Thursday, May 27, 2010

Menangis Sebagai Terapi

Salam ukhuwah buat semua...

Kali ini saya terpanggil untuk mencatat sesuatu pasal MENANGIS. Sebenarnya semua orang pernah menangis...sama ada dia adalah seorang yang sangat senang menangis atau pun sukar menangis...itu bergantung pada individu dan situasi yang dihadapi...Sebenarnya menangis ini adalah satu kaedah terapi yang sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental seseorang.Ia juga baik untuk 'masa depan' kita kelak...

Dalam satu hadis nabi SAW bersabda; "Semua mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga mata. Pertama: mata yang biasa menangis di dunia kerana takutkan Allah SWT. Kedua, mata yang berpaling daripada semua hal yang dilarang oleh Allah SWT. Ketiga, mata yang tidak tidur kerana mendahulukan keperluan Allah SWT dalam mempertahankan agamanya".

Rentetan daripada sabda baginda tersebut,maka dapatlah difahami bahawa tangisan yang tulus ada banyak manfaatnya. Selain ia dapat menyelamatkan kita daripada sentuhan api neraka, ia juga memiliki nilai TERAPI yang menyihatkan, sama ada dari aspek fizikal dan mental.

Cuba kita bayangkan, apabila seseorang itu menangis, sebenarnya ia telah melepaskan bebanan emosional yang bersarang dimindanya...dan tekanan tersebut menjadi lebih ringan dan reda. Ahli falsafah Yunani, Aristotle (384-322SM) pernah berkata; bahawa menangis sewaktu menonton teater adalah suatu yang bermanfaat kerana ia mengurangkabn tekanan (stress).

Tekanan sebenarnya adalah faktor penting yang menjadikan manusia mudah terkena pelbagai penyakit seperti sakit perut dan gangguan saluran pencernaan, sakit kepala, darah tinggi, serangan jantung. gangguan pembuluh darah dan gangguan saraf. Manakala menangis juga adalah mekanisme tubuh untuk membersihkan dirinya daripada bahan-bahan toksid atau racun. Dalam sebuah artikel : American Journal of Psychology, Alvin Borquist melaporkan hasil kajiannya iaitu 57 orang pesakit merasakan manfaat positif bagi kesihatan mereka selepas menangis.

Penyelidikan terkini pula menunjukkan tangisan dan airmata mampu menambah usia hidup. Cuba kita perhatikan, rata-rata sekarang ini wanita lebih panjang usianya berbanding dengan lelaki. Salah satu sebabnya ialah kerana wanita mudah menangis apabila mereka menghadapi kesusahan atau tekanan masalah. Kebanyakan daripada wanita tersebut akan berasa lebih selesa dan tenteram selepas menangis. Kesimpulannya menangis sebenarnya membawa pengaruh yang positif buat fizikal dan mental...

Dalam usaha penyembuhan penyakit pula, pelbagai kaedah dan pembiayaan yang tinggi terpaksa digunakan. Namun kita barangkali terlupa, bahawa kebanyakan penyakit berpunca daripada tekanan emosi / mental. Jika kita gagal mengawal selianya dengan baik, maka ia akan menjejaskan jangka hayat kesihatan kita. Salah satu cara pencegahan dan penyembuhannya ialah dengan mengurangkan tekanan tersebut. Dalam hal ini tangisan dan airmata dalam solat tahajud adalah saranan yang berkesan bagi mengurangkan tekanan dan memperbaiki sistem ketahanan badan kita....

Untuk mengetahui kebenaran saranan ini...sama-samalah kita berazam untuk bersolat tahajud. Selain daripada solat fardu, solat tahajud merupakan solat yang paling digemari oleh Rasulullah SAW dan baginda hanya menangis ketika mengerjakan solat tahajud dan bukannya dalam solat fardu....

Dari Anas ra. berkata: Rasulullah saw. pernah bersabda, "Seandainya kamu sekalian mengetahui apa yang aku ketahui niscaya kamu sekalian akan sedikit tertawa dan pasti akan banyak menangis". Anas berkata lagi: Maka para sahabat Rasulullah saw. menutup mukanya sambil menangis terisak-isak. [HR Bukhari dan Muslim]

Wallahu'alam






No comments:

Post a Comment