Monday, August 16, 2010

Kelebihan Membaca al-Quran...

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya - muttafaqqun 'alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf - diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). - Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya - Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang - Riwayat Tarmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya - Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya - Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan untaTelah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan un - Riwayat Muslim

PERKARA-PERKARA YANG MEMBANTU SESEORANG MENGHAYATI AL-QURAN


1. Membesarkan Allah dan mencintai Allah.
Setiap kali seseorang itu membesarkan Allah di dalam hatinya maka setiap kali itulah ia akan membesarkan al-Quran. Ibnu Mas'ud berkata : "Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa ia cintakan Allah maka hendaklah ia mendedahkan dirinya kepada al-Quran". Urwah al-Bariqi berkata : "Cintakan Allah adalah cintakan al-Quran dan cintakan Rasulullah adalah beramal dengan sunnahnya".

2. Rajin mendengar bacaan al-Quran dan menghadirkan hati kepada al-Quran.

3. Sentiasa bertaubat dan menjauhkan diri daripada maksiat.
Sesungguhnya kebiasaan melakukan maksiat akan mendatangkan bahaya kepada agama dan dunia. Maksiat akan menghilangkan cahaya iman pada hati dan air muka seseorang. Ia juga boleh menghilangkan perasaan malu sedangkan perasaan malu itu sebenarnya perkara utama untuk menghidupkan hati. Sesungguhnya maksiat akan membutakan hati dan menggelapkan jalan menuntut ilmu. Hati yang tidak dihiasi perasaan malu dan telah menjadi gelap yang berpunca daripada maksiat maka hati itu adalah hati yang sedang sakit. Kesannya, hati yang sakit akan menjauhkan seseorang daripada menghayati al-Quran.

4. Ikhlas untuk menghayatinya.
Ikhlas merupakan syarat sah amal ibadat. Oleh itu sesorang yang ingin membaca al-Quran hendaklah menghadirkan keikhlasan kerana Allah dan apabila menghayati ayat-ayat yang dibacanya hendaklah dihayati dengan ikhlas kerana Allah. bukan kerana yang lain daripadaNya.

5. Menangis ketika membaca al-Quran.
Seseorang yang membaca al-Quran disunatkan menangis ketika membaca ayat-ayat yang menceritakan azab Allah dan seksaanNya. Tuntutan menangis semasa membaca al-Quran mendatangkan kesan positif kepada pembacanya untuk menghayati al-Quran iaitu meninggalkan larangan-larangan Allah yang dengan sebab tidak meninggalkannya boleh menyebabkan seseorang itu diazab dan diseksa oleh Allah di akhirat nanti. Tambahan pula menangis ketika membaca al-Quran merupakan sifat 'al-arifin' iaitu orang-orang yang mengenali Allah dengan sebenar-benarnya dan menjadi syiar atau simbol hamba-hamba Allah yang soleh.

No comments:

Post a Comment