Sunday, May 23, 2010

Impianku setinggi awan

Salam mesra buat semua...

Sebenarnya impianku memang setinggi awan...ingin memiliki suatu medan penulisan yang kreatif dan menarik...namun pengalaman dan ilmu dibidang ini masih terbatas dan terhad...baru setahun jagung...itupun atas usaha sendiri membuka blog-blog sahabat yang lain untuk sebuah pencarian ilmu yang cukup luas untuk diterokai ini...

Sejauh pengembaraan mencari sesuatu yang sangat kuminati ini, begitu banyak juga pengalaman dan pengetahuan baru yang kuperolehi...Untuk sejauh usia blog yang cuba kuhasilkan sebagai perkongsian minda ini, aku tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana sekurang-kurangnya inilah medan untukku luahkan segala isi hati yang terpendam terhadap kecintaan kepada yang Maha Esa dan sekurang-kurangnya juga ini merupakan satu medan dakwah yang menjadi tuntutan fardhu ain bagi setiap insan bergelar muslim.

Aku tetap juga bersyukur kerana di ruangan inilah juga ,yang banyak mendidik hati dan jiwaku untuk 'berjanji' kepadaNya...untuk terus mencari dan mengejar cintaNya...Dan aku berdoa agar tulisan dan fikrahku sedikit sebanyak memberi sumbangan ke arah kebaikan kepada pembaca semua....

Akhir kalimah, jika kalian berkesudian berkongsi ilmu dan pengalaman, diri ini amat mengalu-alukannya dan didahulukan dengan ucapan Jazakumullahu Khairan kathira.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment