tiriku meninggal dunia, kusuarakan hasrat hati mengajak Bonda tinggal bersamaku...namun, Bonda lebih 'selesa' tinggal dengan adik lelakiku...mungkin disebabkan anak bongsunya barangkali...Aku cuba memahami perasaan Bonda...lalu hasrat hati dan impianku untuk bersama Bonda selalu kusimpankan saja jauh-jauh di dalam hati...Bukan berkecil hati....tapi cuba memahami Bonda....
Bonda,
Aku tidak pasti apakah tujuanku mencoretkan semuanya di sini...tapi yang pasti, hatiku merasa sedikit kelegaan kerana dapat meluahkan sesuatu...biarpun Bonda tidak mungkin dapat membacanya lagi....tapi kuyakin Bonda pasti 'tahu' hatiku....

Kerinduan ini membuat hatiku merasa keliru...Ketiadaanmu kini tidak dirasakan ketiadaan untuk selama-lamanya, tapi 'ketiadaan' yang selalu Bonda lakukan sewaktu Bonda ke Kuala Lumpur...meninggalkan kami di kampung untuk sebuah kepulangan. Tetapi...itu hanyalah khayalan dan mainan perasaanku cuma...aku harus menerima hakikat bahawa 'ketiadaan' Bonda tidak lagi perlu dinantikan kepulangannya...'Ketiadaan' Bonda adalah ketiadaan untuk selama-lamanya...Mungkinkah kami akan ketemu Bonda nanti....????
Bonda,
Lewat jam 4:00 petang tadi , kami sekeluarga telah pergi menziarahi pusaramu...suasana di pusara Bonda begitu sepi sekali..."Benarkah jasad Bonda berada di sini?"...hatiku meragui lantaran kerinduan padamu yang terlalu....ya Allah, ampunilah Bonda...kasihanilah Bonda...tempatkanlah Bonda di kalangan orang-orang yang beriman. Berikanlah kerehatan dan kerahmatan buat Bonda di alam sana...
Bonda,
Sebagaimana janjiku padamu di saat Bonda terlantar koma di wad 2 Delima lima bulan yang lalu, aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Bonda, aku akan sentiasa hiburkan Bonda dengan bacaan Yasin, al-Mulk dan al-Waqiah yang Bonda suka...yang selalu juga kubacakan buat Bonda sewaktu kita masih bersama dulu...Damailah Bonda di sana...akan kukirimkan sentiasa bunga-bunga doa buat Bonda...Aku yakin, Allah sesungguhnya mahu mendengar doaku...Aku yakin, Allah Maha Pengampun, Pemberi Rahmat dan Menepati Janjinya....
Bonda,
Hanya itulah yang mampu kulakukan buatmu kini...Semoga Bonda berbahagia di 'sana'....aku yakin, aku kenal Bonda.....
No comments:
Post a Comment