Saturday, May 22, 2010

Hebatnya Allah


Selawat dan salam buat kekasihNya Rasul junjungan yang mulia, yang dikasihi dan dicintai...

Sudahpun berlalu selama lebih 1400 tahun Rasulullah s.a.w meninggalkan kita. Pelbagai kenangan dan bekalan untuk persediaan ke dunia yang abadi (akhirat) ditinggalkan kepada kita.Tiba-tiba diri ini teringat untuk berkongsi bersama rakan-rakan sesuatu perkara yang diharapkan dapat memberi manfaat buat kita bersama. Masih kuingat sepertimana yang telah disabdakan oleh nabi Muhammad s.a.w :

" Sampailah daripadaku walaupun satu ayat (sedikit) "

Hal ini menyebabkan diri yang serba kekurangan ini memaksa jari jemari yang agak keletihan ini berusaha memperingati diri ini khususnya serta kawan-kawan sekalian umumnya.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-'Alaq, ayat ke 2 :"Dia menciptakan manusia dari segumpal darah"


Allah s.w.t juga berfirman dalam surah al-Ghafir, ayat ke 67 :"Dialah yang menciptakanmu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu dari segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai seorang anak, kemudian dibiarkan kamu sampai dewasa, lalu menjadi tua. Tetapi diantara kamu ada yang dimatikan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) agar kamu sampai kepada kurun waktu yang ditentukan, agar kamu mengerti".

Manusia diciptakan klik di sini dalam keadaan lemah, diciptakan dari bahan yang sangat hina bagi kita.Dalam erti kata yang lain membawa maksud yang lebih mendalam bahawasanya manusia (kita) ini dijadikan dalam keadaan yang serba lemah. dan serba kekurangan serba tidak sempurna serta serba segala-galanya yang menjadikan kita memerlukan segala-galanya dariNYA.

Bukanlah bermaksud Allah menjadikan kita lemah kerana hendak menyusahkan kita. Bukanlah dijadikan kita tidak sempurna kerana untuk menjadikan kita menunding jari kepada org lain tanpa menghiraukan kesalahan kita.Akan tetapi ada pelbagai hikmah yang tersirat dan tersurat di sebalik kejadian manusia (kita) ini.

Sebagai kejadian yang paling istimewa, yang dikurniakan akal kita semestinya mengerti dan memahami tujuan kita dijadikan. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal kita hendaklah mentarbiyah emosi kita, mendidik diri kita untuk saling belajar memahami antara satu sama lain, melatih diri menjadi makhluk Allah yang saling berkongsi dan bertolong-tolongan serta mewujudkan ikatan yang kuat dengan asbab kelebihan yang wujud pada diri masing-masing.

Terkadang diri manusia ini leka bila tidak disibukkan dengan perkara yang boleh mendekatkan diri denganNYA, leka bila diri selalu dilimpahi dengan kemewahan duniawi, leka bila disibukkan dengan perkara-perkara yang lagha dan seumpamanya, hal inilah yang menjadikan syaitan senang lenang dan mudah mengarah serta mengawal kita seperti bahan mainan.

Cuba kita renungkan jika diri ini makin hari makin acuh tak acuh, kadang-kadang bila semangat kita lakukan, bila sibuk ditambah malas kita tak buat akan perintah Allah dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri dengan Allah, hal inilah yang menyebabkan kita semakin jauh dengan Allah swt.

Sebenarnya jika kita renungkan dengan mata akal dan hati, terlalu banyak nikmat yang Allah swt berikan untuk kita semua. Tidak mampu rasanya miliki semua itu kalau bukan dengan KuasaNya. Justeru itu seharusnyalah kita menjadi insan yang benar-benar bersyukur kepadaNya.

Sepertimana Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl, ayat ke 18 :" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. "

Segala yang berlaku di atas mukabumi ini pasti ada hikmatnya. Kekayaan harta, kesenangan hidup dan sebagainya bukanlah dapat diertikan sebagai nikmat semata, bahkan ia juga adalah sebagai ujian keimanan bagi jiwa yang memahami kehebatan Allah. Manakala setiap perselisihan, kekurangan harta, kesakitan, kesempitan hidup pula bukanlah dapat dikatakan sebagai ujian hidup bahkan ia juga adalah sebagi nikmat dari Allah iaitu nikmat untuk mentarbiyah hati-hati kita supaya mengawal emosi, mendidik jiwa kita supaya perkuatkan keimanan kita pada Allah, mentarbiyah diri kita untuk lebih tekal dalam perjuangan dan tidak kufur (keluar / lari) dari jalan perjuangan melawan hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya.



Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Begitu takjub sekali ciptaan Allah swt. Terasa diri ini cukup kerdil sekali. Secara perlahan-lahan, jauh dari sudut hati kecil ini melahirkan rasa syukurku dengan kurniaan Allah pada diri ini....dan jauh dari sudut kalbuku, rasa gentar tak terhingga dengan kekuasaan Allah yang Maha Esa...Ya Rabb, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Agung dan Maha Kuasa...bimbinglah kami ke jalanMu...berilah kami kebahagiaan dunia dan akhirat.....Jadikanlah kami manusia yang sentiasa menyembahMu... (Allah berfirman dalm Surah al-Hajj : 77-78)






Lihatlah....
1.10 keanehan manusia di Asia klik di sini
2.Bukti kebesaran Allah klik di sini
3.Bayi berkepala katak. Klik di sini
4.Keanehan alam. klik di sini
5. Batu Aneh klik di sini
6. Sungai dalam laut klik di sini


(muhasabah diri sempena hari ulangtahun kelahiran penulis yang ke....catatan ini sebenarnya ditulis lewat 21 Mac yang lalu)

mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

No comments:

Post a Comment