Monday, July 1, 2013

Persediaan Menyambut Ramadhan 1434H: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Karim




“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman;Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.
 Allahumma Ballighna Ramadhan. 

Allahumma Ballighna Ramadhan.
Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa

‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).



Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini;
Allahumma Ballighna Ramadhan. 

Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharapkan agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. 
Allahumma Ballighna Ramadhan 
merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini.

1. Persediaan Ilmu:



a)  Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa
b) Membaca buku-buku penyucian jiwa.
c)  Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
d) Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
e) Mengulangkaji perkara rukun, perkara membatalkan puasa dan juga perkara makruh puasa. 

2. Persediaan Iman:

a) Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
b)  Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
c) Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 13,14,15)
d) Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
e) Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
f) Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
g) Perbanyakkan doa : Allahuma innaka
 Afuwwun Karimun Tuhibbul Afwa Fa'fu anna Ya Karim ....dan Istighfar : Astaghfirullahal Azim.

3. Persediaan Keluarga:

a) Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
b) Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
c) Sentiasa berbincang atau menyebut-nyebut tentang kedatangan Ramadhan.
d) Sentiasa berpesan-pesan tentang kelebihan Ramadhan atau persediaan Ramadhan.
e) Membincangkan perjalanan masa di blan Ramadhan seperti masa belajar, masa solat terawih, masa membaca al-Quran.
f) Mengajak anak-anak memulakan rekod membaca al-Quran dari Syaaban agar Khatam di bulan Ramadhan.

4. Persediaan Azam:

a) Berazam membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik
b) berazam menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa. Bertekad untuk meninggalkan dosa dan tabiat buruk.
c) Berazam untuk sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
d) Berazam membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat
e) Berazam agar sentiasa berlapang dada.
f) Berazam menggunakan masa di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara ketaatan.
g) Berazam menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

5. Persediaan Jihad:

a) Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
b) Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
c) Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
d) Menahan syahwat dari perkara yang haram.
e) Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

6) Persediaan Dakwah:

a) Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
b) Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
c) Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
d) Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
e)Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.



Adalah diharapkan dengan persediaan yang rapi dan terancang, maka Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih bermakna buat kita semua..



menjayakan Ramdhan kali ini.

Wednesday, June 12, 2013

Perginya seorang Rakan Sejawat & Rakan Lama....

Beberapa bulan yg lalu....mungkin seawal bulan Feb or Mac...Cikgu Ismail didapati sakit namun ia tidaklah merisaukan : - - - bisol tak bermata namun Cikgu lsmail terpaksa dibedah dan mendapat MC yang sangat lama---. Pada akhir April Cikgu Ismail atau Iebih mesra dipanggil Cikgu Weil kembali ishat dan boleh menjalankan  tugas seperti biasa. Seingatku, awal bulan Mac yang lalu, aku masih sempat berurusan tentang bayaran penyertaan perkhemahan untuk pasukan Briged Bakti dan sempat juga menyuarakan pendapat...agar dipertimbangkan tugas Ko untuk tahun 2014...kata beliau: InsyaAllah... Kami happy melihat perkembangan terbaik ini. Namun tidak sampai sebulan kami dikejutkan dengan berita Cikgu GkgCikgCikgu Weil kembali ke hospital . Kami bergilir.gilir menziarahi Cikgu Weil. Keadaannya semakin membimbangkan . Cikgu Weil koma dan tidak sedarkan diri beberapa hari terakhir ini. Namun, sudah tersurat di loh Mahfuz soal ajal seseorang maka kami sekali lagi dikejutkan dengan berita ada jangkitan kuman diotaknya. Cikgu Weil terpaksa dibedah kepalanya untuk membuang nanah yang 'tiba-tiba' muncul di otaknya...dan..... Pada  jam 4 petang  kami dikhabarkan Cikgu Weil tetah telah dijemput Tuhan buat selama-Iaman. Al-Fatihah. . Pada  10 Jun yang lalu aku bertemu dengan seorang rakan lama.... Katanga  Suaminya sudah meninggal 2 tahun yang lalu dan ceritanya, hampir sama dengan kes Cikgu Weil. Yang membezakannya ialah suaminya meninggal semasa tidur, manakala Cikgu Weil semasa koma akibat pembedahan otak...

30 Mei yang lalu, aku turut dikejutkan dengan berita seorang rakan lama yang baru diketahui mengidap penyakit Barah Otak...Masya Allah!!! Suryana Mahmood, namanya seorang yang sangat periang sejak di zaman persekolahan lagi...Tidak dijangka sama sekali begitu mengejutkan sekali 'hadirnya' penyakit merbahaya tersebut...tanpa ada sebarang tanda-tanda kronik...cuma sesekali sakit kepala yang dianggap migrain...

Dari tarikh 30 Mei...sudah hampir sebulan Suryana sakit terlantar...dan baru masuk seminggu lebih keluarganya disahkan penyakit yang dihidapinya...Alangkah terkejutnya....apabila disahkan sedemikian....lebih-lebih lagi doktor sudah mengaku tidak berupaya lagi membantu Suryana untuk kesinambungan  hidupnya.. Suryana diminta dibawa pulang ke rumah...diberi rawatan secara tradisional....

Pada 22 Jun 2013, jam 9 pagi...Suryana dijemput Ilahi....tiada apa lagi yang harus ditangisi...yang perlu dilalaui kini ialah kita yang masih diberi peluang bernafas oleh Pencipta kita Rabbul Izzati...maka setiap nafas yang di hela...biarlah dalam keredhaanNya...


Ya Allah, ampuni dosanya dan tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah buatmu Sahabat : Suryana Mahmood



Friday, May 31, 2013

Tips ke Turki (Post-Mortem)

Assalamualaikum wrh wbt...Semalam baru sampai rumah, balik dari Istanbul...Memang banyak cerita dan tips yang nak dikongsikan...Ini adalah post-mortem kami hasil pengembaraan kami selama 9 hari di sana.

Dapatkan Info yang banyak:
Kena dapatkan info-info yang banyak mengenai tempat yang ingin kita lawati. Dan Alhamdulillah, bagi kami hasil daripada pencarian info-info tersebut, ia banyak membantu kami dalam semua aspek.....aspek makanan , aspek harga barangan, aspek tempat membeli belah, aspek kes-kes penipuan pun begitu bernilai...bagi mengelakkan kami daripada kami terjebak dengan anasir yang tidak baik.... 

Rancang Tarikh untuk Tempahan Tiket Lebih Awal:
Oleh kerana kembara kami adalah tanpa bantuan perkhidmatan agen, maka kami terpaksa rancang tarikh dan ambil tiket seawal mungkin. Tempahan tiket lebih awal lebih menguntungkan, kerana tiket terlalu mahal berganda jika ditempah lewat. Tiket kami lebih kurang RM6000 untuk 3 orang pergi-balik. Sedangkan 2-3 hari sebelum bertolak, kami cuba intai web tiket ke Turki, telah mencecah hampir RM22000 utk 3 orang...

Rancang Tempoh Lawatan:
Jika perancangannya hanya melancong persekitaran Istanbul sahaja, 5-6 hari adalah tempoh yang sesuai...tetapi jika bercadang pula melancong ke luar daerah Istanbul seperti ke Pamukalle,  Capuddia (salah kot ejaannya)...elok peruntukkan masa 4 hari lagi ke daerah2 tersebut...kerana untuk ke tempat tersebut terdapat pakej khusus 4 hari ke sana, menggunakan bas atau kapal terbang...di sana lebih kepada tempat keajaiban Allah...kena dapat info lain lah...jika mahu ke sana. Kembara kami hari tu tidak lah sempat ke sana, kerana kurang info...kat sana baru dapat info, masa dah tak sesuai...may be next time....

Rancang Tempat Penginapan:
Jika perancangan lawatan sekitar Istanbul City saja...maka dicadangkan lokasi hotelnya ialah di sekitar Sirkeci je...sebab lokasinya ditengah-tengah kawasan pelancongan. Yang bagusnya ialah ia dekat dengan Spice Bazar, Blue Mosque, Aya Sophia, Topkapi, Galata dan lain-lain lagi...Nak makan, pergi jalan kaki je dekat area Spice Bazar, di situ makanannya murah-murah...ada ayam bakar, ada nasi, kebab pun murah je...beza sikit harganya dekat area lain...kalau makanan dekat Blue Mosque tu mahal sikit...Macam kami, anak kecil kami mesti nak nasi...jadi terpaksa mencari kedai yang jual nasi lah...harga sebungkus nasi 1.50tl saja...minta campur lauk daging untuk kebab pun...Alhamdulillah dia bagi percuma je...


Kedai Cenderahati / Tempat Shopping:
Sebagai pengunjung, sudah tentu cenderahati buat tersayang mesti dibeli. Jadi semua jenis Cenderahati ada dan murah di area Spice Bazar, berbeza sangat dengan tempat-tempat lain. Key Chain yang sama, di Spice Bazar boleh dapat dengan harga 1tl tetapi di Grand Bazar or Taksim harganya dah jadi 4-5tl...begitu juga dengan barangan Seramik atau Beg Turki. Area Spice Bazar lagi murah...

Turkish Delight:
Ini adalah manisan warga Turki....harga nya bergantung kepada jenis...ada yang 10tl satu kg, ada yang 15tl, 20tl, 25tl atau yang mencecah 50tl pun ada...Setengah kilogram pun boleh dibeli...rasanya bolehlah...kami sempat membeli beberapa kg untuk dibawa pulang....

Jus Buah-buahan:
Satu perkara yang amat bagusnya di Turki ialah mereka gemarkan jus buah-buahan segar. Buah-buahan segar diperah dan diminum begitu saja tanpa dicampur dengan gula atau perisa...memang masam-masam manis asli...Kami sempat melayan untuk merasai jus-jus segar yang disediakan..seperti Jus Oren dan Jus Delima...rasanya masam-masam manis...not bad...sedap dan segar...Harga? Satu cup kecil Jus Delima ialah 4tl manakala cup besar 7/8 tl. kalau cup kecil tu biasanya 1 1/2 biji  buah manakala cup besar 2 1/2 biji...okeylah tu.... teringin nak bawa balik alat pemerah buah yang dia orang gunakan...ada dijual di Spice bazar...cara operasinya senang saja, manual...tak perlu guna eletrik...buah dipotong dua...dan diperah satu persatu....senang sangat...jus yang keluar...mak ai...sungguh segar...terus diminum begitu saja....

Metro / Pengangkutan:
Setibanya di Istanbul, pastikan anda membeli Istanbulkart. Ia sebagai kemudahan untuk menaiki Tram atau bas yang merupakan pengangkutan utama di sana. Jika menggunakan Tram harga sehala tak kiralah ke mana pun destinasi, harga cuma 3tl seorang. Kad ini boleh ditambah nilainya dari semasa ke semasa. Begituu juga dengan bas. Ia lebih menjimatkan wang dan masa. Kalau tempat penginapannya sekitar Sirkeci, maka untuk ke Blue Mosque atau ke Spice Bazar cuma perlu jalan kaki saja, kecuali lah kalau nak ke Grand Bazar perlu menggunakan Tram. Kemudahan Tram inilah yang menampakkan modennya Istanbul...mana2 ceruk pun ada Tram. Ianya cepat dan tidak perlu menunggu lama. Elak dari menggunakan teksi,kerana penggunaan meternya bermula dengan harga 2.95tl atau lebih....lepas tu jalannya banyak yang one-way...jadi terpaksa round agak jauh walaupun sebenarnya tempat yang nak pergi tu kalau jalan kaki dekatlah sangat....Dan kalau perlu, tanyakan dulu harga tambangnya sebelum naik...bolehlah kita agak2 mahal atau murah....

Stroller:
Bagi yang melancong bersama bayi atau anak-anak yang berusia 5 ttahun ke bawah, dicadangkan membawa stroller. Kembara di Istanbul ni banyak guna jalan kaki...tanpa stoller, jenuh lah kita mendukung anak-anak. Di Istanbul ni, rata-rata orangnya yang membawa anak-anak kecil semuanya menggunakan stroller...hampir tidak adan yang mendukung atau mengendong anak mereka. Dan lagi satu, kemudahan pengangkutannya seperti Tram dan bas semuanya mesra pengguna yang membawa kerusi roda atau stroller kanak-kanak...Senang saja walaupun kita terpaksa menggunakan Tram atau bas....

Ubat-ubatan:
Sebelum melancong, satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah bekalan ubat-ubatan terutamanya ubat selsema dan demam...Bawalah mengikut keperluan, misalnya untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Tempat-tempat Menarik:
Sebenarnya kalau pergi melancong, semua yang tidak ada di tempat kita itu dikira tempat menarik lah. Begitu juga dengan Istanbul. Semua tempat adalah menarik. Terutamanya dari segi senibina bangunan yang ada di persekitaran Istanbul. Menarik sangat. Senibinanya jenis senibina lama zaman kerajaan Uthmaniyyah (Ottoman kata orang Istanbul). Hampir semua bangunan di Istanbul nampak klasik dan kukuh. Yang menariknya, terlalu banyak masjid di sana dan setiap kali masuk waktu solat, suara azan akan bersahut-sahutan....

Walau apapun, biasanya tempat-tempat yang wajib dikunjungi bila ke Istanbul ialah Blue Mosque (Masjid Biru), Topkapi Palace (Istana Kerajaan Ottoman -yang telah dijadikan sebuah muzium diraja - banyak menyimpan dan mempamerkan barang-barang berharga yang diperbuat daripada emas dan berlian), Hagia Sophia (Bangunan yang asalnya sebuah Gereja tetapi telah dijadikan Masjid pada zaman Kamal Atartuk), Grand Bazar, Spice Bazar, Bandar Moden Taksim, Mengelilingi selat Bosphurus dengan Cruise dan juga Bursa (perlu menaiki feri untuk ke Bursa - di Bursa, barulah kita dapat lihat ramai kaum wanita memakai tudung berbanding di bandar istanbul, kaum wanitanya tidak dapat dibezakan dengan orang putih.)

Kalau mahukan tempat yang lebih menarik dan adventure, banyak lagi tempat yang boleh dilawati seperti Pamukalle, Capudia (salah eja ni...nnt check balik), Ephuses...dan banyak lagi lah...cuma dari istanbul City ni untuk ke tempat tersebut perlu menaiki bas atau plane atau juga memandu sendiri dengan menyewa kereta...biasanya kalau ambil pakej pelancongan ke sana memerlukan masa 4 hari untuk lawatan ke tempat2 tersebut....(ini menurut booklet-booklet pelancongan yang ditawarkan...). Tempat2 ini menarik kerana terdapat pelbagai keajaiban dan kebesaran Allah seperti Frozen Waterfall, Belon Panas dan sebagainya....sayangnya maklumat berkenaan dengan tempat berkenaan agak lewat kami perolehi....dan masa untuk ke sana tidak mengizinkan kerana sudah kesuntukan waktu memandangkan masa untuk pulang ke Malaysia tinggal 2 hari lagi....tapi jauh di sudut hati...may be next time lah....teringin juga untuk menyaksikan sendiri keajaiban alam.

Sewaktu kami melawat ke Taman Mini Atartuk (yang menempatkan binaan2 bangunan replika yang terdapat di Turki) pernahlah kami terperasan akan satu replika mini Pamukalle yang terdapatnya Frozen Waterfall...semua kawasan dilitupi ais tetapi masih terdapat air terjun...wow sungguh menakjubkan...balik dari situ kami mencari2 maklumat....rupa2nya itulah tempat yang dimaksudkan dengan keajaiban alam...hati melonjak2 untuk ke sana...tapi....itulah masa tidak mengizinkan....

Anak Kecil:
Satu nasihat mengenai anak kecil yang ingin di bawa bersama....jika anak kecilnya masih di bawah usia 1 tahun, mungkin kurang masalahnya jika dibawa bersama, tetapi kalau usia antara 2 - 3 tahun, di mana masih belum faham apa-apa...ni yang susah sikit, kerana mereka ini kuat meragam....kalau dipujuk...susah juga sebab mereka masih kurang faham....dari segi makanan pun agak sukar, sebab anak-anak yang usia sebegini memang belum pandai mencuba makanan2 baru bagi mereka...Mungkin barangkali kalau yang usia 4 tahun ke atas okey pulak kut....tapi ini cuma satu pandangan saja berdasarkan pengalaman kami yang membawa anak kecil yang berusia 2 tahun....susah sangat....atas kapal terbang meragam sebab boring lama sangat...sedangkan dia seorang yang lasak....mak oi...nasib baiklah penerbangan kami lebih panjang pada waktu malam...jadi banyak masa juga dia tidur, cuma adalah sejam dua jam yang waktu dia terjaga...haah...masa ni lah masa kritikal...puas dia tengok tv, mula lah dia nak gi situ sini....Tapi sabar saja lah, sebab semua ini kami set up our mind bahawa ia akan terjadi......Ada pro and kontra juga bawa anak kecil ni...yang bagusnya, bawa anak kecil ni menyebabkan ada lah juga aktiviti kita untuk uruskan dia...main-main dengan dia...tak lah membosankan sangat...cuma time dia meragam saja yang menyebabkan kita...adoi adoi doi doi....dan yang bagus lagi, kebanyakan orang turki ni memang sukakan kanak-kanak...tak kira lah lelaki ke perempuan, tua atau muda semua sukakan kanak-kanak...hampir setiap tempat yang kami pergi memang anak kami menjadi tumpuan...dicuit, diagah, diajak main, diajak dukung, ditegur sapa...dan diberi keutamaan lah sewaktu menaiki bas atau tram....demikian juga semasa menaiki pesawat...bahkan sewaktu kami membelek2 gelang atau key chain untuk cenderahati dibawa pulang...memang akan dapat percuma lah untuk puteri kami...

Pesawat:
Semasa kembara kami ke Istanbul, kami menaiki pesawat Turkish Airlines. Harganya tidaklah semahal manapun kerana kami tempah tiket lebih awal...kalau tidak, mahal juga. Yang nak ceritanya ni, masa penerbangan ke Istanbul...punya lah bagus layanan yang disediakan...makanan pun okey sangat, ada spagetti, ada nasi, ada pan cake, ada buah-buahan, ada free gift (beg) untuk kanak-kanak, ada banyak coklat...okeylah sangat tu...tapi sewaktu penerbangan pulang...layanan dan makanan amat tidak memuaskan...makanan yang dihidangkan memang tak lalu masuk tekak ni...dua kali hidangan disediakan, jeruk buah zaitun, jeruk apa lagi tah, keju keras, keju masam, dan tak tahu lah lagi nak story...tapi memang sedikit saja dimakan...kami sempat menjenguk penumpang2 yang lain...mereka sama saja dengan kami...ramai yang tak habis makanannya...roti yang tidak pernah ketinggalan disediakan, yang sewaktu penerbangan ke istanbul, kami tidak menyentuhnya kerana kekenyangan...habis kali ini kami kunyah...kerana hanya inilah saja yang mampu ditelan bersama jem strawberry....Itu pun untuk mengalas perut kosong akibat penerbangan yang terlalu lama...

Rasanya setakat itu dulu lah cerita dan post mortem kami...walau apapun, syukur kami kepada Allah kerana kami telah selamat pergi dan balik ke pangkuan keluarga tanpa sebarang musibah...Syukur Alhamdulillah...dan kembara kami seterusnya selepas ini sudah tentulah mengunjungi rumah Allah....yang agak lama sudah tidak kami kunjungi...rindu benar hati ini....moga-moga Allah mengizinkan kami ruang dan waktu untuk ke sana....





Wednesday, March 13, 2013

Tips Ke Turki (Copy Paste punya...)


Turki...Aku Datang....Mungkin kata-kata itu bolehlah dijadikan pembuka bicara dalam tulisanku kali ini. Ini semua info-info yang ku kutip untuk dijadikan panduan atau tips ke sana. Boleh pakai ke tidak belum tau lagi...tapi inilah .....katanya TIPS KE TURKI...
Berikut adalah checklist (secara umum)  yang perlu kita selesaikan sebelum terbang ke sana.  Info ini mungkin berguna sangat untuk sesiapa saja yang akan ke sana nanti.

1)       Tempahan hotel – boleh dibuat melalui booking.com @ agoda.. Baca semua review dari para pelancong.. Katanya, jangan terpedaya dengan gambar2 yang ditunjukkan di web, sebab kadangkala gambar tu semua indah khabar dari rupa.. hehe.

  1. kita perlu memastikan lokasi yang ingin kita lawati di Istabul.  Seperti melawat Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, sekitar Eminonu & Sultanahmet.  Jadi,  pilihlah Sirkeci Park Hotel, kerana ia terletak di tengah2 di antara Eminonu & Sultanahmet.  Hotel ni ada sarapan sekali, so kita tak perlu bimbang nak makan apa waktu pagi2.. Harga penginapan untuk 6 hari 5 malam ialah RM1200.00.
  2. Selesai semua di atas ini, 50% dari percutian anda dah hampir terlaksana.
  3.  Pastikan juga  menempah teksi untuk ke hotel.  Email kepada hotel & tanya sama ada mereka boleh menyediakan teksi untuk mengambil anda dari airport.. Jika  jenis yang adventurous, boleh juga naik train dari Airport ke Sultanahmet..
  4. Pakaian yang sesuai – walaupun pergi pada musim panas, tapi panasnya bukan macam Malaysia ok, anginnya macam angin aircond, sejuk!! So pastikan ada jacket @ cardigan @ pashmina.
  5.  Kasut sukan @ running shoes – ladies, tinggalkan aje la high heels tu kat rumah, u will be doing a lot of walking in Istanbul!!!
  6. Bagi yang masih mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa stroller, boleh pengsan kalau nak dukung anak ke sana ke mari.. bawa stroller yang tahan lasak sebab jalan di sana adalah jalan lama (cobblestone) yang tidak rata
  7. Bawa susu anak – sana tak ada dutch lady, anmum, bla2.. saya bawak 1 kg susu & 500gm nestum.. Alhamdulillah, susu & nestum cukup sepanjang berada si sana.. Lagipun Iemrand dah makan makanan solid, so tak ada masalah.
  8.  Bawa diaper yang mencukupi.. Bawak jugak nappy rash cream sebab takut kena nappy rash sebab perubahan cuaca kan.
  9. Ubat urat, sebab banyak berjalan, takut sakit kaki! muahahaha
  10. This may sound funny, tapi bagi yang suka @ mesti nak ada cili sos kalau makan burger, fries, etc, sila bawa sebotol @ bawak cili sos peket kecik2 dari KFC @ McD, kat Istanbul TAK ADA SOS CILI! Heheheh.. Yang ada Cuma chili flakes.. McDonalds dia pun tak ada cili sos! Huhuhu.. Sementelah makanan kat sana banyak dalam bentuk kebab, memang syok kalau ada cili sos. Tapi kat sana tak ada, so kurang umphhhh la bagi saya ;)
  11. Tukar matawang EURO di Malaysia.  Apabila tiba di Istanbul,  boleh tukar ke matawang Turkish Lira, tapi JANGAN TUKAR DUIT DI LAPANGAN TERBANG ATATURK! akan kena tax.. tukar di Sultanahmet.. sana banyak perngurup wang asing
  12. Perancangan Perjalanan / Aturcara Perjalanan.
  13.  Buat pengetahuan semua, ada banyak muzium di Istanbul, dan menjadi satu kerugian andai tidak melawat 2 @ 3 darinya, kerana muzium di Istanbul adalah antara yang terbaik di DUNIA. Oh ya, kami pergi ke sana TANPA TRAVEL AGENT! 
  14. pastikan  PRINT TEMPAT2 MENARIK & TIPS2 DARI PELAWAT.. Jadikan sebuat fail @ buku untuk rujukan apabila di sana nanti.. Di sini mungkin tak nampak kepentingannya, tapi bila  di Istanbul, ia bagaikan kitab untuk merancang perjalanan .. Di hotel juga biasanya mereka ada phamplet2 mengenai tempat2 menarik di Istanbul. Ambil semua phamplet tersebut, baca & compare dengan research . Di sana ada juga pakej2 tour dalam kumpulan2 kecil pada harga berpatutan.. Sesuaikan dengan budget  dan boleh minta pertolongan dari recep hotel untuk membuat tempahan. Kadang kala hotel juga memberikan  potongan pada tour package di sana.. so jangan malu bertanya, malu bertanya, sesat jalan! heheheh
  15.  Untuk melawat muzium, HIGHLY RECOMMENDED untuk anda beli pas museum.. ia berharga 72 Turkish Lira, kira2 dalam RM154.00.  Nampak cam mahal kan, tapi dengan pas ini, kita boleh masuk terus tanpa beratur.. Kalau  nak tau, barisan untuk masuk ke Topkapi Palace & Hagia Sophia sangattttttttttttttt lah panjang!!! Terutama dalam musim panas.. boleh pengsan!!  Dengan pas ini juga, sebenarnya boleh jimat beberapa Euro, sebab harga tiket individu bagi tempat2 tu pun dah agak mahal..
  16.  Pas muzeum ni sah selama 72 jam dari tempat pertama yang anda masuk.. kiranya 3 hari la..
  17.   Pas muzeum boleh di beli di tempat2 yang disenaraikan di sini – http://museumpassistanbuldistributor.com/
  18.  Antara muzeum2 yang boleh anda lawati dengan menggunakan pas ini ialah:-
 1)       Topkapi Palace & Harem
 2)       Hagia Sophia
 3)       Istanbul Archeological Muzeum
 4)       Chora Museum,
 5)       The Museum of Turkish and Islamic Arts dan
 6)       Istanbul Mosaic Museum.

 Di atas kad ini juga ada ditulis masa pembukaan muzeum.. SILA PASTIKAN HARI UNTUK LAWATAN KERANA ADA MUZEUM YANG DITUTUP PADA HARI ISNIN @ JUMAAT.
19.  PENGANGKUTAN. berjalan2 di sana menggunakan keretapi @ berjalan kaki saja.. sebab itu sangat penting untuk memilih hotel di lokasi yang accessible pada tempat pengangkutan awam.. harga tiket pun murah, 2TO (RM4.00) ke semuaaaaaaaa destinasi.. best!  tak payah naik teksi langsung untuk ke tempat2 pelancongan

20.  MEMBELI BELAH Grand Bazaar & Spice Bazaar – dua tempat yang sangattt menarik! Beratus2 kedai ada kat Grand Bazaar tu. Spice Bazaar ni kecik sikit, tapi barang2nya lebih kurang aje… Macam kami, kami pergi dua kali ke Grand Bazaar, kali pertama survey2 harga barang, petang tu ke Spice Bazaar pulak.. barang yang sama, namun harga lebih murah di Spice Bazaar.. Kali kedua gi Grand Bazaar just nak jalan2 jer.. Tapi orang cam ulat la, memang ramai.. yang lawaknya, bila diorang tau kita orang Malaysia, dan2 cakap APA KHABAR? SELAMAT DATANG, MURAH MURAH.. heheheh.. pastu, satu lagik tips, di belah belakang Grand Bazaar, ada banyak kedai2 lagi, harga barang kat sana lagi murah.. Di Spice Bazaar pun camtu, anda jalan hingga ke hujung bangunan, kat belakang tu ada macam pasar lambak, baju, beg, kasut, tudung, murahhhhhhhhh dan cantik! So pastikan anda pergi ke bahagian belakang Spice Bazaar..
21  Satu lagi tempat shopping ialah di jambatan Eminonu.. Kami jumpa tempat ni secara tak sengaja, naik train nak ke Eminonu (di sini terletak Spice Bazaar), tapi suami saja ajak berhenti satu stesen ke hadapan. pastu kena turun tunnel, kat bawah tunnel tu heaven shopping utk tshirt! hehe.. saya lupa apa nama stesen, nanti saya cehck balik, tapi train tu menuju ke Galata Bridge..   
22  SCAM  Ha, ini yang saya nak tekankan sangat.. kami terkena scam ni masa kat sana.. Mula2 kami nak pergi ke Topkapi Palace, tapi ramai sangat orang.. so kami decide nak ke Grand Bazaar dulu.. Pastu ada sorang mamat Turki ni nama dia Umar, dia approach kami, tanya dari mana semua.. Friendly sangat.. pastu dia tanya nak ke mana? Kami kata nak ke Grand Bazaar..dia kata I can show you the way.. so kami pun ikut la.. tiba2 dia kata I would like to invite you to my carpet factory.. Owh noooooooooooo! Masa tu dah rasa semacam, tapi dah orang ajak kan, kami ikut la.. Masuk dalam tu, dia dah bentang hamoir 30 helai karpet, pujuk kami beli.. suruh kami letak harga bila kami kata kami tak mampu.. Hampir sejam ok dalam tu!!! Saya takut jer kena bunuh ke, kena kidnap ker, sbb factory tu ke dalam sikit & pintu factory ditutup bila kami masuk ke sana.. Macam2 alasan kami bagi, last2 saya tipu kata saya housewife, suami saya sorang aje kije, tak der duit nak beli karpet.. Harga karpet tu EURO800! Gila kan.. bankrup! Dah ler datang bawka duit ciput jer.. hahaha.. Diorang pujuk2 gila tau, so anda kena pandai menolak jugak.. yang paling mudah, bila ada orang kata nak bawak hi kedai karpet, TERUS CAKAP NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO THANK YOU!!  Hhehe.. tapi diorang ni polite, kita sampai tu dah bagi air teh epal yang sedap bangat! Hehe.. saya siap cakap, thanks for your hospitality & the nice tea! Huhu.. so ingat – KALAU DENGAR JER PERKATAAN KARPET @ KILIM CAKAP JE NO, THANK YOU.. tapi kalau nak gi beli, no harm la ikut diorang tu.. hehe
23.  TANDAS Macam malaysia, tandas kat sana ada yang cangkung & duduk TAPI guna bidet.. ni yang saya palinggggggggggg lemah.. huhuuh.. so bawaklah satu botol kosong untuk bersuci yer..
24. SOLAT
Masjid ada di mana2, jangan risau tentang solat anda ye..

Setakat ni dulu.. Kami bawak RM5,000 tapi masih ada baki RM1200.00 bila balik ke sini.. .. (tak ada niat nak menunjuk2 banyak duit ke apa ye, ni adalah panduan bagi anda yang ada tight budget cam kami)

ini lah info yang paling menarik hati ku....terima kasih untuk info ini...nantikan tips dari 'hamba' pulak!!!


Pelawat menemui web ini melalui carian:
1.     harga makanan di istanbul,bulan sesuai ke istanbul,shopping ke istanbul,harga barang di istanbul,pengalaman melawat istanbul,percutian di istanbul 6 hari 5 malam,penginapan murah di istanbul,matawang lira istanbul,blog cuti istanbul budget,shopping baju di istanbul,hotel sesuai di istanbul,tempat2 menarik di istanbul,melawat budget kecik,percutian bajet ke istanbul,tips ke istanbul,bercuti ke istanbul,harga barangan di grand bazaar istanbul,apa barang yg murah di istanbul,bajet ke istanbul,pengalaman bercuti ke istanbul,shopping di istanbul,pakaian yang sesuai untuk hi-tea di hotel,petua melawat istanbul,percutian istanbul murah,percutian di istanbul budget,percutian di istanbul,pengalaman berada di istanbul,panduan ke istambul,penginapan yg murah di istanbul,tukar euro murah d

Sunday, March 10, 2013

Contoh Kertas Cadangan : Pertandingan Azan


KERTAS CADANGAN:
PERTANDINGAN AZAN TERBUKA
ANJURAN BERSAMA:
PERSATUAN BAHASA ARAB , PERSATUAN AGAMA ISLAM & KELAB TILAWAH AL-QURAN / AZAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG


1.     TAJUK
: PERTANDINGAN AZAN TERBUKA

2.    OBJEKTIF
1.     Mencungkil bakat azan di kalangan pelajar
2.    Melatih pelajar menceburi bidang dakwah secara khusus
3.    Melantik Bilal bertugas di Masjid sekolah
4.    Sebagai slot aktiviti persatuan/Kelab

3.    RASIONAL
1.     Pelajar perlu diberi peluang mengetengahkan bakat
2.    Pelajar perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan ini masyarakat.
3.    Pelajar perlu diberi pendedahan kelebihan menjadi tukang azan

4.    SASARAN
Semua pelajar yang berminat ( 36 orang)

5.    TARIKH PELAKSANAAN

6 hb Mac 2013 (Rabu)

6.    JANGKAMASA
7:50 - 9:00 Pagi

7.    TEMPAT
MASJID AR RAHMAN SMKPS 
8.    TENTATIF PROGRAM
07:50 pagi   -  Semua ahli persatuan / kelab yang terlibat berkumpul di masjid
08:00 pagi  -   Ucapan Pengerusi
08:05 pagi   -  Pertandingan azan terbuka

9.    JAWATANKUASA
Penasihat    -  En Che Hashim bin Sulaiman (Pengetua  SMKPS)
Pengerusi  Bersama   -  En Ismail bin Jusoh (PK Ko Kurikulum)
                                  Tn Hj Isamuddin bin Ismail (PK HEM)           
Timbalan Pengerusi –   En Harun bin Abd Rahman (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi  -  En Muzairi Souza bin Mohamad (GKSS)
Perancang – Ustazah Razana Othman (KP)
Setiausaha  -  Ustazah Roslina Ali
Bendahari  - Ustazah Naimah Abdullah

AJK:
Persiapan tempat  -  Ustazah Hjh Naimah bt Abdullah / Ahli Persatuan Bahasa Arab
Kawalan Disiplin  - En Zilkaram  / Ustazah Razana Othman/ Ustazah Nurul Khairiah bt Idris / Ustazah Azumah bt Mohd Salleh / Ustazah Hartini bt Mohd Noor
Juru acara majlis – Ustazah Naimah Abdullah
Hakim Pertandingan – Ustaz Mohd Radzuan Mat Jusoh / Ustaz Mohd Sayuti Rajab

                       
10.  ANGGARAN PERBELANJAAN
1.     Hadiah Tempat 1     -  RM15.00
2.    Hadiah Tempat 2    -  RM10.00
3.    Hadiah Tempat 3    -  RM5.00
4.    Hadiah Saguhati (30 orang) – RM 60.00

JUMLAH                                                                         RM 90.00
(Ringgit : Sembilan Puluh Sahaja)

11.   SUMBER KEWANGAN
1.     Peruntukan Wang Kegiatan Agama          =   RM 90.00


  JUMLAH                                                   RM 90.00
(Ringgit : Sembilan Puluh Sahaja)

12.  PENUTUP








Disediakan oleh;


(ROSLINA BT ALI)
Setiausaha



Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk meminati matapelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya dapat melahirkan sahsiah jati diri pelajar muslim yang berakhlak dan berwibawa.





                                               Disahkan oleh:


                                              (CHE HASHIM BIN SULAIMAN)
                                                Pengetua SMKPS