Sunday, December 27, 2015

Kembara Famili ke Hatyai-Songkhla & Pattani 2015

Cuti sekolah panjang hujung tahun 2014 yang lalu, kami sekeluarga bercuti ke Jakarta, Indonesia. Manakala sebaik bermula cuti sekolah 2015 ini, anak-anak bertanya ke negara mana pula destinasi percutian kita? Amboi...dah macam satu kewajipan pulak, setiap hujung tahun mesti ke luar negara. Manalah abah dan umi mampu, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang agak gawat, selain kadar ringgit Malaysia yang semakin menurun. Untuk tidak menghampakan anak-anak, kami membuat keputusan untuk bercuti ke luar negara juga, tetapi destinasi negara yang kami pilih ialah yang paling dekat dengan tempat tinggal kami. Negara yang tak perlu membeli tiket-tiket penerbangan yang memakan kos yang sudah tentu agak banyak...dan sebuah negara yang kita boleh akses dengan cara memandu kenderaan kita sendiri. Negara itu ialah negara yang dikenali dengan jolokan negara gajah putih, iaitu THAILAND.

Hasil semakan terhadap beberapa blog percutian di Thailand yang terpapar di internet, kami memilih destinasi Hat Yai dan Songkhla, Thailand sebagai destinasi pilihan percutian kami sekeluarga untuk kali ini. Mungkin kerana jaraknya yang tidak begitu jauh sangat dengan tempat tinggal kami, bandar Kota Bharu (Jarak KB-Hat Yai ialah 270km, pemanduan kereta sekitar 4 jam 21 minit sahaja), maka dua wilayah yang masih termasuk dalam wilayah Thailand Selatan menjadi pilihan kami. Rata-rata blog tentang percutian ke Hat Yai yang kami kunjungi memaparkan banyak tempat-tempat menarik di kedua-dua destinasi ini, malah Hat Yai digelar oleh kebanyakan bloger dan travellers sebagai syurga membeli belah. Namun demikian, oleh kerana kami juga mempunyai anak-anak remaja, tujuan membeli belah bukanlah matlamat utama, sebaliknya beberapa attraction lain yang sesuai dengan jiwa mereka tidak boleh diketepikan. Kalau asyik-asyik ke tempat shopping, sudah tentu mereka akan cepat merasa bosan dengan percutian ini.

Terus terang kami katakan bahawa sepanjang tempoh menanti percutian bermula, hati kami tidak putus-putus dirundung kebimbangan. Almaklumlah, destinasi percutian kami kali ini adalah tempat yang cukup diketahui umum bahawa kawasan yang sentiasa bergolak dan tinggi risikonya. Kadang-kadang kami terasa mahu membatalkan sahaja percutian ini dan memilih destinasi lain yang lebih terjamin keselamatannya. Tetapi memandangkan bilik-bilik hotel sudah siap ditempah...dan kami tidak sanggup untuk rugi begitu sahaja, maka kesudahannya kami bertawakkal sahaja kepada Yang Esa agar melindungi perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik sepanjang perutian ini.

Sejujurnya inilah kali pertama kami berkunjung ke Wilayah Selatan Thailand yang agak ke dalam dari sempadan. Beberapa tahun yang lalu kami pernah masuk ke Thailand, tetapi sekadar balik hari dari pekan Sungai Golok melalui pintusempadan di Rantau Panjang. Itupun konvoi dengan saudara kami yang sudah agak biasa keluar masuk Rantau Panjang-Golok. Faktor tidak biasa ini juga menambahkan lagi kebimbangan kami dengan percutian kali ini.

Persiapan Penting Sebelum Bertolak Ke Thailand:

Untuk menjadikan percutian ini sebuah realiti dan seterusnya berjalan dengan seberapa lancar yang boleh, kami banyak belajar melalui pak cik google. Terdapat begitu banyak blog-blog yang mencatatkan pengalaman percutian masing-masing ke Hat Yai dan Songkhla ini. Berikut ialah sedikit pengalaman yang dapat kami kongsikan :

1. Bagi kakitangan kerajaan, kita berkewajipan untuk mengisi borang permohonan keluar negara dengan majikan masing-masing. Ini adalah pra-syarat utama yang wajib dipatuhi bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku, khususnya bagi mereka yang berkerja sebagai penjawat awam.
2. Membeli Insuran Kereta. Ini bertujuan untuk melindungi sepanjang pemanduan kita di Thailand.
3. Pastikan anda bawa pasport / pas smpadan yang tarikh tamatnya melebihi temoh 6 bulan dari tarikh masuk.
4. Cop paspot di pejabat Imigresen Thailand. Kami melalui sempadan Rantau Panjang-Thai. Proses di sini tidaklah mengambil masa yang lama....di sini terdapat kakitangan imigresen Thailand yang tolong isikan borang masuk ke Thai dengan caj bayaran RM2 bagi satu paspot...duit poket dia la tu agaknya... Selesai urusan di sini, kembara kamipun bermula.

Hari Pertama:

Masjid Kru Se Pattani

Dalam perjalanan yang santai, kami singgah di masjid 300 tahun yang dikenali dengan nama Masjid Kru Se. Masjid ini ada sejarahnya yang tersendiri. Ia merupakan masjid tertua di wilayah Pattani yang terkenal dalam sejarah penyebaran Islam di Asia Tenggara.

  

Kesempatan singgah di masjid tua ini , kami mengambil kesempatan untuk solat di sini. meskipun masjid ini masjid tua..namun ia masih aktif dijadikan pusat ibadat bagi penduduk setempat dan juga pelancong..

Samila Beach 

Memandangkan masa masih terlalu awal untuk kami check in hotel, kami meneruskan perjalanan ke Songkla dan Samila Beach menjadi destinasi kami yang pertama di Hatyai ini. Tidak banyak yang kami tahun tentang metos di Samila Beach ini..cuma sebaik sahaja melihat patung ikan duyung emas yang kaki di gigi pantai...kami sepakat mengatakan mesti ada metos yang menjadi kepercayaan orang-orang di situ. Walaupun ramai pelancong sibuk berfoto dengan patung tersebut, namun kami tidak terasa teruja sangat untuk bergambar dengan patung tersebut....hanya dari kejauhan sahaja.


Tidak jauh dari pantai tersebut ada satu lagi patung kucing dan tikus....hah...yang ini si kecil kami terpujuk untuk bergambar dengan patung kucing ... kucing ialah binatang kesayangannya...Patung ini pun mempunyai metos juga...ia berkait rapat dengan pulau kucing dan pulau tikus yang tidak jauh dari pantai Samila.

  
  
Di Samila Beach ini, berbagai tarikan pelancong disediakan...seperti aktiviti menunggang kuda, shopping dan yang paling sedap ialah aiskrim kelapanya yang murah.... 30 baht sebiji kelapa....

Hotel Green View

Ini hotel pertama kami..harganya +-RM70 satu malam. Kemudahan parking keretanya menyebabkan kami tertarik untuk menginap di sini... yang lain-lain, okeylah...kawasan yang tenang dan tidak sibuk dan dekat dengan bandar .... restoran Halal pun tidaklah jauh sangat daripada hotel ini seperti Restoran Kelantan, Restoran Salma, Restoran Hamid dll,,

Restoran Kelantan

Di sini ialah makan malam pertama kami di Hatyai. Menunya biasalah....menu Thai lah...sedap sangat...Tomyam campur, ikan siakap masak lemon...ummmp besst....+- 900 baht untuk 5 orang...

Songkla Zoo

24 Disember 2015, kami rasa teruja untuk ke survival Songkhla Zoo...di mana ia bukan seperti Zoo Negara kita...sebab zoo ini boleh pandu masuk kereta. Kami menggunakan khidmat gps untuk ke Songkhla Zoo...GPS membawa kami ke satu pintu masuk (ya atau tidak pun kami tidak pasti...) yang kami alami, ia terus membawa kami ke dalam kawasan zoo yang sangat terjaga...bersih...cuma agak lengang daripada kunjungan orang  ramai...yang kelihatan cuma pekerja-pekerja Thai yang tidak tahu berbahasa Inggeris...

Bukan seperti yang kami jangkakan, puas kami mencari-cari kaunter tiket...namun tidak diketemukan...lalu kami teruskan kembara di dalam zoo tersebut...berkali-kali kami berhentikan kereta dan keluar untuk melihat binatang-binatang yang menarik perhatian...dan yang paling teruja sekali, tiba-tiba dua ekor rusa keluar melintas jalan... dan sempat kami bergambar mesra dengannya...wah...jinak sungguh si rusa ini....

Kembara di zoo diteruskan...tiba di kawasan sarang burung 'Hornbill' yang sangat jinak...ia terus terbang ke arah kami seolah-olah telah lama menantikan kedatangan kami....sayangnya kami tidak membawa sebarang makanan untuknya....selesai bergambar dengannya....ia pun berlalu dengan perasaan kecewa agaknya....

Harimau, Beruang, Tapir juga luar biasa besar saiznya daripada biasa yang kami lihat di Zoo Negara...besar macam lembu .... bahkan lebih panjang daripada lembu....Ha ha ha...yang ni tak nak pula ia bergambar dengan kami...bukan apa...kami lah yang jual mahal kat mereka....malas bagi muka...sekadar lihat dari jauh jerr....sebenarnya grrrrr.....

Malaslah nak tulis panjang2 pasal Zoo ni.... bukannya apa Si kecil kami sebenarnya yang paling seronok....tak rugi masuk sini terutama jika ada anak kecil....mereka memang perlu diberi peluang melihat binatang secara 'life' seperti di Zoo ini...




Khao Tang Hill Lif Station

tempat tinjauan untuk melihat seluruh bandar Hatyai. 30baht tiap seorang untuk menaiki lift yang disediakan...bayangkan naik bukit guna lift...ia lebih kurang nain tram ke bukit Bendera....bezanya ia lift....pengalaman baru bagi kami...tapi best lagi kalau ia buat seperti tram bukit Bendera...tapi bolehlah...

kat puncak bukit tu...biasalah Thailand kan tak boleh dipisahkan dengan pusat sembahnyang dia orang...maka banyaknyak patung-patung gajah, loceng dll yang berkait dengan kepercayaan mereka. 



Feri 

Menaiki feri bersama kereta bagi kami merupakan satu pengalaman baru juga...bayangkan +- 10 kereta berada di atas sebuah kapal / feri.... terapung di tengah telok yang memisahkan antara songhkla dan Hatyai...tambangnya cuma 20 baht satu kereta...murah sangat...tiba di seberang sana menyebabkan ia lagi dekat dengan hotel kami menginap...sambil menaiki feri, kami mengunyah pelam siam yang dijaja sewaktu kereta berbaris menunggu giliran menaiki feri...harganya 20baht sebiji...sedap bagi orang yang suka asam....pelamnya sangat rangup....okeylah sebagai alas perut sebelum pekena nasi tengahari....







Restoran Halal berhampiran jeti.

Perut yang berkeroncong belum diisi dengan nasi...sebaik sahaja keluar dari feri. di kiri jalan ada jual pulut panggang yang sangat sedap....40baht ....murah...tapi tak sempat nak kira berapa biji...belum sempat dimakan, kami ternampak satu restoran halal...terus singgah untuk menjamu selera. Bagai pucuk dicita...restoran tersebut operasinya baru nak mula...150baht bagi dewasa ....dan makan sepuasnya....siap ada BBQ lagi....ayam, daging, sotong, udang. nasi goreng, nasi putih, pelbagai jenis mee, pelbagai jenis bubur, pelbagai jenis buah...fuhh...pendek cerita ...kenyang sampai ke malam ...memang makan malam kami terpaksa skip....

 

Bil yang kami bayar kali ni...tapi sangat puas hati ....dan sangat berbaloi bagi 'kaki makan'...

Green Way Night Market

Ini merupakan pasar malam terbesar di Hatyai...ia beroperasi setiap malam... dan barangannya  murah dan berkualiti....ia mula beroperasi jam 3.00 petang dan berakhir 10.30 malam. Yang menariknya, seketika di Hatyai...masalah parking tidaklah menjadi masalah serius...ada orang yang tolong jaga dan uruskan parking...siap tunjuk lot parking lagi...tanpa caj satu sen pun...pendek cerita parking free 24 hours. tak kira siang atau malam...wow...sangat hebat kerajaannya menjaga kebajikan rakyat...



Municipal Park

Menurut blogger yang kami singgah di blog2 mereka untuk mengutip pengalaman mereka...tempat ini juga tak kurang menariknya...ada Ice Dorm, ada Cable Car....kami juga sempat singgah untuk menikmati keseronokan tersebut...namun agak hampa kerana sejak April 2015, Hatyai Cable Car sudah berhenti beroperasi....manakala Ice Dorm pulak....katanya semua ais dah tiada...yang tinggal hanya taman bunga....kononya musim bunga....kami membatalkan hasrat memasuki Ice Dorm...dan terus ke destinasi seterusnya...



Chang Puak Camp

Katanya ini tempat menunggang gajah...500baht tiap orang selama 40 minit...kami memang bercadang untuk merasai cabaran di sini...tetapi setibanya di sini...tersangatlah ramai orang....gajah-gajah pun tidak kelihatan walau seekor sekalipun....kami membuat andaian sendiri untuk tidak membazir masa menunggu gajah-gajah tersebut balik ke stesen...sekali lagi hasrat dibatalkan...walau bagaimanpun, sempat ambil gambar kenangan sajalah....di pintu masuk Camp Gajah ini..

Sebenarnya agak hampa...kerana sejak kami tiba di Hatyai, kami belum melihat gajah sebenar walaupun seekor...patung gajah banyak lah sangat....di Zoo pun kami tak sempat ke tempat gajah....sebab kawasan Zoo tersebut tersangatlah luasnya....



Shopping Mall

Kecewa lagi....kami memutuskan untuk shopping je...or window shopping....pusing-pusing bandar Hatyai...singgah di Kyong Yong Market....beli sikit-sikit... apa yang patut.... terus balik ke hotel ke dua kami....

Hotel Paradise Hotel & Resort

Untuk mencari hotel ini....hampir sejam, kami berpusing-pusing dilorong-lorong sempit perkampungan Thai...setelah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan khidmat GPS, akhirnya kami mencuba menaip PB Hotel...yang berhampiran dengannya sebagai harapan boleh menemui hotel Paradise yang tidak dapat dikesan oleh GPS kami yang mungkin agak lama...belum update...

Last sekali, kami jumpa juga hotelnya.... wah, agak mewah juga tempat ni...ada kolam renang...ada restoran halal....ok lah tu, tidaklah menyusahkan kami mencari restoran halal untuk sarapan pagi...









Floating Market

Selesai solat jamak Zohor-Asar, kami bertolak untuk ke 'Pasar Terapong'...sekali lagi kami cuba guna khidmat GPS,....dan sekali ini juga namanya tidak dapat dalam senarainya...setelah puas mencari...hari semakin senja...kami dah semakin putus asa...Kami membuat keputusan untuk bertanya berpandukan peta yang kami ada....kalau nak tanya gitu-gitu...memangmereka tak fahamlah jawabnya...

Empat orang remaja perempuan sedang bermain-main motorsikal di pinggiran jalan menjadi pilihan utuk tempat bertanya...setelah berbincang dengan bahasa isyarat yang boleh difahami....remaja tadi sudi menunjukkan kami jalan ke Pasar Terapong...Alhamdulillah...baik betul budak-budak ni...agak jauh juga mereka membawa kami....akhirnya tibalah di tempat tujuan...sejumlah wang kami hulurkan sebagai tanda terimakasih....mereka menolakknya dengan sopan sekali....akhir sekali kami abadikan dalam bentuk gambar kenangan...dan bertukar-tukar profile FB...


 
  
  
 





Masjid Jamek Pattani

Masjid ini kami singgah dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu...indah sungguh masjid ini.

  

Kesimpulannya:

1. Kembara ke Hatyai ....agak menyeronokkan, sayangnya tak berkesempatan untuk shopping lebih-lebih sikit sebab kesuntukan masa dan kurang tahu tempat yang seronok untuk shopping selain Night Market..

2. Bumi Hatyai adalah bandar yang bersih....tandas bersih....tiada longgokan sampah merata-rata kecuali dalam tong sampah yang disediakan.

3. Penduduknya cukup berdisiplin ketika memandu. Meskipun tanpa memakai topi kaledar, menaiki motorsikal dengan berbonceng lebih daripada seorang...ia tidak menjadi masalah...kerana pengguna motorsikal masih berdisiplin menggunakan lorong yang disediakan untuk mereka...jadi ia tidak mengganggu pemandu kereta...

4. Tuk-tuk merupakan kenderaan awam mereka...terdapat banyak sekali Tuk-tuk lalu lalang di jalanraya Hatyai...walaupun mereka menaiki Tuk-tuk secara agak padat, namun mereka tetap rileks dan selamba saja....seolah-olah tak ada tekanan langsung....

5. Warganya suka membantu, menegur dengan sopan jika kami tersilap parking...katanya no parking, police mad...

6. Dan yang paling kami suka ialah tiada sebarang bayaran parking dikenakan walau di mana sahaja kita parking..kerajaan mereka benar-benar mendahulukan rakyat...benar-benar menjaga kebajikan rakyat...mungkin sebab itulah mereka hidup tenang dan tiada tekanan..

7. Keselamatan di tempat awam sangat diutamakan. Contohnya semasa kami masuk ke shopping mall, di pintu masuk untuk ke tempat parking kereta....kad pengenalan pemandu kereta akan diminta untuk di scan, kemudian ditunjukkan tempat parking secara personal, dan sebelum masuk ke shopping kompleks, sekali lagi setiap orang diwajibkan melalui satu tempat scanning...seperti di airport...fuhh...ketatnya...mungkin ia dilakukan sebegitu setelah berlakunya peristiwa pengeboman beberapa bulan yang lalu....





Saturday, February 28, 2015

Jakarta....kami datang lagi...



19 Feb 2015, bumi Jakarta kami jejaki buat kali keduanya...entah apa yang menjadi tarikan...aku sendiri kurang pasti...namun ku turuti sahaja hasrat suami tercinta....mungkin kepergian kami kali ini bakal menemukan sesuatu pengalaman yang baru barangkali....

Memang banyak pengalaman baru....dan cerita baru....Setibanya di Jakarta, kami dibawa ke hotel oleh supir yang sudah kami minta disediakan oleh pihak hotel...Hotel Fave...yang terletak berdekatan dengan Pasar Baru...oleh kerana sudah larut malam....setibanya dihotel...kami terus lena dek kepenatan seharian melayani 'karenah airport'.....

20 Feb 2015, tempat pertama kami kunjungi ialah Tanah Abang...yang belum sempat kami kunjungi sewaktu kedatangan kali pertama dulu dek kesuntukan masa.....Wah, memang luas dan besar bangunan perdagangan di Tanah Abang....terdapat beberapa blok dan 8 tingkat...macam-macam ada....hampir separuh hari kami 'melawat' tempat ini...ribuan rupiah yang berjaya di'tabur'kan di sini...memenuhi selera anak-anak dan diri sendiri...

Kemudian kami ke Masjid Istiqlal untuk solat Jamak Zohor-Asar...satu lagi pengalaman baru di sini...Untuk memasuki masjid, kami diberikan satu beg plastik hitam untuk mengisi kasut yang akan diletakkan dirak kasut yang dikawal selia seperti supermarket...beg plastik tu bukan percuma...tapi perlu 'derma' beberapa rupiah ....seusai meletakkan kasut, kami ditunjukkan arah ..... jauh juga perjalanan kami dalam masjid...rupa-rupanya arah tandas yang ditunjukkan, malah ruangan itu adalah ruangan tandas lelaki ...waduh...pelik sungguh orang di sini bisik hati ku...aku memberanikan diri bertanyakan tempat wudhuk wanita...lelaki itu menunjukkan arah dan memberitahu boleh saja ambil wuduk di tempat lelaki....waduh...takkan kami perlu membuka aurat di tempat 'open' macam tu....pelik lagi....sedangkan Masjid ini merupakan masjid terbesar di Indonesia....bahkan di Asia Tenggara...sepanjang laluan , aku bertanyakan orang sekeliling....lalu tibalah di tempat wuduk muslimah...memang tiada orang di bahagian ini...pelik betul....tadi bukan kami sahaja yang ku lihat...ramai lagi muslimah Indonesia sendiri yang memasuki masjid ini....tanpa membuang masa kami membersihkan diri dan berwuduk....dan terus ke ruang solat muslimah yang dilabelkan menaiki tangga...setibanya di ruang atas, kami di sapa oleh dua wanita Indonesia yang ingin memastikan kami ada membawa telekung solat atau tidak...dan kebetulannya itulah yang kami cari kerana kami lupa membawanya....lalu dihulurkan 3 pasang telekung solat untuk kami...dan kami janji  akan memulangkannya semula di situ. Namun belum sempat selesai solat, kedengaran wanita tadi bercakap-cakap dengan wanita Indonesia lain yang ada menjual sesuatu di belakang kami...bercakap-cakap dengan anak-anakku yang baru selesai solat. Sebaik sahaja ku selesai solat...sudah diminta sedekahnya sebab meminjam telekung tadi....MasyaAllah....tak sabar-sabar orang ini...geram juga hati ku...tapi biarlah...kasihan mereka...

Selesai meraih pengalaman di Masjid Istiqlal, kami ke Menara Monas untuk santai-santai melihat gelagat manusia di sana....di sini juga banyak jualan di sana-sini....t-shirt Jakarta murah di sini...dan antara tempat yang termurah untuk membeli t-shirt jakarta untuk cenderahati... 7 helai RP 100,000.00 berbanding dengan tempat lain...

Sebelah malamnya kami mencuba makan malam di Restoran Serbaraso...nasi padang... 'enak banget' kata orang Indonesia..


 21 Feb 2015, dihabiskan separuh harinya dengan mencuci mata di Mangga Dua...salah satu blok perdagangan yang tidak kurang terkenalnya di Jakarta...ribuan rupiah lagi ditabur di sini ....waduh....sebelah petangnya kami santai-santai di Kota Tua Jakarta menyaksikan pemandangan yang aneh-aneh lagi di sini...

 






.

Saturday, November 15, 2014

Melepas Rindu...

Lama sungguh tak update blogku ini....bukan tak ada cerita....tapi tak sempat...masa terlalu mengejar seharianku.....Sejak Januari hinggalah kini.....sibuk memanjang....sibuk dengan tugas-tugas kerjaya yang semakin menghambat.....sibuk dengan urusan keluarga yang tak pernah ada penghujung.....

Kali ni bukan nak menulis apapun.....belum masanya....mungkin akan ada suatu saatnya akan kupahatkan semua cerita suka duka ku sepanjang 2014 di sini...agar bisa diingatindan dijadikan sebabai pedoman dan pengajaran dalam kehidupan.....

Masoh belum berkesempatan.....sudah diganggu oleh si manja...minta dibuatkan susu.....terpaksa stop dulu.....

Friday, January 10, 2014

UJIAN DAN REZEKI....KU TERIMA SEGALANYA....

Tanggal 26 hb Disember 2013....menjenguk ayah di rumahnya setelah mendapat panggilan daripada Mek menyatakan bahawa ayah kurang sihat dan tak noleh bangu....bergegas ke sana....lihat ayah memang nampak sangatbuzur....setelah diberi aminum dan makan serta ubat...aku menasihati Mek supaya membiarkan ayah rehat.
Aku kembali ke rumah....untuk bersiap ke tempat mesyuarat....

Jam 10 pagi...sauami ku membuat panggilan...memberitahu bahawa ayah terpaksa di bawa ke hospital...ambulan sudah dipanggil...

Jam 12 tengahari...akunpilang dari jesyuarat...masak...urus apa yang patut....terus ke hospital menjenguk ayah...Ayah terlantar di ruang wad sementara....pelbagai rawatan telah diberikan kpd ayah.

Jam 7:00 ptg, doktor memberitahu bahwa ayah terpaksa di tahan di wad untuk beberapa hari bagi mengesahkan punca penyakitnya...kami r3dha...walaupun sudah membayangkan kesususahan yang bakal kami tempuhi nanti...

Sehingga kini ayah masih di wad. Sudah masuk dua minggu...keadaan ayah kmasih b3lum pulih...belum dapat menguruskan diri s3ndiri...hanya holeh berbaring tanpa dapat menggerakkan sebelah kaki kirinya...apalah nasib ayah...

Friday, October 25, 2013

Puding Caramel

Bahan-bahan:

10 biji telor
1 tin susu cair
3/4 tin susu pekat
1 tin air
4 sudu tepung jagung / kastad
1/2 camca garam
2 sudu vanila

(semua bahan di atas diblend)

panaskan 6-8 sudu gula dalam loyang - hingga hangus

masukkan bahan yang diblend

kukus hingga 30 - 45 minit

Mushroom Soup with Garlic Bread

Assalamualaikum.......... Hari ni saya nak kongsi resepi 'orang putih' pulak......baru je belajar nih....

Bahan-bahan Untuk Tumisan:

5 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
3 sudu majerin - untuk menumis

Tumis bahan2 di atas....kemudian masukkan

air stok ayam
5 cendawan butang fresh (warna putih)
lada hitam yang dikisar halus / ditumbuk pun boleh
5 sudu tepung gandung - bancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa

Siap dah tu...rasa lah dulu....

Cara-cara membuat 'Garlic Bread' ala Kelate....

tumbuk bawang putih sehingga lumat (ikut suka)
gaul dengan majerin
sapu pada roti dan bakar dalam pemanggang ajaib pun boleh atau atas ceper / kuali je......
mudahkan????

Hidang dan makanlah bersama mushroom soup tadi..........


nota : Terima kasih buat tok guru mushroom soup.....Pn Hjh Norhayati Yusof - Guru ERT SMK Putri Saadong

Wednesday, October 16, 2013

Rendang Ayam Kampung

Bahan-bahan:
1.Ayam Kampung 1 1/2 ekor
2. Bawang Putih 1 labu
3. Bawang Merah 30 ulas (lagi banyak lagi bagus)
4. Cili kering
5. Kunyit Hidup
6. Halia ( 1 inci )
7. Lengkuas ( 1 inci )
8. Serai 10 batang
9. Daun kunyit (potong halus)
10. Daun limau purut
11 Minyak untuk menumis
12. Santan 1kg / santan kotak
13. Buah keras + kulit kayu manis
14 Garam + Asam Keping + Gula Melaka
15. Kerisik...beli je yang ready made...RM3 satu bekas

Cara-cara:
1. Tumis kulit kayu manis + buah keras
2. Masukkan Bawang Putih + halia yang diblend sekali - tumis hingga kekuningan
3. Bawang Merah yg  diblend  dimasukkan setelah tumisan bawang putih kekuningan
4. Masukkan cili kering yang diblend
5. Masukkan kunyit hidup + lengkuas + serai yang diblend
6. Biarkan sehingga pecah minyak ( sambil dikacau perlahan)
7. Masukkan ayam - biarkan hingga empok
8. Masukkan santan + daun limau purut
9. Masukkan garam + asam keping + gula melaka
9.Masukkan daun kunyit
10. Masukkan kerisik
11. Kacau perlahan sehingga kuah pekat..



nota: Rendang ayam kampung ni sedap dimakan dengan nasi impit. Ini resepi cubaan kali pertamaku.....tapi kata my hubby markah 10/10....kira luluslah tu....rasa memang ada rasa rendang...cubalah....

Salam Idul Adha 1434H/2013M




Monday, July 1, 2013

Persediaan Menyambut Ramadhan 1434H: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Karim




“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman;Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.
 Allahumma Ballighna Ramadhan. 

Allahumma Ballighna Ramadhan.
Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa

‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).



Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini;
Allahumma Ballighna Ramadhan. 

Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharapkan agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. 
Allahumma Ballighna Ramadhan 
merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini.

1. Persediaan Ilmu:



a)  Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa
b) Membaca buku-buku penyucian jiwa.
c)  Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
d) Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
e) Mengulangkaji perkara rukun, perkara membatalkan puasa dan juga perkara makruh puasa. 

2. Persediaan Iman:

a) Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
b)  Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
c) Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 13,14,15)
d) Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
e) Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
f) Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
g) Perbanyakkan doa : Allahuma innaka
 Afuwwun Karimun Tuhibbul Afwa Fa'fu anna Ya Karim ....dan Istighfar : Astaghfirullahal Azim.

3. Persediaan Keluarga:

a) Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
b) Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
c) Sentiasa berbincang atau menyebut-nyebut tentang kedatangan Ramadhan.
d) Sentiasa berpesan-pesan tentang kelebihan Ramadhan atau persediaan Ramadhan.
e) Membincangkan perjalanan masa di blan Ramadhan seperti masa belajar, masa solat terawih, masa membaca al-Quran.
f) Mengajak anak-anak memulakan rekod membaca al-Quran dari Syaaban agar Khatam di bulan Ramadhan.

4. Persediaan Azam:

a) Berazam membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik
b) berazam menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa. Bertekad untuk meninggalkan dosa dan tabiat buruk.
c) Berazam untuk sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
d) Berazam membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat
e) Berazam agar sentiasa berlapang dada.
f) Berazam menggunakan masa di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara ketaatan.
g) Berazam menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

5. Persediaan Jihad:

a) Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
b) Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
c) Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
d) Menahan syahwat dari perkara yang haram.
e) Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

6) Persediaan Dakwah:

a) Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
b) Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
c) Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
d) Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
e)Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.



Adalah diharapkan dengan persediaan yang rapi dan terancang, maka Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih bermakna buat kita semua..



menjayakan Ramdhan kali ini.

Wednesday, June 12, 2013

Perginya seorang Rakan Sejawat & Rakan Lama....

Beberapa bulan yg lalu....mungkin seawal bulan Feb or Mac...Cikgu Ismail didapati sakit namun ia tidaklah merisaukan : - - - bisol tak bermata namun Cikgu lsmail terpaksa dibedah dan mendapat MC yang sangat lama---. Pada akhir April Cikgu Ismail atau Iebih mesra dipanggil Cikgu Weil kembali ishat dan boleh menjalankan  tugas seperti biasa. Seingatku, awal bulan Mac yang lalu, aku masih sempat berurusan tentang bayaran penyertaan perkhemahan untuk pasukan Briged Bakti dan sempat juga menyuarakan pendapat...agar dipertimbangkan tugas Ko untuk tahun 2014...kata beliau: InsyaAllah... Kami happy melihat perkembangan terbaik ini. Namun tidak sampai sebulan kami dikejutkan dengan berita Cikgu GkgCikgCikgu Weil kembali ke hospital . Kami bergilir.gilir menziarahi Cikgu Weil. Keadaannya semakin membimbangkan . Cikgu Weil koma dan tidak sedarkan diri beberapa hari terakhir ini. Namun, sudah tersurat di loh Mahfuz soal ajal seseorang maka kami sekali lagi dikejutkan dengan berita ada jangkitan kuman diotaknya. Cikgu Weil terpaksa dibedah kepalanya untuk membuang nanah yang 'tiba-tiba' muncul di otaknya...dan..... Pada  jam 4 petang  kami dikhabarkan Cikgu Weil tetah telah dijemput Tuhan buat selama-Iaman. Al-Fatihah. . Pada  10 Jun yang lalu aku bertemu dengan seorang rakan lama.... Katanga  Suaminya sudah meninggal 2 tahun yang lalu dan ceritanya, hampir sama dengan kes Cikgu Weil. Yang membezakannya ialah suaminya meninggal semasa tidur, manakala Cikgu Weil semasa koma akibat pembedahan otak...

30 Mei yang lalu, aku turut dikejutkan dengan berita seorang rakan lama yang baru diketahui mengidap penyakit Barah Otak...Masya Allah!!! Suryana Mahmood, namanya seorang yang sangat periang sejak di zaman persekolahan lagi...Tidak dijangka sama sekali begitu mengejutkan sekali 'hadirnya' penyakit merbahaya tersebut...tanpa ada sebarang tanda-tanda kronik...cuma sesekali sakit kepala yang dianggap migrain...

Dari tarikh 30 Mei...sudah hampir sebulan Suryana sakit terlantar...dan baru masuk seminggu lebih keluarganya disahkan penyakit yang dihidapinya...Alangkah terkejutnya....apabila disahkan sedemikian....lebih-lebih lagi doktor sudah mengaku tidak berupaya lagi membantu Suryana untuk kesinambungan  hidupnya.. Suryana diminta dibawa pulang ke rumah...diberi rawatan secara tradisional....

Pada 22 Jun 2013, jam 9 pagi...Suryana dijemput Ilahi....tiada apa lagi yang harus ditangisi...yang perlu dilalaui kini ialah kita yang masih diberi peluang bernafas oleh Pencipta kita Rabbul Izzati...maka setiap nafas yang di hela...biarlah dalam keredhaanNya...


Ya Allah, ampuni dosanya dan tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah buatmu Sahabat : Suryana Mahmood



Friday, May 31, 2013

Tips ke Turki (Post-Mortem)

Assalamualaikum wrh wbt...Semalam baru sampai rumah, balik dari Istanbul...Memang banyak cerita dan tips yang nak dikongsikan...Ini adalah post-mortem kami hasil pengembaraan kami selama 9 hari di sana.

Dapatkan Info yang banyak:
Kena dapatkan info-info yang banyak mengenai tempat yang ingin kita lawati. Dan Alhamdulillah, bagi kami hasil daripada pencarian info-info tersebut, ia banyak membantu kami dalam semua aspek.....aspek makanan , aspek harga barangan, aspek tempat membeli belah, aspek kes-kes penipuan pun begitu bernilai...bagi mengelakkan kami daripada kami terjebak dengan anasir yang tidak baik.... 

Rancang Tarikh untuk Tempahan Tiket Lebih Awal:
Oleh kerana kembara kami adalah tanpa bantuan perkhidmatan agen, maka kami terpaksa rancang tarikh dan ambil tiket seawal mungkin. Tempahan tiket lebih awal lebih menguntungkan, kerana tiket terlalu mahal berganda jika ditempah lewat. Tiket kami lebih kurang RM6000 untuk 3 orang pergi-balik. Sedangkan 2-3 hari sebelum bertolak, kami cuba intai web tiket ke Turki, telah mencecah hampir RM22000 utk 3 orang...

Rancang Tempoh Lawatan:
Jika perancangannya hanya melancong persekitaran Istanbul sahaja, 5-6 hari adalah tempoh yang sesuai...tetapi jika bercadang pula melancong ke luar daerah Istanbul seperti ke Pamukalle,  Capuddia (salah kot ejaannya)...elok peruntukkan masa 4 hari lagi ke daerah2 tersebut...kerana untuk ke tempat tersebut terdapat pakej khusus 4 hari ke sana, menggunakan bas atau kapal terbang...di sana lebih kepada tempat keajaiban Allah...kena dapat info lain lah...jika mahu ke sana. Kembara kami hari tu tidak lah sempat ke sana, kerana kurang info...kat sana baru dapat info, masa dah tak sesuai...may be next time....

Rancang Tempat Penginapan:
Jika perancangan lawatan sekitar Istanbul City saja...maka dicadangkan lokasi hotelnya ialah di sekitar Sirkeci je...sebab lokasinya ditengah-tengah kawasan pelancongan. Yang bagusnya ialah ia dekat dengan Spice Bazar, Blue Mosque, Aya Sophia, Topkapi, Galata dan lain-lain lagi...Nak makan, pergi jalan kaki je dekat area Spice Bazar, di situ makanannya murah-murah...ada ayam bakar, ada nasi, kebab pun murah je...beza sikit harganya dekat area lain...kalau makanan dekat Blue Mosque tu mahal sikit...Macam kami, anak kecil kami mesti nak nasi...jadi terpaksa mencari kedai yang jual nasi lah...harga sebungkus nasi 1.50tl saja...minta campur lauk daging untuk kebab pun...Alhamdulillah dia bagi percuma je...


Kedai Cenderahati / Tempat Shopping:
Sebagai pengunjung, sudah tentu cenderahati buat tersayang mesti dibeli. Jadi semua jenis Cenderahati ada dan murah di area Spice Bazar, berbeza sangat dengan tempat-tempat lain. Key Chain yang sama, di Spice Bazar boleh dapat dengan harga 1tl tetapi di Grand Bazar or Taksim harganya dah jadi 4-5tl...begitu juga dengan barangan Seramik atau Beg Turki. Area Spice Bazar lagi murah...

Turkish Delight:
Ini adalah manisan warga Turki....harga nya bergantung kepada jenis...ada yang 10tl satu kg, ada yang 15tl, 20tl, 25tl atau yang mencecah 50tl pun ada...Setengah kilogram pun boleh dibeli...rasanya bolehlah...kami sempat membeli beberapa kg untuk dibawa pulang....

Jus Buah-buahan:
Satu perkara yang amat bagusnya di Turki ialah mereka gemarkan jus buah-buahan segar. Buah-buahan segar diperah dan diminum begitu saja tanpa dicampur dengan gula atau perisa...memang masam-masam manis asli...Kami sempat melayan untuk merasai jus-jus segar yang disediakan..seperti Jus Oren dan Jus Delima...rasanya masam-masam manis...not bad...sedap dan segar...Harga? Satu cup kecil Jus Delima ialah 4tl manakala cup besar 7/8 tl. kalau cup kecil tu biasanya 1 1/2 biji  buah manakala cup besar 2 1/2 biji...okeylah tu.... teringin nak bawa balik alat pemerah buah yang dia orang gunakan...ada dijual di Spice bazar...cara operasinya senang saja, manual...tak perlu guna eletrik...buah dipotong dua...dan diperah satu persatu....senang sangat...jus yang keluar...mak ai...sungguh segar...terus diminum begitu saja....

Metro / Pengangkutan:
Setibanya di Istanbul, pastikan anda membeli Istanbulkart. Ia sebagai kemudahan untuk menaiki Tram atau bas yang merupakan pengangkutan utama di sana. Jika menggunakan Tram harga sehala tak kiralah ke mana pun destinasi, harga cuma 3tl seorang. Kad ini boleh ditambah nilainya dari semasa ke semasa. Begituu juga dengan bas. Ia lebih menjimatkan wang dan masa. Kalau tempat penginapannya sekitar Sirkeci, maka untuk ke Blue Mosque atau ke Spice Bazar cuma perlu jalan kaki saja, kecuali lah kalau nak ke Grand Bazar perlu menggunakan Tram. Kemudahan Tram inilah yang menampakkan modennya Istanbul...mana2 ceruk pun ada Tram. Ianya cepat dan tidak perlu menunggu lama. Elak dari menggunakan teksi,kerana penggunaan meternya bermula dengan harga 2.95tl atau lebih....lepas tu jalannya banyak yang one-way...jadi terpaksa round agak jauh walaupun sebenarnya tempat yang nak pergi tu kalau jalan kaki dekatlah sangat....Dan kalau perlu, tanyakan dulu harga tambangnya sebelum naik...bolehlah kita agak2 mahal atau murah....

Stroller:
Bagi yang melancong bersama bayi atau anak-anak yang berusia 5 ttahun ke bawah, dicadangkan membawa stroller. Kembara di Istanbul ni banyak guna jalan kaki...tanpa stoller, jenuh lah kita mendukung anak-anak. Di Istanbul ni, rata-rata orangnya yang membawa anak-anak kecil semuanya menggunakan stroller...hampir tidak adan yang mendukung atau mengendong anak mereka. Dan lagi satu, kemudahan pengangkutannya seperti Tram dan bas semuanya mesra pengguna yang membawa kerusi roda atau stroller kanak-kanak...Senang saja walaupun kita terpaksa menggunakan Tram atau bas....

Ubat-ubatan:
Sebelum melancong, satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah bekalan ubat-ubatan terutamanya ubat selsema dan demam...Bawalah mengikut keperluan, misalnya untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Tempat-tempat Menarik:
Sebenarnya kalau pergi melancong, semua yang tidak ada di tempat kita itu dikira tempat menarik lah. Begitu juga dengan Istanbul. Semua tempat adalah menarik. Terutamanya dari segi senibina bangunan yang ada di persekitaran Istanbul. Menarik sangat. Senibinanya jenis senibina lama zaman kerajaan Uthmaniyyah (Ottoman kata orang Istanbul). Hampir semua bangunan di Istanbul nampak klasik dan kukuh. Yang menariknya, terlalu banyak masjid di sana dan setiap kali masuk waktu solat, suara azan akan bersahut-sahutan....

Walau apapun, biasanya tempat-tempat yang wajib dikunjungi bila ke Istanbul ialah Blue Mosque (Masjid Biru), Topkapi Palace (Istana Kerajaan Ottoman -yang telah dijadikan sebuah muzium diraja - banyak menyimpan dan mempamerkan barang-barang berharga yang diperbuat daripada emas dan berlian), Hagia Sophia (Bangunan yang asalnya sebuah Gereja tetapi telah dijadikan Masjid pada zaman Kamal Atartuk), Grand Bazar, Spice Bazar, Bandar Moden Taksim, Mengelilingi selat Bosphurus dengan Cruise dan juga Bursa (perlu menaiki feri untuk ke Bursa - di Bursa, barulah kita dapat lihat ramai kaum wanita memakai tudung berbanding di bandar istanbul, kaum wanitanya tidak dapat dibezakan dengan orang putih.)

Kalau mahukan tempat yang lebih menarik dan adventure, banyak lagi tempat yang boleh dilawati seperti Pamukalle, Capudia (salah eja ni...nnt check balik), Ephuses...dan banyak lagi lah...cuma dari istanbul City ni untuk ke tempat tersebut perlu menaiki bas atau plane atau juga memandu sendiri dengan menyewa kereta...biasanya kalau ambil pakej pelancongan ke sana memerlukan masa 4 hari untuk lawatan ke tempat2 tersebut....(ini menurut booklet-booklet pelancongan yang ditawarkan...). Tempat2 ini menarik kerana terdapat pelbagai keajaiban dan kebesaran Allah seperti Frozen Waterfall, Belon Panas dan sebagainya....sayangnya maklumat berkenaan dengan tempat berkenaan agak lewat kami perolehi....dan masa untuk ke sana tidak mengizinkan kerana sudah kesuntukan waktu memandangkan masa untuk pulang ke Malaysia tinggal 2 hari lagi....tapi jauh di sudut hati...may be next time lah....teringin juga untuk menyaksikan sendiri keajaiban alam.

Sewaktu kami melawat ke Taman Mini Atartuk (yang menempatkan binaan2 bangunan replika yang terdapat di Turki) pernahlah kami terperasan akan satu replika mini Pamukalle yang terdapatnya Frozen Waterfall...semua kawasan dilitupi ais tetapi masih terdapat air terjun...wow sungguh menakjubkan...balik dari situ kami mencari2 maklumat....rupa2nya itulah tempat yang dimaksudkan dengan keajaiban alam...hati melonjak2 untuk ke sana...tapi....itulah masa tidak mengizinkan....

Anak Kecil:
Satu nasihat mengenai anak kecil yang ingin di bawa bersama....jika anak kecilnya masih di bawah usia 1 tahun, mungkin kurang masalahnya jika dibawa bersama, tetapi kalau usia antara 2 - 3 tahun, di mana masih belum faham apa-apa...ni yang susah sikit, kerana mereka ini kuat meragam....kalau dipujuk...susah juga sebab mereka masih kurang faham....dari segi makanan pun agak sukar, sebab anak-anak yang usia sebegini memang belum pandai mencuba makanan2 baru bagi mereka...Mungkin barangkali kalau yang usia 4 tahun ke atas okey pulak kut....tapi ini cuma satu pandangan saja berdasarkan pengalaman kami yang membawa anak kecil yang berusia 2 tahun....susah sangat....atas kapal terbang meragam sebab boring lama sangat...sedangkan dia seorang yang lasak....mak oi...nasib baiklah penerbangan kami lebih panjang pada waktu malam...jadi banyak masa juga dia tidur, cuma adalah sejam dua jam yang waktu dia terjaga...haah...masa ni lah masa kritikal...puas dia tengok tv, mula lah dia nak gi situ sini....Tapi sabar saja lah, sebab semua ini kami set up our mind bahawa ia akan terjadi......Ada pro and kontra juga bawa anak kecil ni...yang bagusnya, bawa anak kecil ni menyebabkan ada lah juga aktiviti kita untuk uruskan dia...main-main dengan dia...tak lah membosankan sangat...cuma time dia meragam saja yang menyebabkan kita...adoi adoi doi doi....dan yang bagus lagi, kebanyakan orang turki ni memang sukakan kanak-kanak...tak kira lah lelaki ke perempuan, tua atau muda semua sukakan kanak-kanak...hampir setiap tempat yang kami pergi memang anak kami menjadi tumpuan...dicuit, diagah, diajak main, diajak dukung, ditegur sapa...dan diberi keutamaan lah sewaktu menaiki bas atau tram....demikian juga semasa menaiki pesawat...bahkan sewaktu kami membelek2 gelang atau key chain untuk cenderahati dibawa pulang...memang akan dapat percuma lah untuk puteri kami...

Pesawat:
Semasa kembara kami ke Istanbul, kami menaiki pesawat Turkish Airlines. Harganya tidaklah semahal manapun kerana kami tempah tiket lebih awal...kalau tidak, mahal juga. Yang nak ceritanya ni, masa penerbangan ke Istanbul...punya lah bagus layanan yang disediakan...makanan pun okey sangat, ada spagetti, ada nasi, ada pan cake, ada buah-buahan, ada free gift (beg) untuk kanak-kanak, ada banyak coklat...okeylah sangat tu...tapi sewaktu penerbangan pulang...layanan dan makanan amat tidak memuaskan...makanan yang dihidangkan memang tak lalu masuk tekak ni...dua kali hidangan disediakan, jeruk buah zaitun, jeruk apa lagi tah, keju keras, keju masam, dan tak tahu lah lagi nak story...tapi memang sedikit saja dimakan...kami sempat menjenguk penumpang2 yang lain...mereka sama saja dengan kami...ramai yang tak habis makanannya...roti yang tidak pernah ketinggalan disediakan, yang sewaktu penerbangan ke istanbul, kami tidak menyentuhnya kerana kekenyangan...habis kali ini kami kunyah...kerana hanya inilah saja yang mampu ditelan bersama jem strawberry....Itu pun untuk mengalas perut kosong akibat penerbangan yang terlalu lama...

Rasanya setakat itu dulu lah cerita dan post mortem kami...walau apapun, syukur kami kepada Allah kerana kami telah selamat pergi dan balik ke pangkuan keluarga tanpa sebarang musibah...Syukur Alhamdulillah...dan kembara kami seterusnya selepas ini sudah tentulah mengunjungi rumah Allah....yang agak lama sudah tidak kami kunjungi...rindu benar hati ini....moga-moga Allah mengizinkan kami ruang dan waktu untuk ke sana....